tengok pisang macam ni mesti dah tak laku akhirnya nanti terkorban jadi cekodok kan?
tapii..sila baca dibawah.
Health Tips: according to Japanese Scientific Research, full ripe banana with dark patches on yellow skin produces a substance called TNF (Tumor Necrosis Factor) which has the ability to combat abnormal cells. The more darker patches it has the higher will be its immunity enhancement quality; Hence, the riper the banana the better the anti-cancer quality.
Yellow skin banana with dark spots on it is 8x more effective in enhancing the property of white blood cells than green skin version.
Eating 1-2 banana/s a day increases immunity.
terus lepas ni beli pisang peram sampai berbintik hitam baru makan =P
sumber sini
breakfast maryam hari ni, cekodok kismis
dia bangun awal hari ni. sama awal ngan walid yang nak pergi kerja. akibatnya lapar pon awal lah. sebab dah biasa bangun tido makan. akibatnya, sementara nak tunggu cekodok ni masak buat drama lah. maryam. maryam.
makan pon ade sisa air mata lagi.
tapi makan tetap makan. berdrama pon sebab lapar.
ade lagi air mata kat bulu mata
habis sepinggan. jangan risau!
lepas makan, sambung berdrama lagi. tak tahu ape dia nak. air tak nak. susu tak nak. nak berdukung. tunjuk pintu nak jalan-jalan. tak habis lagi mood raya dia. haish.
ni kes lama sangat bercuti lama sangat bermanja dengan walid ni. bila la mood nak ok balik.
pukul 1030 baru ummi boleh breakfast. tu pon sementara dia tido. cucur ikan bilis bersawi.
tak sempat makan, dah bangun balik, sambung buat drama. so berdrama lah dia hari ni. sampai tido tengahari. bangun tido, makan lunch ingat mood dah ok, lepas makan, sekarang dok menangis tak tahu nak ape lagi.
keadaan semasa.
letak bawah lepas mak dah sakit pinggang dukung pujuk tanya nak ape. atas dukung nangis. letak bawah nangis. baik lah dok bawah. T___T
ya allah. sabar. sabar. *tarik nafas* hembus nafas*
jangan buat onar sangat la anok weh. mok mung bukenyo cekak sangak
cuti memang best. tapi asal lepas cuti jer camni mak penat la.