sebenarnya tengah busy mengemas, tapi kene spnd sedikit masa update blog sempena birthday kekasih hati. yang ke 32.
32 doh u bie. tak pe semakin kacak. kikiki
setahun ni, rasanya tahun kita paling kurang bersama lepas kahwin. tahun yang paling banyak cabaran bagi i, bila u takdo, anok sakit, diri sediri sakit, beli barang dapo, nak keluar saja-saja berjimba, susahnya u tak tak dok. tak berapa susah jugak lah sebab i rama pembantu. tq lah kepada pembantu-pembantu. (along, zac, hazirah, kawan-kawan, jiran).
and surprisingly, i tetaaaappp tak berdikari. (tak berapa terkejut sangatlah). hihih
tapi hikmahnya disebalik kejadian, setahun ni i rasa macam zaman bercinta balik. rasa rindu, rasa sayang. tu orang kata, takde pahit, tak rasa la kepahitan kan.
tak sabar nak tengok family kecik kita duduk sebumbung balik. hidup secara normal balik. we really need you here walid.
ok kene kembali mengemas, nak bertolak balik kampung lepas subuh kata along.
kepada kekasih hati,
selamat hari lahir. selamat panjang umur murah rezeki. semoga dikurniakan umur yang berkat. i nak tua bersama-sama dengan u, tengok anak-anak membesar. insyaallah. anak-anak besar nanti kita g honeymoon yang tertangguh. insyaallah hehehe
i love u bie. so much.