swing swing

kadang-kadang i berangan nak jadi bree (desperate housewife). tak. i tak nak bentuk badan dia. kurus sangat. tak nak rambut dia. merah sangat. kalau badan i nak nak gaby. huk huk.

nak jadi bree bila bab-bab mood swing. bila mood swing dia semangat nak kemas rumah. nak sental semua kotoran-kotoran. mungkin masak boleh buat dia bersemangat semua. tapi i tak. bila mood tak ok i tend tu menghabiskan masa dengan bermonolog dalaman. baca blog yang tak pernah dibaca. melopong depan tv dan tak de idea pon tv tu tengah siar cerita ape. bila masak confirm ade something wrong dengan rasa masakan dan bila masak tak sedap rasa lagi down. benci.

setakat ni if mood i tak ok, mengemas rumah dan memasak bukan saluran untuk melepaskan amarah. bukan pengembali mood. if jiwa kacau berpunca dari orang luar, my husband memang ubat penenang. luah semua kat dia. insyaallah tak sampai 5 minit semua dah ok.

kalau husband penyebab jiwa kacau ape i nak buat?(jangan lah nak tipu cakap suami-suami anda 24/7 menyenangkan hati anda. sedangkan lidah lagi tergigit. ye dok?) kalau melibatkan rumah tangga yang susah sikit. nak cerita kat blog? tak boleh. rahsia rumah tangga. nak cari kawan-kawan? tak boleh. kan dah cakap rahsia rumah tangga. sebab tu ramai orang sakit mental kut sekarang. sebab tak jumpa saluran nak melepaskan nafsu amarah. nak mengadu kat Allah. bukan semua orang ingat allah dalam saat-saat macam ni. tapi sebenarnya kalau masa panas nak marah sampai telinga berdesing. amik air sembahyang mengaji memang sangat menenangkan. tapi bukan selalu rajin nak amik air sembahyang mengaji. lagi suka melepaskan marah tu kan.

i ade habit buruk yang memang dari dulu i amalkan bila marah and tak tahu nak buat ape. (amaran: sila jangan tiru). sebenarnya cara tu tak membantu sangat pon. tapi rasa puas sekejap. sekejap je lah. nak tahu ape? my husband suka panggil saya makhluk perosak. sebab memang. memang suka merosakkan barang. i bukan jenis orang yang jaga barang. tambah-tambah kalau barang sendiri.

okeh. kembali kepada cerita. ape yang i buat?

barang yang berada dekat i akan jadi mangsa. if phone di tangan, makanya phone lah jadi mangsa. pangggg!!! lempar kat dinding. berkecai. puas hati! sebab phone i sekarang cap ayam. kalo phone mahal pikir 2 kali jugak. lagi pon phone ni cepat berkecai. jatuh sikit pon dah berkecai. so tayah nak baling kuat-kuat. tengok dia berkecai dah puas hati.

hempap pintu. ni memang kegemaran jugak.

kalau tengah menumbuk pakai lesung, tumbuk kuat-kuat sampai lesung tu hampir nak terbelah dua. sampai kene tangan sendiri lagi bagus. bila sakit rasa marah tu hilang. berganti ngan rasa sakit pulak.

ade pernah baca kat mana entah. sape-sape ade habit ni ade berkait rapat masalah jiwa sebenarnya. tapi nak buat macam mana. macam tak boleh control bila marah. i kene lepaskan kat something. kalau tak rasa marah tu macam membengkak kat dada.

rasa macam nak beli punching bag lah. pastu nak letak gambar muka orang yang i marah. agak-agak i marah kat orang tuh i boleh tumbuk jer punching bag sampai puas hati. sambil-sambil exercise jugak tuh.

okeh husband, kalo sayang barang-barang kat rumah ni. sila belikan i benda ni.




memang khas bilau buat i marah!

You Might Also Like

5 comments

  1. eheheh...kalo mcm tuh i pun nak 1 la. bila2 marah leh guna

    ReplyDelete
  2. ahaks! sama wei macam i..kalo marah mesti nak baling barang...burok pangai! :P

    ReplyDelete
  3. ok. kita tak sampai hati nak letak muka suami kat situ.

    stakat ni kalau marah2 pon just baling hp sendiri, merajuk senyap2 dalam bilik atau menangis sambil mandi. tapi pelik oh. dah ada anak ni dah tak kuasa nak kecik2 hati bagai. hehe.

    ReplyDelete
  4. Ini adalah bergantung jugak dengan siapa yang I marah. Kalau dengan suami, tumbuk lesung sampai terbelah dua memang dalam list. Kalau marahkan Azra, wa debik je dia sekali. Muahaha! Pagi tadi Azra kena sebat. Hihi.

    ReplyDelete
  5. cantek gak brg last tu...habit kita serupaaaaaa....aku tang marah semua benda aku nak campak pastu nyesal padan muka..

    ReplyDelete