ini resepi untuk orang yang suka makan pasta. tapi tekak dah terlalu melayu sangat sebab membesar dengan budu.
melayu stail.=p
ok, jom kita mulakan resepi yang senang setiap rumah pasti ade bahan nya kalau tak de dan malas pergi kedai ganti jer ikut kesesuaian.
bahan:
apa-apa pasta 2 orang makan dicelur (angel hair i guna)
olive oil secukup rasa
seafood ikut ape yang ada dalam peti(kali ni guna udang dan fishball)
1/2 labu bawang besar(cincang)
3 ulas bawang putih(cincang)
4 biji cili padi (hiris halus)
12 (ketul?) cendawan shitake buang batang hiris jugak
1/4 biji capsicum/lada benggala (potong ikut suka hati)
1/2 cawan susu
1-2 keping keju (or ape-ape keju)
1 sudu besar italian herb
2 biji limau nipis
garam dan gula
1. tumis bawang dan lada sehingga lembut dan naik bau sahaja. jangan garing yaw. bukan nak masak sambal ni. eh. emo pulak
2. masukkan seafood pilihan anda. biar separuh masak jer.
3. masukkan cendawan dan lada benggala.kacau. kacau.
4. masukkan keju tunggu larut sikit.
5. masukkan pasta. susu. italian herb.
6. kacai sampai sebati. tambah air ikut banyak mana kamu nak kuah.
7. masukkan perahan air limau. gula dan garam. rasa yang kita mahu adalah masam, pedas, masin dan manis. eh. secukup rasa lah orang kata.
sila makan panas-panas. kalau husband kamu dok sibuk nak mengadap lappy ke, tengok bola ke, cakap
"kalau u tak nak makan sudah. i habis kan!"
nescaya cepat-cepat dia datang ke meja makan sebab
eh. jangan lupa tutup api tau~
ni hari lain tapi resepi sama jer. seafood jer yang lain.
3 comments
macam kat kedai je beb....
ReplyDeletetgk udang tu yg tak tahan....besttt
ReplyDeletesapa masak ni? maryam ada tolong masak tak?
ReplyDelete