avocado

 biasa kalau beli avocado beli yang xmasak lagi lepas tu peram sendiri jer. yang warna hijau. suka beli yang pack 3 tu kan. rm 12 3 ketul..pastu pilih yang seketul dah kaler gelap dah sikit, yang lain hijau lagi. xdelah masak serentak kan. kaler gelap sikit ni pon cepat masak so takde lah nak tunggu lama sangat.

banyak cara nak peram. salah satunya boleh simpan avocado dalam paper bag sekali ngan pisang , apple atau pon tomato. pastu cek la tekan, kalau lembut tu masak lah. jangan judge melalui kaler. dulu orang selalu cakap kalau warna gelap maknanya masak. i pon selalunya beli, bila hitam sepenuhnya baru dia lembut.

yang ni hitam legam baru lembut

baru-baru ni pergi beli kat avocado beli jenama sama, cuma perasan kali ni avocado saix kicik-kicik jer..pastu panjang. species lain kut?

 
i peram tunggu tak hitam-hitam pon. tapi semua lembut dah..haaa sudahh..avocado rosak ke?

bila belah cantikkkk..ni avocado tercantik yang pernah beli kut..rasa sama jer..hihi..yang penting rupa kan?=P

ke tiga-tiga buah tu masak serentak..aduyai pon..so lepas masak, untuk lambatkan process masak dia kan terlebih masak lembik xsedap, boleh simpan dalam peti.

sebelum masak jangan simpan dalam peti..biar je kat luar dalam room temperature..bukan selalu i peram guna paper bag tu..selalu i biar jer dia masak sendiri. hihi

kalau masak serentak ni sebab tak nak dia terlebih masak nanti benyek tak sedap, biasa i pon makan sekali. hehe. takpa, khasiat nanti maryam pon dapat. pernah buat guacamole. tapi tekak melayu mak tak leh terima lah(ke tak pandai buat?=p). sedap lagi makan kosong jer. rasa lemak-lemak.  jus alpukat pon setap jugak..resepi i jumpa resepi letak susu pekat manis, tapi i ganti gula sebab tak minum susu pekat manis rumah ni. kurang umphhh la kut sebab resepi derhaka. lagi sedap makan saja kesimpulannya..lagi pon sebijik je pon kalau lebih..ngap ngap ngap habis!

 kalau maryam biasa campur jugak dalam bubur. tapi avocado biasa i tak masak. lepas masak bubur, sebelum hidang masukkan avocado lenyek2

bubur ayam+labu+ avocado

buat bananacado ke...makan ngan yogurt

bananacado buat jem pon sedap jugak

taknak ngan pisang, lenyek ngan buah-buah lain pon maryam layan jer..

campur kiwi, makan ngan oat

walaupon bagi i avocado ni sedap, tapi maryam jarang boleh terima avocado kong. pernah dia nak makan kosong. tapi jaraaaaang sangat..lapar sangat je kut baru makan. haha. kene lenyek-lenyek ngan buah dia suka la..yang selalu ada kat rumah ni mangga, pear,labu

buah avocado ni tak payah masak..senang kerja kan? buah yang bagus untuk dibawak travel. tak payah steam walaupon untuk baby yang baru belajar makan sebab texture dia dah halus. dah lembik memang sesuai dah baby nak makan. kalau nak cairkan texture tambah jer air. lagi satu sebab mengapa avocado ni tak payah nak bersusah payah steam adalah sebab dia kaya dengan GLUTATHIONE. ingat tak khasiat tembikai hari tu? boleh click SINI

tembikai kaya dengan glutathione ni. tapi avocado lagi tinggi. kalau tengok list dalam post tembikai tu, avocado juara carta. hehe

meh i tempek lagi sekali pasal glutathione ni

1) It is found in almost all living cells. The liver, spleen, kidneys, pancreas, and the lens and cornea, have the highest concentrations in the body.

2) It is a powerful antioxidant and thus neutralizes free radicals and prevents their formation.

3) Important role in immune function via white blood cell production and is one of the most potent anti-viral agents known.

4) It is one of the strongest anti-cancer agents manufactured by the body.

5) Glutathione is able to reduce oxidized Vitamin C and Vitamin E back to their unoxidized state
.
6) It is used by the liver to detoxify many toxins including formaldehyde, acetaminophen, benzpyrene and many other compounds and plays a key role in Phase I and Phase II detoxification reactions.

7) It is an antioxidant necessary for the protection of proteins; is involved in nucleic acid synthesis and plays a role in DNA repair.

8) It maintains the cellular redox potential.

9) Glutathione levels decrease with age. It is involved in cellular differentiation and slows the aging process.

10) Protects the integrity of red blood cells.

11) Glutathione is involved in maintaining normal brain function.

macam yang kita tahu, glutathione ni sangat sensitive ngan haba terlalu tinggi. nanti dia rosak. so baik makan raw. 

so kalau nak makan, baik penyek masa fresh-fresh. kalau dah terlalu banyak boleh lah simpan frozen daripada membazir kan. permukaan dia akan bertukar jadi gelap sebab process oxidant tapi jangan risau, masaih selamat dimakan. 

antara khasiat lain avocado
1)monounsaturated fat
-mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

2)vitamin K
-penting untuk blood clotting. Dapat menguatkan tulang.

3)Folate
-Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan.

4)Potassium
-Penting untuk metabolisma badan. Dapat menurunkan tekanan darah. Jumlah potasium dalam avacado adalah 60% lebih dari dalam buah pisang....

5)Vitamin E
-sebagai antioksidan, penting untuk menghalang protein tisu dari sebarang kerosakan yg berpunca dari radikal bebas. Penting untuk membina sel darah merah.

6)Lutein
-Juga antioksidan yang penting untuk mata dan kulit.

7)Magnesium
-Penting untuk otot (untuk orang asthma jugak)

8)Vitamin C
-Juga antooksidant, penting untuk menghalang kerosakan dari radikal bebas, baik untuk tisu kulit dan sel.

9)Vitamin B6
-badan kita tak mampu untuk simpan vitamin ni...so memang perlu diambil selalu...
penting untuk membantu sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi...
penting untuk sitem saraf dan menghasilakn sel darah merah...juga penting untuk break down protein....lagi byk kita mkn makanan berassakan protein, lebih byk B6 yg kita perlukan... :)
 10) nutrient booster
- avocado meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyerap nutrient-nutrient lain macam betacarotene dan lycopene (dalam tomato)

hehe..ade tak orang baca aku bebel-bebel ni?=P kalau bace tanpa skip-skip tengok gambar sila komen. kita geng! hahaha. i suka baca benda macam ni. kenapa lah ambik engineering dulu. patut ambik sains pemakanan kan? nak buat 2nd degree lah.*koya lagi dan lagi*

You Might Also Like

9 comments

  1. bab2 mcm nih mmg kena baca..sebb x pakar mcm anda :)

    tp sygnya amani awl2 reject avacado
    :(
    puas dah trick mcm mn pun dia ttp tau.

    ReplyDelete
  2. huk aloh..mana ade pakar..google sajor lah~

    ReplyDelete
  3. baca sambil terskip skit. sebab yg point2 atas tu dah baca sebelum ni :p

    ReplyDelete
  4. 3)Folate

    -Penting untuk perkembangan sel dan tisu badan. So amat penting untuk ibu mengandung macam saya --->maryam nk dpt adik??hehe..

    betul tu skang avocado yg kecik tp panjang tu sgt cantek hehe..mak suka sgt guacamole tu sbb rasa msam2+bau daun ketumbar kot..

    ReplyDelete
  5. alyyani..haha..xkisah pon=P

    wadahkamaruzzaman..eh eh..copy paste xagak2 kan..dokk dokkk

    ReplyDelete
  6. salam, lama dah dok follow ari ni baru nak komen.
    baru tau psl avocado ni.ari tu beli pastu x abis makan simpan dalam peti sejuk.buka balik nak makan tgk dah gelap terus buang sbb ingat x elok..huuu

    ReplyDelete
  7. sy beli kt psar chw kit sekilo rm7 ke rm8.ikut musim.alhmdullilh ank umur 6bln,dia suka mkn mentah.rasa lemak2 mnis skit....

    ReplyDelete
  8. Sis . Nak tanye laa . Nie first tme nak mkan buah nie . Tak tau Caranya

    ReplyDelete