cheesy potato salmon nugget

holla blog!

sungguh la tak sempat nak memebebel di blog sekarang. konon buzy ngan kerja rumah. buat kerja rumah sambil layan maryam. tak habis-habis jugak kerja rumahnye. tak bersinar-sinar jugak rumahnye. bila energy dah habis, kerja rumah still tak setel, mak ingat katil jer. tak kuasa nak bukak blog. hehe. ni terbangun sebab tido awal. ambik masa update blog sambil baca-baca blog. bukak fb sikit. giann.

cheesy potato salmon nugget

semalam bangun awal nak siapkan breakfast husband ingat sempat lah buat nugget ni untuk sarapan maryam. sekali, bila mak bangun awal, dia pon bangun awal jugak la. memang ikut perut ummi, bangun la seawal mana pon, bila bangun tido jer kene terus breakfast. tak sempa la nak makan nugget untuk breakfast. makan mana yang cepat siap dulu.

roti bakar pisang cheese

hiris pisang, tabur cheese. lipar dua. bakar. hehe. sonang.
dah selalu sangat buat dah cheesy banana toast ni sebab sesenang abc kan. heee. biasa bakar dalam sandwich maker. ni malas nak keluarkan dari gobok. bakar atas pan jer. letak sikit unsalted butter.

 habsi sekeping roti untuk breakfast

lepas saya makan baru boleh start aktiviti. aktiviti selepas makan adalah 'tolong' ummi siapkan nugget terbengkalai sebab saya bagun awal. 

senget benget rambut maryam ni. art walid kata. huhu. dah panjang balik. kene potong lagi dah masuk mata.

ok, mari kita mulakan kerja menggentel nugget.


bahan-bahan:

potato
salmon
brokoli floret
bawang holland
daun bawang
daun sup
brokoli
serbuk lada sulah
cheese
homemade serbuk roti
telur
tepung atta (whole grain flour ke, unbleached ke..semua boleh)

homemade serbuk roti:
kita mulakan dengan serbuk roti dulu. serbuk roti ni kalau ade roti yang dah nak expired, or roti atas bawah yang tak nak makan tu boleh la buat. senang jer. kalau ikut oven i, bakar pada suhu 160-170 degree  selama 20-25 minit sampai dia kering. lepas tu nak blend kering boleh. nak tumbuk pakai lesung boleh. i tumbuk pakai lesung jer. senang. 

cara nak buat nugget pulak:

1. rebus potato sampai lembut
2. grill salmon. minyak yang keluar masa salmon di grill tu guna buat tumis bawang holand. 
3. lepas tu gaul sebati semua bahan kecuali serbuk roti, telur dan tepung atta.
4. bentukkan adunan. kalau lembik susah nak bentuk boleh tambah tepung sikit. jagung ke atta ke sikit. tapi jangan banyak sangat sebab bila masak nanti keras. macam i buat kali ni tak tambah ape-ape tepung pon. dah memang boleh bentukkan dah.
5. adunan yang dibentuk tadi golek atas tepung atta, celup telur, golek atas serbuk roti pulak.
6. biarkan dia set sekejapan. boleh simpan dalam peti cepat sikit, lepas tu boleh shallow fried-kan.

 tips:

- jangan guna potato yang orang buat mashed potato tu. jangan guna jenis russetkalau boleh sebab nanti susah nak bentukkan. guna potato yang harga murah-murah jer tu. hehe

- nak senangkan kerja, i kepal-kepal dulu semua adunan, pastu letak atas tepung atta. baru start kerja celup mencelup tu. adunan jadi set sikit, senang nak buat kerja celup-celup

- boleh buat awal, frozenkan, boleh lah guna dalam masa 3-4 hari.

i frozen lapik plastik camni. senang nak keluarkan.

 dah siap goreng untuk snek ibu dan anak =)

resepi ni tanpa garam dan gula. tapi orang tua pon boleh makan sebab ade cheese kan. maryam habis 5 ketul, dia cilok yang i punya seketul. banyak betul makan. berbaloi la renyah sikit pon. tapi tak lama pon buat benda ni kalau tak de 'penolong'. ade penolong sekejap nak air, sekejap nak tu, sekejap nak ni. sekejap nak kacau, sekejap bergantung kak kaki soh teman tengok tv. macam-macam. =)





lepas mandi boleh la makan snack pulak. 

buat ni sebab nak sembunyikan salmon tu sebenarnya. maryam dah kureng dah salmon. dia lagi suka ikan murah-murah. hahahaha. ikan paling menduduki carta hati dia buat masa ni adalah ikan khonge aka ikan jaket besi aka ikan cencaru. kalau buat ikan tu, dia macam sangkut dagu kat pinggan marah-marah orang suap lambat. kalau ikan salmon ni slow jer. buat macam ni lajuuu jer makan. lagipon hidangan ni dah lengkap dah. ade karbo, ade protein, ade sayur brokoli floret tu.

boleh pelbagaikan salutan tu. kalau xnak guna serbuk roti boleh guna oat. macam resepi all in one chicken nugget ni. pastu bawah setahun, boleh bakar jer. xnak celup telur kalau budak allergic telur pon boleh buat. lepas kepal-kepal terus golek dalam serbuk roti/ oat. boleh pelbagaikan sayur. macam resepi kat atas tu i guna labu. boleh pelbagaikan protein.

You Might Also Like

7 comments

  1. THANKS FOR SHARING..NAK CUBA LA...

    ReplyDelete
  2. eh tadi baca dale google reader pasal macamana nak jadi housewife terhebak tu..hehehe

    Jangan dok stress sangatlah Farah, rumah kak ila ni sepah sokmo, dok cekat nak kemas sebab anak-anak buat sepah sokmo..kade2 kita pon manusia dokdam nak buat semua benda perfect..yang penting jaga hati laki, makan pakai dia biar siap belako..bab rumah kemas tak kemas tu jangan dok paksa sangatlah..tambah2 tgh sarat, buke buleh wak kijo laju supo lipas pong..

    bab internet memelah kena kurangkan, buat mana yang perlu je..mace kak ila ni niaga online meme ON sokmo PC tp xdoklah nak melangok dok baco blog oghe pahtu dok stress soghe..kn pandai rancang masa..tambah2 anak dah lebih dr dua ni mencabar sket tapi macam kak ila yak td, takdok oghe perfect..adolah sesekali (eh sokmolah) jadi mak ghimau..HAHAHA

    ReplyDelete
  3. menarik.. nak try kasik amni nnt. guna ikan lain boley tak? sini susah nak dapat salmon..

    ReplyDelete
  4. Bagusnye, xyah depend kat frozen nugget beli kat hypermarket tu :((

    ReplyDelete
  5. hoi jaga anak aku...anak aku takde baby sitter ni hahaha.kenyang anak aku duk ngan ko..dah la dia suka makan,

    ReplyDelete
  6. tak sempat nak bergambar dgn maryam hari tu...

    -nenet-

    ReplyDelete
  7. salam kenalan, makanan tu macam sedap...mmg sedap pun..heheh

    ReplyDelete