assalamualaikum... baru jer jumpa blog ustazah ni. tadi browse kat phone jer. tapi macam tak puas. bangun bukak lappy tengah-tengah malam. baru baca sikit jer entry nya. tapi i rasa semua menarik untuk kita aplikasikan untuk mendidik anak. biar bukan cikgu pon kan. so saya adalah sangat excited nak share blog ustazah ni, supaya kita dapat manfaat bersama.
blog Ustazah Siti Khadijah.
entry pertama yang yang i baca kat blog ni adalah entry INI yang di share oleh seorang sahabat kat fb. suka kalau ade kawan kat fb ke mana-mana yang suka menyebarkan aura-aura positive, peringatan, ilmu-ilmu. boleh la jugak kita manfaatkan masa-masa mengadap fb tu kan. so i copy paste entry ustazah ni, harap jadi panduan bersama.
“Assalamualaikum, ustazah.” Sapanya ramah.
“Wa’alaikumussalam. Oh, kamu.” Saya membalas sapaan pelajar tersebut.
“Saya mahu minta plastik sampah. Tapi apabila nampak ustazah, saya rasa mahu berbual dengan ustazah.” Terangnya jujur.
Saya senyum mendengar kata-katanya. Kemudian saya memberitahu kepadanya, “Kamu boleh minta plastik sampah dengan meminta kepada ustazah yang ada di dalam pejabat. Di sini tiada plastik sampah.”
blog Ustazah Siti Khadijah.
entry pertama yang yang i baca kat blog ni adalah entry INI yang di share oleh seorang sahabat kat fb. suka kalau ade kawan kat fb ke mana-mana yang suka menyebarkan aura-aura positive, peringatan, ilmu-ilmu. boleh la jugak kita manfaatkan masa-masa mengadap fb tu kan. so i copy paste entry ustazah ni, harap jadi panduan bersama.
"Kalau Ustazah Emak Saya, Saya Akan Peluk Ustazah Sekarang."
Petang Jumaat
seminggu yang lalu, sedang saya ralit menyiapkan tugasan yang tertangguh di
meja sendiri, seorang pelajar lelaki yang tidak bersongkok dan berstokin datang
ke pejabat untuk meminta plastik sampah. Sebaik terlihatkan saya yang sedang
menulis catatan di dalam buku rekod mengajar, dia berpatah kembali dari pejabat menuju ke meja saya.
“Assalamualaikum, ustazah.” Sapanya ramah.
“Wa’alaikumussalam. Oh, kamu.” Saya membalas sapaan pelajar tersebut.
“Saya mahu minta plastik sampah. Tapi apabila nampak ustazah, saya rasa mahu berbual dengan ustazah.” Terangnya jujur.
Saya senyum mendengar kata-katanya. Kemudian saya memberitahu kepadanya, “Kamu boleh minta plastik sampah dengan meminta kepada ustazah yang ada di dalam pejabat. Di sini tiada plastik sampah.”
“Saya tahu. Tetapi
saya tetap mahu berbual dengan ustazah.” Sambungnya lagi.
Mengenangkan masa itu
bukanlah waktu rehat, saya menyambung lagi, “Nanti pada waktu rehat, kamu
datang lagi. Kita boleh berbual lebih panjang. Sekarang masih belum waktu
rehat. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar kelas kecuali dengan kebenaran
guru. Lagi pula, tidak baik buat orang tertunggu-tunggu. Mana tahu rakan-rakan
dan guru kamu sedang menunggu plastik sampah. Kasihan mereka.”
Dalam Teknik Nabi
Muhammad mendorong orang corot, apabila seseorang melakukan kesalahan, Nabi Muhammad
tidak akan memarahi mereka. Sebaliknya, Nabi hanya menerangkan.
Anas bin Malik
melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di
dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab
daripada kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air
kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus
mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia
terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja
orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil
lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak
boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh
berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.”
Kemudian Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada di situ pergi mengambil
setimba air, lalu disirami kencing itu. ~Hadith
Rekod Sahih Muslim
Hadith ini adalah
hadith yang paling jelas menunjukkan prinsip-prinsip berikut:
- Ada kesalahan yang yang mesti dibiarkan ia dilakukan sampai selesai, seperti dalam kes ini Nabi Muhammad tidak membenarkan lelaki itu diganggu sehingga menyelesaikan kencingnya.
- Faktor menjaga kesihatan pesalah adalah lebih utama daripada menyuruh pesalah itu menghentikan kesalahan yang sedang dilakukannya.
- Ada jenis kesalahan yang pesalah tidak disuruh membetulkan kesan kesalahannya, sebaliknya orang lain yang diminta melakukannya. ~Buku Bengkel Mendorong Pelajar Kelas Corot
Dalam situasi yang
berlaku pada hari itu, ada beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar
tersebut. Antaranya ialah;
- Tujuan asal pelajar tersebut datang ke pejabat untuk meminta plastik sampah. Sebaik melihat saya berada di meja guru, dia langsung melupakan tujuan asalnya.
- Masa tersebut adalah masa belajar, namun dia berada di luar kelas dengan tujuan mahu berbual.
- Tidak memakai songkok dan stokin.
Berpandukan hadith
Badwi Kencing, saya telah mengaplikasi Teknik Menegur dengan Menerangkan.
- Saya tidak memarahi pelajar tersebut dengan berkata, “Kenapa kamu berada di sini, bukankah sekarang masa belajar?” (SALAH)
- Saya tidak menasihati pelajar tersebut dengan berkata, “Masuklah ke dalam kelas untuk belajar. Nanti kamu akan jadi pandai.” (SALAH)
- Saya tidak mengkritik pelajar tersebut dengan berkata, “Sudah tahu mahu meminta plastik sampah, mengapa kamu datang berjumpa saya. Di sini bukan tempat meminta plastik sampah.” (SALAH)
Sebaliknya saya
menegur dengan menerangkan kepada pelajar tersebut dengan berkata, “Nanti pada waktu rehat, kamu datang lagi. Kita boleh berbual
lebih panjang. Sekarang masih belum waktu rehat. Pelajar tidak dibenarkan
berada di luar kelas kecuali dengan kebenaran guru. Lagi pula, tidak baik buat
orang tertunggu-tunggu. Mana tahu rakan-rakan dan guru kamu sedang menunggu
plastik sampah. Kasihan mereka.”
Sebaik mendengar kata-kata saya, pelajar
tersebut akur dan kembali kepada tujuan asal mengapa dia datang ke pejabat.
Namun setelah mendapatkan plastik sampah, dia menyinggah lagi di meja saya untuk
meninggalkan pesanan.
Katanya, “Ustazah, nanti masa rehat saya mahu
datang berbual dengan ustazah ya.”
Saya mengiyakan kata-katanya, dan kemudian
sempat mengaplikasi satu lagi Teknik Nabi Tidak Menegur Kesalahan, Tetapi
Menerangkan.
Anas melaporkan, pada suatu hari ada
seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang
sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar
waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban
mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah
tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang
pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan
kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu
seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya
ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak
12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” ~Hadith No. 271
dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim
Dalam
hadith ini, seorang lelaki melakukan beberapa kesalahan secara terbuka di
dalam masjid semasa orang-orang lain sedang sembahyang. Namun Nabi Muhammad
sama sekali tidak menegur kesalahan lelaki itu dengan berkata:
"Orang
lain sudah mula sembahyang tapi kamu baru sampai." (SALAH)
"Perbuatan
kamu itu mengganggu orang lain sedang khusyuk sembahyang" (SALAH)"
Apabila
saya tanya, kamu tidak menjawab." (SALAH)
Di
sebalik sikap Nabi Muhammad yang tidak menegur kesalahan lelaki itu adalah
prinsip 'menyelamatkan maruah orang yang melakukan kesalahan'. Apabila lelaki
itu tidak ditegur oleh Nabi Muhammad dia tidak berasa dirinya dimalukan
di hadapan orang ramai, dengan itu maruahnya tidak jatuh.
Oleh kerana pelajar tersebut tidak memakai
songkok dan stokin, saya berkata, “Ustazah suka melihat kamu memakai songkok. Pakaian kamu akan kelihatan lebih kemas dan rapi sekiranya kamu memakai songkok.”
- Saya tidak memarahi pelajar itu dengan berkata, “Kamu tidak pakai songkok. Perbuatan kamu ini salah. Kamu telah melanggar peraturan sekolah.” (SALAH)
- Saya tidak menasihati pelajar itu supaya tidak mengulang kesalahan yang sama dengan berkata, “Lain kali, jangan tidak pakai songkok lagi. Nanti saya akan bawa kamu jumpa guru besar.” (SALAH)
- Saya juga tidak bertanya apa-apa soalan bagi menyiasat kesalahan pelajar tersebut dengan berkata, “Kenapa kamu tidak pakai songkok?”, “Mengapa kamu ini selalu sangat tidak pakai songkok?” (SALAH)
Tiba-tiba pelajar tersebut menyambung kata-kata
saya, “Kalau pakai stokin mesti lebih bagus kan ustazah. Nanti masa
perhimpunan, saya tidak akan didenda lagi.”
Saya mengangguk membenarkan kata-katanya.
Sebelum menuruni tangga, sempat dia berkata, “Ustazah, rehat nanti saya akan
datang lagi untuk berbual dengan ustazah. Saya akan pakai songkok dan stokin.”
“Baik. Ustazah tunggu kamu.” Balas saya sambil menghadiahkan
senyuman yang paling manis buatnya.
Sebenarnya, pelajar tersebut adalah pelajar
tegar tidak bersongkok di sekolah. Setiap kali perhimpunan sekolah diadakan,
dia akan ditarik oleh pengawas sekolah supaya berdiri di hadapan perhimpunan
kerana kesalahan tidak bersongkok. Sudah berulangkali dia didenda berdiri di hadapan
perhimpunan sekolah dan kadangkala dicubit perut oleh guru disiplin, namun dia
masih juga liat mahu bersongkok.
Saya tidak mengenali namanya kerana dia bukan
pelajar darjah lima. Saya hanya mengenal wajahnya lantaran dia berulangkali berdiri
di perhimpunan sekolah kerana kesalahan tidak bersongkok. Kami baru
berbaik-baik sejak pertemuan pertama di pejabat beberapa bulan yang lalu.
Ketika itu, dia berlegar-legar di ruang
pejabat tanpa tujuan. Melihat saya duduk di meja sendiri, dia datang menegur.
Tegurannya disambut baik. Kami berbual beberapa perkara. Saya tidak menegur
perbuatannya yang tidak bersongkok dan berlegar di pejabat tanpa tujuan.
Sebaliknya hanya mengaplikasi Teknik Nabi Tidak Menegur Kesalahan Tetapi Menerangkan
sama seperti situasi di atas. Hasilnya, semasa perhimpunan sekolah petang hari
itu, dia tidak didenda lagi atas kesalahan tidak bersongkok.
Barangkali, kerana saya jarang bertemu
dengannya, dan jarang dapat mengaplikasi Teknik Nabi kepadanya, dia tetap
mengulang kesalahan yang sama. Di hari-hari perhimpunan sekolah seterusnya dia
masih tetap didenda atas kesalahan yang sama.
Pada waktu rehat petang hari Jumaat itu, dia datang lagi
menunaikan kata-katanya. Kali ini, dia datang lengkap bersongkok dan berstokin.
Saya memujinya menggunakan Format Pujian Nabi. Pujian saya berbunyi, “Wah,
bagus! Ustazah suka melihat kamu bersongkok. Tentu kamu tidak akan dihukum lagi
kerana telah memakai songkok.” (Baca Teknik Format Pujian Nabi di sini)
Dia hanya tersenyum-senyum mendengar pujian
saya. Saya mempelawa dia duduk bersama di meja. Makanan yang dibekalkan suami
pada hari itu saya hidangkan di atas meja. Saya menjemput dia makan bersama. Dia
sangat teruja.
Semasa makan, kami berbual bercerita pelbagai
perkara. Barulah saya tahu bahawa dia salah seorang pelajar kelas corot bagi
tahun empat. Kawan-kawannya yang kebetulan mahu pergi ke perpustakaan juga
menyinggah di meja saya. Saya ajak mereka semua makan bersama. Jelas kelihatan
di wajah mereka rasa terkejut. Mungkin hairan bagaimana rakannya boleh mendapat
layanan istimewa daripada seorang guru.
Kami berbual lagi. Di hadapan kawan-kawannya saya disua pertanyaan,
“Ustazah, kenapa ustazah tak garang macam guru-guru lain? Ustazah tidak
marah-marah saya tidak pakai songkok dan stokin.”
Saya menjawab, “Kerana Nabi tidak pernah
memarahi atau memukul orang yang buat salah. Nabi buat baik pada semua orang
tidak kira orang itu orang baik atau tidak. Ustazah mahu ikut Nabi, kerana itu
ustazah tidak mahu marah-marah dan pukul kamu.”
Dia dan rakan-rakannya memandang saya lama
setelah mendengar jawapan tersebut. Ketika berdiri mahu menghadiri perhimpunan
sekolah, dia berkata, “Ustazah, salam. Saya mahu turun ke perhimpunan. Nanti
ustazah turun ya. Saya dan kawan-kawan tunggu ustazah.”
Saya mengangguk kepala. Baru beberapa langkah
berjalan, dia memanggil saya. Katanya, “Ustazah, kalau ustazah emak saya, saya
akan peluk Ustazah sekarang.”
Kalbu saya dibuai sayu dan keharuan. Walaupun
bayang pelajar tersebut telah hilang di pandangan, kata-katanya masih
terngiang-ngiang. Benarlah Teknik Nabi ini mukjizat. Pelajar corot itu apabila
dilayan mengikut perlakuan Nabi, menatijahkan impak yang tidak dapat
dijangkakan.
Pelajar corot ini menjadi sangat istimewa apabila dilayan dengan cara yang betul
* jadi parents ni adalah tanggungjawab besar. banyak yang perlu kita belajar. banyak yang perlu kita tahu. i banyak lagi nak kena belajar pasal parenting. selalu terpikir-pikir, betul ke ape aku yang aku buat ni. betul ke cara aku didik maryam ni. banyak lagi persoalan. kene banyak lagi menggali ilmu-ilmu. kene lagi banyak membaca dan belajar. so kalau korang tahu buku-buku best pasal paernting, blog-blog, website mendidik anak, plis share! TIA.i love you.
2 comments
thanks for sharing...kalu bab2 parenting berasaskan islam ni abis baca je mesti nak terharu..huhuh
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu..akan dimanfaatkan..insyaAllah
ReplyDelete