Assalamualaikum...Woahhhh...tenggelam timbul betul blog ni sejak ade 2 anak dara ni. Jangan terkubur sudah. Hari ni gelap 3 bulan fateemah dan semalam pulak maryam 2 tahun 3 bulan.
Cerita pasal kak maryam dulu. Sebab kakak keluar dulu. Hehehe
Kakak banyak akal sekarang. Susah sangat nak pujuk makan ke mandi ke, sebab banyak sangat alasan dia. Ni orang cakap makin besar makin susah nak handle kan?
Sekarang suka mintak ape-ape mesti nak tambah pishh (please) kat belakang. Kalau nampak ummi makan, mesti cakap " nak pishh" terus cair. Haha
Kaki report. Kalau walid dia balik kerja sibuk la bercerita, sakit sini, jatuh, makan guna spoon (tu pon nk cerita). Kalau dia buat ape2 pwrgi panggil heret tangan orang tunjuk hasil kerja dia. Dan respond haruslah betul yer. Kalau tak amukan disitu. Kalau tak faham ape dia cakap sila la berusaha untuk faham di situ jugak.
Kalau mood baik boleh la jaga baby. Kalau baby nangis, lari kedek-kedek muka cemas cakap 'baby kai' (baby cry). Kalau mood malas nak layan baby cry la camane pin. Dia buat tak tahu je.
Masih lagi minum susu ummi. Air yang dia nak sekarang air masak je. Jus ke lassi pon kurang laju dah. Tak macam dulu. Seboleh mungkin dia nak minum susu ummi je. Kalau ummi buzy dahaga sangat je dia g minum air masak ( dia panggil 'air juk'). Segala air berwarna putih susu dia fobia. Terus cakap tak nak kalau offer. Minum lah sayang selagi ummi mampu. Nanti ummi xmampu kita pikir jalan penyelesaian.
Susah sangat nak makan sekarang. Seboleh mungkin dia nk susu ummi je. Hurmmmm...mak buntu
Adiknya pulak,
Masih ratu tido. Heeee. Tapi petang dah pandai la tak nak tido nak orang dukung. Tapi kalau dia kenyang selesa insyaallah boleh golek- golek tido sendiri. Dulu malam tak bangun menyusu. Sekarang. Bangun dah. Hehe. Gilir-gilir bangun la ngan kakak dia.
Hari ni baru nak angkat kepala bila 'tummy time ' dulu masa baby sangat lagi bila orang tiarapkan dia tido. Lepas besar sikit xtido, tapi nangis. Hehe. So'oh. Perut saya besar. Hahaha
Muka serious sokmo. Tapi senang je nak bagi dia senyum. G la tegur- tegur cakap ngan dia. Suka bercakap. Belebe sokmo. Semoga cepat cakap yer sayang. Bole cakap-cakap ngan kakak. Sekarang hobi dikala masa lapang belebe sambil makan penumbuk. Sampai basah baju. Huhu
Itu sajalah dulu. Insyaallah akan update lagi. Assalamualaikum.
4 comments
comell
ReplyDeletecomel...tang karenah kakak tu tak menahan...:)
ReplyDeletegeramnye tgk fatemah...tomel!!
ReplyDeletesamalah sini pon...sepi dah blog neh...haha
ReplyDelete