I love you


Gambar anak lagi. Biasalah tu kan. :)

Masa malam birthday husband 2-3 hari lepas, I nak cari gambar nak post kat instagram. Nak cari gambar kiteorang berempat. Kalau tak de, gambar berdua pon jadilah. Tapi takde. Langsung takde.

Memyedihkan sungguh. Bila fikir balik. A ah. Yelah. Kalau dulu pon gambar dua org mesti dalam kereta. I dok depan, so boleh la ambik gambar sebelah-sebelah. Sekarang naik kereta, maryam dan car seat nya kat depan. I kat belakang dengan fateemah dan carseat dia.

Masa pergi majlis tunang sepupu husband last week dengan in laws, ade jugak ingat nak suruh adik ipar ambikkan gambar satu family. Tapi vila kat majlis tu, anak cranky ngan cuaca yang agak panas. Terus lupa.

Bila anak dua ni memang macam tu lah. Kalau ikut kan i, kalau weekend or husband cuti, kalau boleh tak nak duduk pon dalam rumah. Nak ajak husvand berjalan-jalan. Bosan dah rasa dok makan food sendiri masak, tengol kain tak basuh, tengok kain tak lipat, pinggan mangkuk tak basuh, toilet, baju tak lipat. Haih.

Tapi kalau keluar pon kene jaga mood anak-anak. Maryam la jan. Fateemah tak pandai protes lagi. So dia redha je diusung kesana kemari. Bukan mood anak- anak je. Mood bapak nya jugak. Kalau jem, kalau anak buat perangai. Hoih penat! Bila pikir-pikir, hurmphhh baik lah. Weekend pon kita dok rumah je. Bila dok rumah, anak-anak mood happy. Yelah, ade walid nak melayan. Suami pon happy. Boleh berehat- rehat dirumah dihari tak kerja selepas penat bekerja. Makan food isteri masak. Tolong2 isteri buat kerja rumah. Bila anak-anak dan suami happy makan baru lah mak nye boleh happy. Tapi kesian la kat mak nye. Weekend, weekdays sama jelah hai kereja nya. Masak, simpan dapur, basuh baju lipat baju iron baju. Masak lagi kemas lagi. Membasuh lagi, anak berak basuh lagi. Huhu

Ok, begitulah. Kesimpulannya, masa happy-happy kami kebanyakan dirumah. Di rumah pakai pon tak proper tak kuasa la saya nak ambik gambar family tiba2 kan. Pastu tiba2 nak g menyendeng kat husband nak ambik gambar dua orang macam remaja2 tu kan. Karang suami kata buang tebiat ke ape bini aku ni.

Lagipon kalau kat rumah ade masa sangat la tiba2 nak menyendeng kalau anak-anak tak tido. Kalau anak2 tido banyak lagi kerja menanti, ataupon kalau malas nak buat semua kerja tu baik mak tido. Hehe

Baru 4 tahun kawen and baru anak dua kekdahnya. Kadang2 teringin jugak nak berdua-duaan dengan suami. Berdua-duaan yang bukan romeng yeh. Macam deting zaman2 dulu. Kali terakhir dapat rasa seingat I masa parents datang kl. Kiteorg keluar mall, maryam je ade masa tu. Fateemah tak buat lagi. :p

Parents I jaga maryam yang tengah tido kejap di kedai makan. Kiteorg berdua pergi ke surau nak sembahyang. Masa tu merasa la berjalan mesra. Sekejapan.

Sekarang nak dating, anak nak tinggal ngan sapa? Nak bagi susu ape. And yang paling penting macam la sanggup pon la kan nak tinggal anak-anak tu. :D

Tapi kene lah cari jugak masa nak spend bersama-sama. Dulu malam2 selalu jugak lah spend masa sama-sama tengok movie ke, series ke. Gelak sama-sama, bergesel sama2. Tapi sekarang takde dah. Rindu la jugak masa-masa mesra kan. Tapi tulah, memang takde masa la nak duduk bersandar berjam-jam tak buat ape. Kalau rasa lapang sangat macam biasalah, baik tdo.

Tiba-tiba malam ni, tanpa di rancang terasa ade mood nak tengok movie. Husband memang tengah tengok youtube kat tv. Anak-anak tido awal plak. Masa yang sesuai lah I kira. Masa I keluar makan dengan kawan2 dieorang bercerita lah pasal cerita 'the impossible'. True story pasal mangsa tsunami. Bukan jenis ceruta kiteorg layan sebenarnya. Kiteorang jenis suka tengok cerita romantic comedy je. Takde stress, tak yah pikir-pikir. Tapi bila kawan I bercerita macam menarik je. Lagi pon cerita pasal family. Buat kita rasa nak appreciate family yang ade depan mata ni selagi mereka masih ade depan mata kita. Pasal suami yang sayang kan isteri dia tak putus asa mencari. Pasal org dalam cerita tu yang selalu berterima kasih. Mak suka. Walaupon sepatutnya cerita ni stress gila. Tapi sebab I dah tahu dah jalan cerita, so tak rasa stress pong. Haha

Masa nak start tengok cerita ni, husband pergi letak maryam yang tido atas riba dia dalam bilik. I letak fateemah yang batu habis menyusu.

Dua-dua dok atas sofa, tengok cerita sambil makan kacang campur. Tiba2 suami cakap.

"ala sampah tak buang lagi"

"biar lah bie. Sampah tak lari. Esok boleh buang"

Tapi I sebenarnya dalam hati. Erghh. Baju suami tak gosok lagi, kain tak jemur lagi. Tido lambat la malam ni.

Biarkan! Mari spend masa yang berkualiti bersama. Lupakan dulu benda lain. Bukan senang nak dapat masa macam ni.

Tapiiiiii...belum pon separuh cerita. Orang sebelah I dah landing lalu tido dah.

Hurmphhh!Baiklah. Begini lah kita.

Hehe. Tapi I tak kisah pon. Dia penat seharian hari ni. Pagi tadi bangun tido jer terus ke pasar. Petang pon kene keluar lagi dengan maryam beli barang yang takde kat nsk. So baiklah. Tido lah.

Anak dah dua ni susah dah kut eh nak berlagak macam zaman honeymoon takde anak. Ade hikmah jugak lah kut kiteorang lambat jugak nak ade anak dulu. Allah bagi peluang gesel puas-puas. Sendeng selagi boleh.

Suami,

I sebenarnya nak buat post sempena birthday u kat blog. Tapi stended jawapan I lah, asyik tak sempat je. Ni baru ade peluang. Sepanjang hidup ni, ni lah I rasa stage paling kelam kabut yang pernah I rasa. Penat jugak lah nak mengejar masa nak buat semua benda. I tahu u pon sama la kan. Nak cari sesuap nasi, nak soend masa dengan family jugak. Tapi u dah buat semua tanggungjawab u dengan sebaik-baiknya. Dalam buzy tuh I still masih rasa kasih sayang u. Terima kasih diatas kasih sayang. Cuma I risau dalam dok menguruskan family ni I belum cukup naknbuat u rasa I memang selalu menghargai u, benda u sediakan untuk menyenangkan kerja i. Sifat azali I la kan, I memang ' tebolah' and tak reti sangat nak meluahkah kasih sayang. Malu. Tulis macam ni jelah mampu.

Jangan risau pasal baju cantik berkilau yang I takde, handbag beribu yang I selalu sebut, rumah, kereta besar2 yang selalu u sebut nak sediakan untuk kesenangan kita. Insyaallah, kalau ade rezeki kita ade lah tu. Tapi ape yang allah bagi buat masa ni, ape yang u dah sediakan buat family kita adalah lebih dari cukup. Terima kaaih sangat2

Maaflah selalu tak dapat nak buat benda best2 bila tiba birthday u. Macam u buat kat i. I xmampu nak belikan u hadiah mahal2. Tak cukup sweet dan creative dan berdikari nak buat ape2 kejutan macam u selalu buat ko i. Kesian plak u dapatisteri yang serba serbi kurang upaya ni.

Bak kata yuna,

"ku hanya mampu jadi milikmu, pasti kan kau bahagia"

I love u bie

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

6 comments

  1. Hah... Peja dh tua dulu.. happy birthday peja! Farah... Kamu isteri yg sweet!

    ReplyDelete
  2. tacing gile la kak...semoga kebahagiaan itu milik akak n abang sampai ke syurga kelak. Amin :)

    ReplyDelete
  3. sama la kita..xreti nak meluah rs.xreti nak jiwang2.kalau tulis pandai.hehe. dah ada ank 2 jgak, kurang dpt spend time sama2 g dating.klu nak g dating,slalu g dating bl hr weekday,tp xkeje amik cuti.anak anta rmh pengasuh,mak ayah g tgk wayang.br buat smlm,tgk to fast to furious 6,cite dah basi ,br hegeh2 g tgk

    ReplyDelete
  4. terharu..terkesima..
    tempat kamu di jannah..:)

    ReplyDelete
  5. panjang gile sampai kak ila baca xhabis pong sebab tahu ending macamana (sama macam k.ila lah tu

    k.ila pula stail angkut anak-anak, kalu buleh husben g mana2 cuti weekend pon ngakut, stress xsoh oyaklah tp itulah cara kami spend quality time bersama:)

    ReplyDelete