hei dah julai


assalamualaikum~


3 hari bulan julai baru perasan dah bulan julai la hai. dah lebih separuh dah tahun ni. ape jelah kita buat hari-hari kan. nanti pejam celik pejam celik eh dah akhir tahun. insyaallah lah kalau panjang umur. janji manis ku nak update blog kerap sikit pon tinggal janji jelah. hahaha. poyo je dulu ade orang sakap die tak update blog sebab phone tak best update blog. katernyaaa

husband pon sekarang dah tak bertanya khabar dah kalau blog tak berupdate. dah memang sokmo tak berupdate kan. kalau update je baru pelik kut nye. =P  " hai bie, rindu kan penulisan isterimu? sabar yer, tengah menaip la ni" *lambai-lambai tangan*

jadi...... apekah yang berlaku sampai kau takde masa sangat nak update blog? jangan bajet buzy sangat lahahhh. macam lah orang tak nampak wasap kau online sokmo, instagram update gambar 'sepuluh keping semeta'. jawapan dia senang. takdak mood. hehe.

hidup indah buat masa ni. alhamdulillah.

pemandangan indah kan?

i senang dipuaskan. *ehem* digembirakan. so i tak perlukan benda-benda besar untuk gembira. cukup lah dengan melihat kegembiraan. insyaallah gembiralah saya. tapi bila kesayangan tidak gembira, kita pon tak mampu nak bahagia. saya harap benda ni akan selesai secepat mungkin. allah sedang menduga kita. semua benda ade hikmahnya. mungkin salah satu hikmah yang i nampak sekarang ni, mungkin dengan dugaan ini, kita akan lebih mengahargai kegembiraan dan kebahagiaan kita.

fateemah tak sihat minggu lepas. biasalah. budak beralih bulan. tapi dia baby yang sangat happy. sakit-sakit pon senyum tak tinggal. sengih je tunjuk gusi. tapi mak mane suka tengok anak sakit. sakit sikit, sakit banyak pon. sakit jugok. cara orang nak hadapi benda ni pon lain-lain. sebab jiwa resah ni, maka mengasingkan diri la sikit dari dunia sosial. i tak suka nak ambik gambar gambar anak sakit, sebab tak nak ingat pon dieorang sakit. biar yang indah-indah jer dalam kepala. kalau yang tahu pon mungkin orang yang i selesa. sekarang dah sihat sepenuhnya. alhamdulilaah bertambah happy la cik fateemah bam bam.

musim jerebu semua orang nak sakit kan? husband pulak sakit. kesian dia jerebu-jerebu pon keluar mencari rezeki naik motor. allah je boleh balas pengorbanan u bie. we love u!

lepas tu ummi pulak sakit. kalau ummi sakit memang segala-gala nya payah lah. tapi berpeluanglah rehat setidak-tidaknya. hari ahad tu demam yang paling tak larat. so semua tugas jaga anak husband ambik alih. mak hanya supply susu sambil terbaring lesu (eh macam pantun). along kemas rumah. hehe. terima kasih kesayangan hamba.

daaaannnnnn...yang paling menyesakkan dada. badan ini bergurau dengan tuannya. semenjak dua menjak ni, selalu la jugak sakit kepala. pergi check tekanan darah normal. so i bajet sebab tak cukup minum air jelah kut. menyusukan dua orang budak, dan selalu lah lupa nak minum air. tapi semakin kerap pulak pening kepala ni muncul. sekali dua muntah-muntah. heiii.. pegi jumpa doc pon kalau cakap doktor suruh buat pregnancy test. apalagi mak yang takde ilmu ni. dengan keadaan sekarang yang sememangnya sangat obvious mak tak ready langsung cuak la hoiiiii

dan tiba-tiba jatuh sakit pulak. makin cuak lah saya. husband suruh buat test tak nak. takut nak terima kenyataan katanya. so dok buat la drama air mata malam-malam sambil tengok anak tido. last-last bila penat berdrama buat test jugak. satu line je. selamat!

so yes dik. lama lagi la adik pegang title 'adik' ni. bagi la chance ummi nak berehat. nak honeymoon. badan nak yang melahirkan pon tak habis menyembuh lagi. anak pon baru merasa susu ibu 6 bulan. jauh lagi perjalanan.

dan badan. jangan bergurau macam ni lagi. mak tak suka!

lepas ni kene lebih berhati-hati. *jeling husband*

last week i jugak membuat cubaan memm-potty training maryam. naluri seorang ibu cakap maryam tak ready lagi walaupon kalau check tanda-tanda budak dah ready tu banyak ciri-ciri tu ade kat maryam. walid pon dok tanya bila nak start potty train maryam ni. malas sebenarnya i nak tambah kekalutan harian. sekarang pon dah cukup kalut. so i nak lambat-lambatkaan lah sikit. tapi untuk memuaskan hati walidnya, buat jugak lah. ape sangat lah mop lantai 6-7 kali sehari kheeennnn.

 
hikmahnya, bersih anak-anak bulu maryam ni. tak pernah basuh. i jemur jer biasanya. tapi kalau dah kene najis mutawassitoh?

eleh..ape la sangat kalau setakat campak jer anak bulu ni dalam mesin. mesin pulak auto. tak penattt

basuh sarung sofa, basuh tompok-tompok najis mutawassitoh yang berbentuk pepejal atas carpet pon ape lah sangattt

2 hari mak lembik malam-malam penangan bermain  ngan najis mutawassitoh niii. husband tengok dia suruh stop lah dulu. mungkin maryam tak ready lagi. lagi pon dia tengok i kalut sangat. and i pon dok merungut penat. dan dok wasap dia setiap kali maryam accident. (hahaha..kesian tak tenang nak buat kerja bini dok merungut) 2 jam sekali la accident tu kan. ade lah sekali kut dia cakap yang dah kencing. dok diam-diam setempat. selebihnya tak cakap dan sambung bermain-main dengan gembira dengan seluar basah ataupon dia memang la cakap. tapi dok meround satu rumah cari ummi cakap dah kencing.

hari ke -3 tu walaupon husband dah suruh stop i buat jelah sebab alang-alang dah start kan. mana tahu dia slow-slow belajar. tapi masih begitu.

hari ke empat. masih lagi begitu. malam nya dah ade ciri-ciri i nak jatuh sakit, i tak larat sangat malam tu. so i pakaikan je pampers. tapi bila dia kencing, dia datang tunjuk pampers dia. dia tak selesa la kut. or rasa tak best sebab dah banyak hari dah jugak. baruuuuuuu lah nampak ade progress! tapi ummi dah demam dah keesokan haritu. tak larat dah nak bermain-main dengan najis mutawassitoh.

so kembali berpampers la kakak. mungkin penangan kakak la ni ummi demam. sejujurnya, penat sungguh. bukan fizikal jer. mental jugak. nak marah kutahan-tahan. termarah kang ku menyesal. tu yang sampai demam tu. but it's not your fault la kakak. ummi yang tak cukup kuat dan kamu pon belum ready. ini sebuah kisah klasik kelakar masa depan. ummi akan cerita bila kamu mengadu penat potty train anak kamu nanti. muehehehe

so mari lah kita menikmati masa-masa memakaikan kamu pampers dulukk sampailah ummi dan kakak ready yeh!

insyaallah la dugaan-dugaan ini akan perlahan-lahan pergi. allah rindu kita la ni. mungkin masa-masa diduga ni kita rasa nak berdoa lama sikit.

You Might Also Like

5 comments

  1. eh best nya hubby baca blog.rara ni rasanya hubby xpenah baca blog rara kot.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Anak saya pun sebaya maryam n saya pun belum ready nak potty train sebab kekalutan hari2 dengan adik dia lagi.. Tak sanggup mak nak bergelumang dengan najis lagi hari2.. ;)
    All the best to you.. Semoga Allah permudahkan urusan harian.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. hmm... smakin ank m'besar, smakin mncabar tugas ibu kan.... bersedialah saye....huhu

    ReplyDelete
  4. Kesiannya baca pon dah rasa penat. Bertabahla....

    Azra pon dah 3.5yo baru pandai bgtau nak p toilet. Masa memula memang few time start benti start balik potty training tu hehe....

    ReplyDelete
  5. hai.. salam kenal,
    follower no.786
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete