allah ade kan

 assalamualaikum...

harini bukan nak rebel. hanya berkungsi cerita dan rasa.

 sebagai suri rumah memang menjadi target orang la nak suruh buat bisness kan. orang pm kat face book. wa. cakap luar bila jumpa depan-depan. ramai concern. bagus. ramai yang sayang. hehe. bukan orang luar sahaja, family terdekat juga.

"sebagai suri rumah, walaupon husband boleh sediakan semua, kene jugak fikir untuk masa depan. kita tak tahu masa depan macam mana"

" kalau ade duit sendiri senang. nak shopping pon senang"

" kalau ade duit sendiri, nak bagi duit kat mak ayah senang. susah -susah dieorang besarkan kita. boleh hulur banyak sikit"

dan macam-macam lagi.

dieorang ingat tuan badan takde ke terpikir macam tu. takyah cakap ler. tuan badan pon selalu jugak terpikir.

yang no 1 tu la paling selalu orang cakap. macammmmm lah husband yang bagi kita makan kan. maksud saya, memang la husband yang hulur duit tu. tapi semua tu dari allah kan? selama-selama-selama ni, rezeki ni semua allah yang bagi. so lepas-lepas ni macam tu jugak lah. cuma banyak sikit, susah senang tu kita tak tahu la kan. tak pe sampai masa kita pikir.

macam sekarang, husband tak dak. so tak boleh la nak keluar jalan-jalan sebab mak tak reti drive. 2-3 bulan sebelum ni, dia hantar along. sekarang along dah masuk rumah dia sendiri dah. so dia hantar orang lain plak.
 hantar cik hani pulok

 
 food cikhani yang maryam makan habis separuh

sherperd  pie ummi


 mac n cheese maryam


 olo orang makan sedap kita kene makan bubur labu ikan bilis je. 

 tapi takpelah, ummi masak mesti sedap nyelah

 ala, tapi terliur yang kakak punya jugakkkk
















kan kan kan...

dah memang rezeki budak-budak ni nak keluar jalan-jalan ngan makan kat dave's deli. kalau hari biasa-biasa walid yang bawak kami keluar, walid takde, orang lain la yang bawak keluar.

semalam maryam boleh swim kat bawah. i tak pernah bawak turun maryam swim. memang kerja walid. semalam ade jiran baik hati nak tolong jagakan maryam swim. jadi adelah rezeki maryam nak swim walaupon walid tak de.

berbalik kepada bisnes. bukan tak nak buat. ade jugak keinginan. bukan sekarang lah. mana tahu esok, ke, lusa ke. kita tak tahu kan. sekarang ni, tak dak bisness pon rumah sepah ni. anak comot makan tadi tak mandikan lagi. omaknya sedap je update blog ni. rumah sepah poning kepala mak. ngan husband nak balik malam ni, esok mertua nak datang. lipas kudung la mak lepas ni mengemas.

tapi bukan lah semua orang mcm ni. ade je orang berbisness, still mampu jaga anak-anak, kemas rumah, jaga suami, masak. bukan mak lah.

kita tahu kemampuan kita setakat mana. kejap lagi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

dengan itu. babai. nak pergi kemas rumah. menyambut kepulangan tok laki malam ni.


You Might Also Like

11 comments

  1. Salam farah, seronok baca & tgk gambar posting awak ni.. Rajin2 update lg ye.. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kalau kita org perempuan ni ada duit sendiri, senang..

    apa2 pun terliur tengok semua makanan atas meja tu! nyam3! hehe

    ReplyDelete
  3. buat apa yang terdaya...lain orang, lain keupayaannya...

    ReplyDelete
  4. comei sgt mariam....ska tgk dia :)

    ReplyDelete
  5. Farah,

    nasihat akak doksoh dok fikirlah kata-kata orang..kita kan sokmo dok baca Prof Muhaya oyak jon audit diri jom audit diri jadinya tak dok salah pon jd surirumah duduk rumah jg anak2 je

    k.ila yang suri bekerja nipon orang dok cakap sokmo "bakpo tak jual ni, bakpo tak jadi macam dia tu, dia"

    pendek kata mulut orang ni tak pernah nk bereti mengomen..huhu yang penting kita tahu apa yang DIRI kita NAK

    macam k.ila org yg pernah bekerja sebelum jd surirumah jd bila xde duit sero mati kutu sebab tu Allah tunjuk jalan ngajar orang secara online, at least masuk juga & sambil tu ada niat nk bantu surirumah hok nak cari side income; yerlah bukan semua suri berutung mace kito buleh tok laki kijo gaji mampu sara bini kam

    so kesimpulannya semua atas diri kita, jange dok sedih2lah dengan kekurangan diri sebab setiap manusia memang Allah buat berbeza kelebihan diri masing2.

    yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada:)

    ReplyDelete
  6. jgn fikir sgt. mmg kadg2 kita teringin untuk menjadi orang lain yang kita rasa diaorang boleh buat. tp itu adalah keupayaan sendiri. be youself. kalau nak start kena start slow. insyaAllah :).

    ReplyDelete
  7. Comel dua beradik, dah besar mereka...rajin skodeng resepi utk baby kt blig farah ni,
    nieda pun suri rumah gak, biarla org nk kata apa..happy je tgk perkembangan anak dpn mata

    ReplyDelete
  8. wan xpai sebulan jadi housewife memang terfikir nak bisnes online tp si kembar nie asal buka labtop drg pun sibuk cmne..pendam jeala dulu hasrat

    Betul siapa tak terfikir tentang duit dah biasa pegang duit sendiri sekali harapkan suami memang haru juga..

    Papepun tawakal jeala

    ReplyDelete
  9. Tajuk blog dah bagi clue dah
    Takdok gaji masyuk dunia tak apa
    Akhirat ada hehehe


    Mommy Atopic

    ReplyDelete
  10. Salam Farah
    relax dik..akak dah dok rumah sepenuh masa dah la ni..mai la bawok Maryam n fateemah ke sg long..:)

    ReplyDelete
  11. Magh, kedai mana kau beli dress bebudak tu? Cantik!!! Nak gaakkkkkkk =)

    ReplyDelete