Lok Kawi Wildlife Park, Sabah.

 bismillahirrahmanirrahim.... assalamualaikum.

sabtu lepas, tanpa dirancang kami ke zoo. husband kerja. macam biasa. tapi kak Fara call pagi-pagi tanya mahu ikut dia ke zoo ke tak. budak dua orang ni bangun awal hari tu, mula-mula takut jgak mood dieorang tak ok bila ngantuk sebab masa tu biasanya dieorang tido. tapi pergi jugak dengan harapan, tengok binatang ok lah mood dieorang.

ni map zoo lok kawi ni

 
maryam dengan manja.

maryam cakap, " wow...nanasor biggg macam book kakak"

hahaha. tu badak je kakak, bukan dinosaur. dinosaur lagi besar kakak. hahaha. 

sampai-sampai je dah ade train tunggu. kene cepat sebab pak cik driver train tu cakap pukul 1130 pagi start animal show.

maryam, manja, kaka fara

 seronok la dieroang boleh naik train.

 
husband kak fara, ipan, iman, yol

3 budak hitam. hehe

kalau tak de binatang, naik train ni 4-5 round pon rasa nya budak2 dah happy










 tengok beruang madu

tengok orang utan

tengok monyet hidung panjang tu


lepas tu bateri camera exhausted

huhu

memang anticlimax la bateri ni

sebab keluar ni tak dirancang pon, setaka dok hotel i tak check pon bateri camera. bateri phone pon tak berapa nak ade.

tapi kami bergembira la. lepas jalan-jalan naik train ni. train ni berhenti sekejap-sekejap tempat tengok binatang. lepas tu pergi animal show. tengok animal show la yang lama, dan kalau nak pergi sini memang wajib lah tengok animal show. pukul 11.30, sekali je sehari. budak-bdak memang suka tengok sampai fateemah pon menjerit excited dalam tu bila tengok burung terbang atas dia. huhu.

tapi sebab kiteorang pergi dah tengahari, binatang banyak sedang berehat-rehat bermalasan. ade yang ketiduran. 

ni first time bawak maryam pergi zoo sebenarnya. sebelm ni asyik bertangguh konon nak tunggu dia pandai sikit. dah pandai banyak sebenarnya. lepas ni boleh pergi tengok ikan kat ums, pastu balik kl kita ajak walid pergi zoo negara ngan aquaria.

tq kak fara, sudi datang ambik kami bawak keluar jalan-jalan. hari tu sempat pergi rumah kak fara makan nasi dengan ikan bakar, dengan kerabu pucuk paku, dengan sambal tumis. bertambahhhh walaupon tengah diet. kikiki

alhamdulillah. sehari yang bermanfaat. anak-anak gembira, tak de yang buat perangai pon. kecuali bila nak balik tu masing-masing tak puas naik train lagi. tapi semua berjaya dipujuk. tapi bila lepas makan, maryam nampak playground, amukan la nak playground. masa ni dah tak leh pujuk, dia nak jugak paly ground. sebenarnya dia ngantuk, lepas tu masuk kereta, terus pengsan. -____-"  ummi gembira bukan sebab haiwan-haiwan, sebab dapat spend masa dengan kak fara. kawan yang kenal melalui facebook je. baru 2-3 kali jumpa. first time jumpa masa dia ke kl sebelum i datang sini haritu. tapi layanan dia dan family rasa macam dah kenal lama. rasa macam keluarga. alhamdulillah. walaupon balik tu jangan cakap lah. penat rasa nak pengsan je. haha

astaghfirullahalazim

You Might Also Like

1 comments