kali ke 4

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum =)

 pregnancy ke 4, anak yang ke 3, insyaallah

ramai dah kut tahu. sebab mak memang kecoh laikdat. hahaha. ape salahnya berkongsi kegembiraan kan? boleh sama2 berdoa.

pengalaman berbeza la kali ni. ni pregnancy paling seksa setakat ni. sepanjang hari pening. tapi boleh tahan lagi la. bau pelik2 sikit muntah. xdela pelik sangat pon, bau bawang, bau ikan, bau poopoo budak2 ni, ape2 saja bau yang memang mengadap hari2, tapi sekarang kalau kuat sikit muntah la mak. boleh je jaga budak2 lagi, boleh je masak. kalau tak tahan sangat tu, baring je. ni la kelebihan dok dirumah. memang tak paksa diri pon. tak larat tak buat. lara buat. rumah sepah sangat kadang tu. tapi takde kudrat nak buat pape. abaikan jelah. lagipon tok laki tak dok. hehehe

mak suka masa-masa pregnancy sebelum-sebelum ni. sebab bila pregnant, suami layan macam tuan puteri. hehe. tapi kali ni suami tak dak sapa nak layan hang macam tuanputeri kan? hang yang kene layan puteri-puteri. hahahaha

tiada rungutan disitu. allah masih bagu kuderat. alhamdulillah.

memang tak mampu nak bermanja-manja sekarang ni. doa mak hari-hari, biarlah pregnancy kali ni, lalu sajor makan nya. nak energy uruskan budak2 ni. jangan lah terlalu kuat simptom2 nya. nak tak de langsung memang tak boleh la kan? badan tengah berubah. alhamdulillah. hidup lagi setakat ni. hehe

dan semalam first time pergi check up. tanpa ditemani suami. sedih la jugak. sebab tak pernah. i know ade wanita gagah diluar sana memang dari 1st pregnancy, anak dah sepuluh , laki tak pernah teman check up. tapi mak tak pernah. kalau sesema pon laki bawak pergi klinik, ape tah lagi merandungkan anak beliau.memang biasa pergi klinik, borang pon tak pernah isi, suami yang isikan. tadi ngan kepala tingtong pening kepala, baru lepas muntah, kene isi borang lagi dalam kotak kecik-kecik, OMG BIEEE I MISS U SO MUCHHHH! kalau la u ade tolong isi borang!

haha. over kan. isi borang je pon. 

tapi buat macho je lah jumpa doc. buat macho jelah wa suami. sebab i tau. dia lagi sedih kut kat sana. lagi rindu anak2. mak at least ade kekuatan jugaklah tengok anak2. ummi kene gagah, insyaallah anak2 pon nanti gagah.

emosi kali ni pon kurang stabil. kurang kesabaran. kesian anak2 kene marah. bangun pagi macam biasa, berazam xnak marah2, cakap baik2, budak bangun je pang pung pang.hurmphhh

i pon kene kurangkan melepak di media sosial. mungkin kene lebihkan update blog je. sebab i rasa sesetengah orang kat dunia sosial ni memang suka kalau orang tak suka dia kut? mencuba untuk mengignore. so saya buat keputusan kurangkanlah mengadap fb. tak baik untuk mata. tak baik untuk hati,


anak2, pengubat hati.

p/s: dah sebulan lebih takupdate blog. tak rindu pon tapi. hahaha. akan try update kerap sikit okeh. pendek2 pon takpelah.

astaghfirullahalazim

You Might Also Like

10 comments

  1. Elok update je blog sebab kita suka baca :)

    Akaun FB kita tak friend dgn awok. :p

    ReplyDelete
  2. Tahniah farah. bertabahlah ye pregnant kali ni :)

    ReplyDelete
  3. tahniah :)
    3 dah kamoo..saya baru dua hehe ;p
    kuatkan kesabaran time2 mcm ni..sy pun mcm tu, fb mmg kurang sgt sebab byk buruk dari baik, xpyah la dok nengok sgt fb tu ;p

    takecare!!
    semoga baik2 sahaja:)

    ReplyDelete
  4. Hidup tanpa fb adalah aman. Anw, congrats on your pregnancy. Sayu gak baca bab Selalu husband Ada teman. Sebab kita check up x penah beteman. Siap warded sebab alahan teruk pun sorg2. Kalah kan husband awak yg Ada kat jepun nun. Eh! Take care tau.

    ReplyDelete
  5. tahniah ye..kuatkan hati..ummi kuat baby pun kuat :)

    saya pun tengah pregnant.. anak ke 3 pregnant ke 7 ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... dah nak masuk 3. Doakan saya cepat2 menambah zuriat jugak. Akak take care ye..

    ReplyDelete
  7. Errmmm. Bestnye.. boleh try ni..

    www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Tahniah,,, semoga sihat hingga melahirkan

    ReplyDelete