air selusuh and antenatal class

esok baru nak pergi antenatal class. ape? lambat bebeno? hahaha..ni lah class paling awal yang kiteorang bleh cari. masa kiteorang mencari-mencari class hari tu semua class dah penuh. antenatal class ni kan biasa orang pergi berpasangan, so dia dah pesan awal-awal hari tu dia nak pasangan ade jugak. sebab pasangan yang betul-betul pasangan takde sekarang ni, so terpaksa lah i mencari pengganti. samaada pok we, ataupon pasangan lesbian zac.

malu lah nak pegi ngan pok we. tahu-tahulah class tu macam mana kan. so tadi call hospital tanya boleh tak bawak kawan. die cakap boleh as long as kawan tak pregnant. zac, u tak pregnant kan? heheh. so boleh lah. tapi dia tambah lagi lepas tu dia still prefer husband datang sekali masa class. isk. tak paham-paham. i cakap husband tak boleh teman jadi tak boleh lah.

jadi esok mari lah kita menonton aksi orang pregnant sedang bermanja-manja dengan husband masing-masing. deng!

saya nak mintak pendapat korang pasal air selusuh. hari tu mak ade tanya pasal nak ke tak air selusuh. tapi dia tak guna air selusuh pon masa bersalin dulu. sebab dia cakap dia pon tak guna so i abaikan je lah air selusuh ni.

tapi semalam bila bercakap dengan seorang kawan dia tanya dah ade air selusuh ke?

perlu ke air selusuh ni?

sekarang air yang i minum adalah air sembahyang hajat ngan air zam-zam.

air selusuh ni mane nak dapat?

ade orang cakap seelok-elok nye mak mertua yang buatkan. tapi MIL takde cakap pape pon pasal air selusuh. ke zaman sekarang orang dah tak guna air selusuh? tapi kalau nak suruh MIL buatkan memang tak sempatlah sebab dah tak balik kelantan. camano? camano?

selepas di google, aku baca kat sini dan sini, dia cakap lebih afdal kalau husband yang buatkan. holoh..saja nak bagi aku sedih.

erm bie, boleh tak u buatkan air selusuh jarak jauh untuk i? =p

sekarang air selusuh boleh beli jer. tapi tak tahu nak beli kat mana. dan tak tahu perlu ke tak.

You Might Also Like

6 comments

  1. air selusuh tu nak bli pun da ada jual da sekarang rasanya.


    dear, ada p dot s kat blog ai for u! :D

    ReplyDelete
  2. akak tak guna pun air selusuh..masa gi umah imam, mitak air selusuh, imam garuk kepala haha..mak akak yg suh gi gi nih..last2 dia baca doa sket2, jadik air selusuh..nak jadik cerita, time nak bersalin, tertinggal plak air selusuh tu kt umah hehe..langsung tak sempat minum..

    ReplyDelete
  3. dah lupa lak dulu minum tak air selusuh ni...

    ReplyDelete
  4. I dulu mak mertua yang buatkan. Sebenarnya tak pasti apa sebenarnya, dah orang bagi, kita minum sajorklah. My autie plak bekalkan dengan akar kacip fatimah. Dekat2 nak bersalin, I rendam, air dia minum.

    ReplyDelete
  5. akak xbergantung sangat dengan air selusuh, bukan apa takut nanti kang bila kita susah nak beranak jadik salahkan air selusuh tu..hehehe tapi akak ada terbaca, air yang jatuh dari hujung rambut kita masa mandi tupon boleh dijadikan air selusuh sambil banyakkan selawat..xtahulah jadik ke idok..

    farah xcarik akar pokok siti fatimah (lupa org panggil apa) dari Mekah ke??rendam & minum airnya, insya Allah dimudahkan proses bersalin nanti..

    ReplyDelete
  6. air selusuh ni macam air zam zam atau air juga yg kita amik untuk memudahkan bersalin. tapi dia lebih spesifik lar untuk org bersalin alah biasanya minta pd ustaz jer..cam akak ayah jer buatkan. tapi tak jalan juga sebab tulang punggung sempit dan csert gak hehheheh

    ReplyDelete