memang baby tak nak tunjuk muka=(

semalam check up lagi. alhamdulillah mommy dan baby sihat. cuma tak de rezeki nak nak tengok muka baby. huhu. position dia memang ke bawah so memang tak boleh nak ejas-ejas dah tengok muka. 22 haribulan nanti last check-up. xpelah kalau baby tak nak tunjuk muka pon. tinggal dua tiga minggu jer lagi. kita tengok bila baby kat luar lah.

berat baby dah 2.7 kg. bertambah lagi 400 g dalam masa 2 minggu. walaupon baby slim berat juga kamu ni yer. maybe berat tulang. sebab doc cakap baby panjang tapi slim. dia berat sebab dia panjang. doc cakap ikut daddy dia. haha. mentang-mentang mommy tak slim kan. tapi tak pelah slim pon, asalkan sihat. besau-besau sangat nanti susah mommy nak push. kalau nak membesar pon membesar lah kat luar. kalau ikut daddy punya gen masa kecik chubby bila besar kurus. kalau ikut mommy kecik kurus, bila besar 'comel'. hehe. nanti baby ikut daddy lah. cute siket. haha

dan akhir sekali i telah berjaya menempatkan diri di dalam satu slot dalam diary doctor seri untuk meng-induce kan diri.

horror kan?

i amik masa 2 minggu untuk buat keputusan pasal benda ni.
diatas bermacam-macam sebab yang kemudian nya i pon tak tahu sebab ape.
diatas bermacam-macam alasan dan akhirnya i pon tak tahu ape alasan i.

tapi buat masa sekarang, kalau i tak deliver sebelum 24 haribulan ni induction labor lah menanti i.

so dalam masa kurang dari 3 minggu insyaAllah i akan jadi ibu. takut? bila pikir induce tu yang buat i takut. tapi bila pikir tu jalan terbaik so i rase i ok jer kut induce pon. tu pon kalau check baby dah ready.

tapi i still berdoa i akan bersalin sebelum 24 haribulan sebab tak nak induce. kalau boleh nak normal senormal-normalnya.

Photobucket

saya yang takut tapi mahu tanpa paksaan.

tapi semuanya bergantung kepada keadaan baby jugak. kalau baby dah ready baru buat.

i tak tahu ape yang i buat ni sebenarnya. tak pernah terpikir pon.

entahlahentahlahentahlahhhhh -_____-"

You Might Also Like

6 comments

  1. ramai bila dah last2 macam ni perasaan bercampur baur kan..takpe farah, u can do it.berusaha ye. tp nampak macam dah tak lama ni, mgkn tak kena induce..

    ReplyDelete
  2. oooh tiba masa baby keluar la nnti, dia kasi hint..tp kalau tak kasi hint jugak..jln terakhir induce!..moga semua berjln lancar..cam akak dulu, ikutkan doktor dh kasi date tuk induce sbb arif takmo kuar2 jugak..tp day before, pecah air ketuban..hoho..masanya tiba jua dgn sndirinya..tp huhu..dak arif still takmo kuar jugak..lastly c-ser..hoho..

    tapi utk farah, hrp baby f kuar normal yee...Insyaallah..!oooh tak sabar..tak saba!

    ReplyDelete
  3. apa2 cara sekalipon best je akhirnya dapat tengok anak depan mata. Dah akhir2 ni bay memang cepat gain. Tetiba je keluar kang 3 kg. Hihi. Senang jaga kalau besar. Baby cepat kuat. ni tak nampak muka sb dia dah ambik position nak keluar kot ni.

    ReplyDelete
  4. takpe yang. tinggal tunggu hari je kan? nanti leh tgk versi live punya! hehe.

    entahla. ada org kata induce lagi saket dari saket beranak normal. kita tak rasa saket normal sebab dah dipaksa induce masa wk37. saket tu memang la saket...dah kata nak beranak kan. tapi betul la. perempuan ni gagah tau. saket camne pon tapi demi insan tercinta sanggup redahi apa jua. cewahhh!!!

    alang tgk kita tgh saket contraction pon dia yang nak nanges. camno tu?

    ReplyDelete
  5. wuwuw da nak dekat! all the best babe!!!

    ReplyDelete
  6. takpela induce pun janji suma selamat. lgpun farah 1st pregnant so, farah xleh beza sgt skt induce ngn sakit normal keke..
    induce sng nk push sbb dh terlampau sakit hahaha

    ReplyDelete