bihun

 maryam tengah naik gigi geraham. mood makan dia susahhhh sangat nak jangka. biasanya cucur jalan lah jugak. tapi ikut mood jugak. tapi tak kan nak makan cucur pagi petang siang malam. i perasan kalau masak bihun dia jarang tolak.

try beli bihun ni pulak

orang nampak maryam ni bambam. sebab pipi dia kut..tapi tak la bambam mana pon dia. susah betul nak tengok dia makan banyak. mak dia kene masak macam-macam nak tahu mana yang dia suka. stress mak. naseb baek la mak ko ni tak kerja maryam. ade la orang nak melayan.

kalau dia makan 2-3 suap pon kadang-kadang boleh buat sujud syukur dah. sebab kalau datang mood tak nak makan tu memang dia reject food terus. pastu kejap-kejap menyusu. kejap-kejap menyusu. sebab dia makan sikit so kene packed kan food dia dengan food yang banyak khasiat la sikit. tu yang try beli bihun beras perang.

i dah try makan hari tu. rasa tak lari pon ngan buhun biasa. bihun dia pon lembut jer. sedap macam biasa jer. so lepas ni boleh la satu family makan bihun ni pulak.

bihun goreng lunch hari ni. 

dah selamat masuk perut dah pon. tuan perut sedang tido kekenyangan lepas makan dan minum susu. alhamdulillah dia makan 3/4. lagi sikit tak habis dia buat main. grrr

guna inti salmon grilled bolognese pagi tadi. resepi SINI.. tambah sawi jer. 

sampai muntah-muntah masakkan food maryam kali ni. naseb baek la dia makan banyak so rasa la berbaloi-baloi. maryam dah lama tak makan salmon sebab mak tak lalu tengok salmon semenjak-dua menjak ni. tengok pon pening. apalagi nak masak. tapi sebab walid dia beli so kene masak jugak lah. kesian jugak kat maryam. huhu. sebab dia suka jer salmon. sebab mak tak lalu tengok bihun ni macam ni, masa nak suap maryam makan perah asam limau sikit tambah vitamin C. hahaha. kurang la sikit pening tengok bihun dia. over kan. macam diri sendiri yang nak makan. maryam ok jer makan. so ok lah tu.


You Might Also Like

3 comments

  1. bihun beras perang xpernah beli g biasa wani guna bihun biasa jer

    ReplyDelete
  2. semoga Maryam membesar dengan sihat! rajin mama awak masak pelbagai menu :)

    ReplyDelete
  3. sedap yer bihun tu. berapa hinggit tu?
    ingatkan beras je ada ecobrown ehehe...
    gee pun dah lama xbeli salmon, kesnye sbb tak lalu nak tengok, bau pun nak muntah :p

    girl kot farah :D

    ReplyDelete