miracle no 2

semalam first check up ngan gynae. alhamdulillah ade rezeki lagi nak dengan doc sama yang menyambut maryam. mak dah selesa ngan dia. insyaAllah, baby-baby lepas ni pong (wah kau, anak ni pong tak keluar lagi hoih!)  kalau ade rezeki mahu teruskan ngan dia jer.

excitement adalah sama dengan dengan maryam dulu. berdebar nak nak dengar hb adalah sama dengan maryam dulu. terharu tengok ade baby yang dah terbentuk dengan sempurna pon sama dengan maryam dulu. dan baby letak tangan dimuka pong sama ngan maryam!

semoga kamu selamat membesar dengan sihat didalam tu dan keluar nanti jadi anak yang soleh/solehah baby! nanti belajar sama-sama ngan kak maryam ok =)

bukan salah ibu merandung. belum ape-ape dah renyukkan gmbar adik dia =D

petanda nak jadi kakak yang baik kut tu. hahaha

baby baru 5.2 cm. tapi perut?????

pregnant 3 bulan dan masih lagi menyusukan maryam sepenuhnya. tak tambah susu-susu lain lagi. kalau ade rezeki insyaAllah memang nak teruskan sampai dia 2 tahun. walaupon dah banyak baca yang selamat jer susukan anak masa pregnant, dah dah tengok depan mata ramai jer ibu-ibu berjaya buat, tapi kadang-kadang ragu jugak dengan keupayaan sendiri. memandangkan pernah ade history miscarriaged untuk 1st pregnancy, dan bleeding untuk second pregnancy. ragu tu tu sikit2 jelah, selebihnya i dapat rasakan baby kali ni sihat dan kuat memandangkan dia duga ummi sikit punya kuat daaa

tapi alhamdulillah, semalam lepas jumpa doc seri, dia menambahkan lagi semangat nak breastfeed maryam. sia memang orang support bf yang tegar. dia cakap tak payah risau. bf bukan penyebab miscarriage. contraction- contraction yang digambarkan semasa menyusu tu tak akan berlaku masa awal-awal pregnancy ni. ia akan berlaku, tapi bila rahim dah besar bila dah hujung-hujung pregnancy nanti. khasiat susu pon tak perlu risau sangat sebab sama sahaja lagi pon maryam dah makan dan dah besar, so susu bukan lagi sumber utama dia. tak perlu risau pasal baby dalam jugak. semua akan cukup. supplement pon tak perlu nak makan extra-extra. just makan supplement biasa untuk pregnancy. tapi bila 7-8 bulan nanti susu akan berubah mengikut keperluan baby dalam perut pulok. so masa ni susu akan berubah. mungkin akan lagi sedap bagi maryam. dan mungkin juga dia tak suka. ape pon doakan terbaik. insyaAllah. kita boleh kan maryam. tak lama pon lagi. maryam pon dah setahun 6 bulan dah hari ni. lagi 6 bulan jer lagi. insyaAllah =)

kondisi ibunya sekarang masih lagi tak berubah. pening-pening tak kira masa. cuma muntah tu dah kurang lah sedikit. tak hari-hari. memang pregnancy kali ni menduga betul. walaupon mencabar dari 1st pregnancy, tapi rasanya mak berupaya lawan kalau nak compare ngan dulu. sebab terpaksa kut. kalau dulu, dah pening, tido lah kan. so sepanjang hari tido. hehe. kali ni nak tido sepanjang hari? pastu maryam sapa nak tengokkan? so bertahan je lah. dulu masak boleh dikatakan tak langsung la. asyik ebli jer sebab pening bila masuk dapur. kali ni pon sama jer pong peningnya. tapi kalau tak masak maryam nak makan aoe? so gagahkan diri jugak masak. untuk diri sendiri dah husband pong gagahkan diri jugak tapi simple-simple jelah. tapi pernah lah beberapa kali beli sebab tak larat sangat. ataupon sebab saja malas kalau husband outsteseng, malas-malas masak sangat beli jer kat mamak bawah.kikikiki

dam macam biasa, setiap kali merandung pon haruslah paw walid selipar ibu merandung kan. hehe

sangat selesa melantun-lantum macam berjalan atas bola.

tapi walid maryam tak suka sangat design dia. dia dok goda-goda mak suh amik timberland. tapi mak kureng gemor la design timberland ni. verangan nak fitflop sebenarnya. tapi dah orang belanja kan. dapat clarkflop pong jadilah. hahaha. syukur alhamdulillah! tqvm bieee =)

generasi ke 4 vs generasi ke 2

generasi ke 2 adalah masa 1st pregnancy 3 tahun lepas. dah buruk dan jijik dah keadaannya. sebab tu mak kasi edit tak nak korang nampak kondisi sebenar.haha! tapi masih sangat selesa dipakai. memang dulu selipar tu lah pon dok lenjan hari-hari. mak tak banyak kasut and selipar pon. memang kalau beli tu, akan dilenjan sampai ketitisan terakhir.

You Might Also Like

9 comments

  1. farah... tahniah ye.
    kita baca blog farah dari dulu lagi, mase blog lame tu lg.. skrg farah dah masuk ank kedua pun... tahniah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga semuanya baik2 saja :)

    ReplyDelete
  3. hi maryam... maryam sangat comel... hehehe.. bestnye ngandung.. :)

    ReplyDelete
  4. wah bestla farah scan 3D senang nak tgk jantina :)
    comel je tgk wpun kecik.

    takpela lenjan sampai 3tahun pun sebab selipar mahal ;)

    ReplyDelete
  5. taniah mek. semoga sihat semuanya dan maryam akan jadi gud sister!

    ReplyDelete
  6. Farah, kitanya gynea sama!! hahaha.. bestkan dr seri.. mm suka ghiler ngan keselambaan dia ;D

    ReplyDelete
  7. tahniah kak !
    wow clark wave, sedap pakai tu.. selesa habis!

    ReplyDelete
  8. take care ye farah..tahniah

    ReplyDelete
  9. inshallah....agar semuanya selamat :)

    ReplyDelete