weekend hari tu, aktiviti tak berapa banyak. jadual penuh hari sabtu jer. ahad masih boleh bersenang lenang. tapi akibat terlebih makan, masing-masing bila balik rumah melepek kepenatan.
dimulakan dengan sarapan pagi maryam.
oat kismis madu
pastu minum guava lassi anak beranak
walid punya campur gula sikit. ummi sama ngan maryam.
breakfast orang-orang tua pulak adalah berat. nasi+ kubis masak lemak+ ikan parang goreng+ sambal. saja masak nasik lebih dari biasa. kerana instinct menyatakan menu ini sangat mebuka selera dipagi buta. hasilnya. nasi licin, lauk licin, sayur licin. maaf tiada gambar sebab malas. haha.
masak berat sebab alang-alang nak masakkan maryam lunch ngan dinner dia jugak. maryam makan kubis masak lemak jugak ngan telur dadar. juga tiada gambar malas nak ambik gambar. hehe
happy nak mandi nak pegi jalan-jalan. suka sangat pakai kopiah walid yang ni
destinasi pertama pergi ke taman melawati. pergi ambik kunci rumah walid. syukur alhamdulillah. rezeki walid. eh. ke rezeki baby? semestinya lah rezeki anak-anak kan. rumah kinrara mas ni pon dapat masa pregnantkan maryam. rumah ni masa pregnantkan adik maryam. bila lah nak merasa dapat rumah atas tanah pulok. asyik jadi orang kayangan jer. kene pregnant lagi lepas ni kut baru dapat rumah atas tanah. verangans maghfarah, verangan. tak kene bayar.
view dari balkoni. kata walid dan rakan-rakan nya, view clear nak usha awek mandi. eh eh eh
ni pool block sebelah, masa orang datang cek mana2 yang rosak and bawak pegi jalan-jalan ummi tak ikut. so tak tengok pool block kiteorang. tapi sama jer rupanya. dari kejauhan nampak indah. nak tengok sebenarnya, tapi mak fenatttt. dok ngan maryam jer dalam rumah suap maryam makan lunch.
rumah ni takyah susah-susah renovate sangat. finishing dia memang dah cantik
toilet
bilik
dapur dan yard
balkoni
tapi bukan untuk duduk pon. kecik sangat jer pon apartmentnya. tak sesuai untuk yang berfamily. nak sewakan kut. kene renovate sikit-sikit. so officially pokai lah lepas ni. *ehem* bajet raya dah kira asing kan walid? *ehem*
lepas tu terus ke dewan seri endon. ade wedding. walaupon breakfast berat, pukul 3 semestinya perut dah berdondang sayang. sampai jer terus serang food. maryam walid layan, ummi nak bergossip.
dah namanya budak. kalau dok diam tu kira ajaib lah
berlari ke sana-kemari. siap nak naik pelamin. tapi tak pe, walid ade. hahaha
ngan kopiah walid lagi
malam nya pergi tengok baby Mika. anak kawan husband masa kat MRSM. makan nasi kerabuuuuu. hilang kempunan. hahaha. kadang-kadang ibu merandung ni tak yah cari food yang nak makan, makanan yang datang. syukur alhamdulillah. habis 2 pinggan. miahaha. bab makan saya kurang malu. siap ade solok lada. slurrrrppppp~
balik kekenyangan terus tertido, sambil menyusukan maryam. husband kejut pukul 4 sebab tak sembahyang isyak lagi. penangan makan berat sepanjang hari. berat dan banyak. hihi
esoknya ke pasar borong. dah lama tak ke pasar borong. walid maryam pergi sorang jer semenjak dua menjak ni. semalam mak nak ikut.
ngan walid. of kos lah sape lagi kalau dah pakai jersi TRW ni.
maryam suka, tapi walid tak selesa, kene pakai kat depan jugak.
balik pasar terus siang-siang ikan, masak lunch. makan. main-main kejap ngan maryam sambil tengok tv. lepas tu, tido berjemaah. =) aktiviti sangat best dikala weekend. semua tido lama. maryam pon tido lamaaaa bila tido ramai-ramai. haha
bangun jer pikir nak masak ape. gitu je lah kerja hari-hari. asyik pikir nak makan apeee jer. nak masakkan ape. walid maryam tak nak makan. katanya dah 2 hari berturut-turut makan banyak.
malas nak masak nasi sebab walid maryam tak nak makan. so masak kue tiaw jer. kue tiaw ladna campak-campak untuk maryam.
udang fresh beli kat pasar borong pagi tu. so kemanisan, kekenyalan memang terasa.
macam biasa, tumis bawang putih, masuk capsicum, masukkan udang, masukkan air, serbuk lada sulah, sayuran, daun sup ngan daun bawang, saja nak tambah perisa, masukkan kue tiaw. nak pekat boelh tambah bancuhan tepung jagung, tapi mak malas. memang betul-betul campak ni =P
first time sebenarnya maryam makan kue tiaw. saja try pelbagaikan sekali sekala. rumah ni pon jarang makan kue tiaw sebenarnya.
kue tiaw goreng pedas untuk ummi
memang pedas sebab guna cili padi instead of cili kering. miahaha. walid maryam kononnn tak nak makan, pastu bila i start masak sibuk tanya,
" u masak ape yang?"
"masak kue tiaw goreng jer bie. u tak nak makan kan? i goreng sikit jer"
"sedapnya bau"
mak tahu dahhhhhh...tak nak makan konon. hint la tu. so mak tambah lah sikit. masak lebih sikit. kiteorang share jer satu pinggan.
akibat makan-makan berlebihan masa weekend, berat mak naik uolssss. naik banyak. sejak tak muntah ni memang makan banyak pong. dulu masa muntah pon makan banyak jugak, cuma masa tu keluar balik, so berat naik tak memberansangkan sangat. tanak la naik berat sangat macam maryam hari tu. tapi lapar sokmooo. how?
terpaksa la mak redha. miahahaha. *sambil pikir nak berbuka ngan apa hari ni*
4 comments
koewteow goreng, sedap tu, letak udang byk2...perggghhh sungguh mengancam
ReplyDeletecekcinya Maryam..
ReplyDeletememang cantik view apt tu kak.. seronoknya dah ada 2rumah
yah..kale toilet umh kt tmn mlawati tu nmpk lg comey dr toilet umh dia skarang
ReplyDeleteokla tu farah setiap kali pregnant dpt rumah sebijik hehe. masyukkkkk! ;)
ReplyDeletegambar maryam pakai kopiah tu dah muka farah sgt pulak.
kelmarin masakkan afeef spaghetti ladna dia makan sikit jer, pasni try k.teow lak :p