amboih..puasanya mak..sampai tak sempat nak update blog. -___-"
hari ni pon pukul berapa baru celik mata. maryam pon kalau ummi tido sekali sedap lah dia... ni brunch maryam harini. breakfast kul 1130. brunch la dok..ni kul berapa la pulak jumpa nasi.
lempeng kurma tabur kismis
blend sebiji dengan tepung atta, dengan sebiji telur, dengan air. tak dak sukatan. mak main campak-campak jer. anak dah kelaparan. tapi adunan cair lah. supaya dia fluffy-fluffy. masak atas pan, letak minyak skit, ratakan ngan tisu, guna api perlahan, masak lah sampai masak.
bila dah masak potong kecik-kecik sekali ngap. mak tak kuasa nak buat bendtuk santek-santek. hahaha.
belasah lah
muka berminyak sebab masa tengah masak dia dok buat projek main minyak dalam bilik. pastu masuk dapur tunjuk report tangan, muka habis berminyak. lantai bilik jangan ceritaaaa~
ape nak masak untuk maryam hari ni? nasi goreng jer aci maryam? hehehe
2 comments
walaupun maryam main minyak..maryam tetap comel..
ReplyDeleteweh... tak sabar nak balik KB raya nih....
Maryam...kita nak sambut Raya bukan Deepavali tau...
ReplyDeletelarikkkkkkkk!!