assalamualaikum...
alhamdulillah mojo berblog sudah mari. sebenarnya suka jer berblog hari-hari mereport aktiviti sehari-hari. tapi kalau mood tak de tak boleh nak tolong la. masa tu ade ja. takde lah buzy bebeno ambe. orang kata nak beribu daya tak nak seribu dalih la kan. hehe =P
anak-anak dah tido. alhamdulillah mereka tido awal. haha memang tiap-tiap malam itu lah pki nya. make sure anak-anak tido awal supaya mak boleh menarik nafas sekejapan. lepas kedua-dua anak tido barulah phewwww jom kita tengok keadaan rumah sekejap. kalau rajin simpan, kalau malas tengok jelah. =P
harini banyak drama sebenarnya. drama ibu dan anak. drama maryam lah. alhamdulillah banyak akal budak ni. kadang-kadang tersenyum bahagia kita. kadang transform jadi tarzan kita. esok i kene buat sesuatu lah. buat aktiviti dengan dia. nampak sangat lah dia kebosanan.
semalam masak sup bening labu dengan grilled salmon. fateemah macam biasalah. tanpa garam gula. maryam masakan biasa. tapi keduanya dimasak serentak.
sup bening labu
labu
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
sedikit lada hitam
tumbuk bawang dengan ikan bilis dan sedikit lada hitam. dalam periuk, masak labu dipotong cube dengan sedikit air dan bahan tubuk sehingga labu empuk. asingkan ke dalam bekas berasingan intuk fateemah. lepas tu baru lah tambah sedikit garam untuk maryam dan ummi.
untuk grilled salmon plak,
fateemah punya hanya perap dengan bawang putih dan sedikit halia ditumbuk.
maryam lagi senang. perap dengan lada hitam dan garam.
pastu grilled atas pan sampai masak. tak tambah sebarang minyak pon. keluar minyak dia sendiri.
senang no?
masak senang-senang sudah. hehe. tapi mak dah tak mampu nak makan food dieorang je. nak jugak makan food pedas-pedas sikit.
jadi buat sambal tempe ikan bilis untuk diri sendiri
i boleh hidup makan sambal tempe hari-hari. haha
0 comments