salah satu sebab mengapa aku suka sangat masak adalah kerana husband jenis yang suka sangat makan kat rumah. bila bini dia masak semua berselera. biarlah ade terkurang masam manis masin pon.
bulan puasa ni sebab dia tak makan banyak sangat jadi malas nak masak. tapi hari ni try kembalikan balik selera dia. masak masakan berlainan sikit dari hari-hari biasa. mana tahu selera naik. (kalah maryam u ni bie)
so try masak udang masak lemak nenas. try resepi kat sini. tapi ubah-ubah sikit. dia tumis, i tak tumis
menu berbuka hari ni: udang masak lemak nenas, dadih mangga, ikan kering gelama sungai goreng, keropok lekor, tu jer.=)
akhirnya, habis jugak nasi harini. bukan setakat dia jer berselera. ngan aku-aku sekali makan banyak. haish. haish.
resepi udang masak lemak nenas
2 ulas bawang merah (saiz besar)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (tak pedas sangat, kalau nak pedas bedesing tambah lagi)
1 sudu teh lada kering kisar
belacan sebesar satu ruas ibu jari
1/2 sudu teh serbuk kunyit (kalau guna kunyit fresh mesti lagi best, kunyit kat dapo habis!)
1/2 biji buah keras
(semua bahan-bahan diatas ditumbuk lumat)
2 hiris lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)
14 ekor udang sederhana besar
1/2 kotak santan kara
air
nenas dipotong cube
1/2 keping asam keping
1. panaskan periuk, masukkan bahan-bahan ditumbuk, serai, lengkuas dan udang. kacau sehingga udang separuh masak.
2. bila udang dah hampir masak, masukkan santan, air ikut kepekatan yang anda mahu, nenas, asam keping. (kalau nenas dah masam tak letak asam keping pon takpe). perisa kan garam gula. kacau sehingga menggelegak. done!
5 comments
mak aihhh terliurnya gulai lemak udang dgn nanas tu...haruslah dicuba kelak...maryam buat apa hari ni?
ReplyDeleteHA LA, TERLIUQ! SIMPLE MATCH LAK DGN IKAN GORENG TUH. TERBAEK!
ReplyDeletemaryam tidor laa LW ..hikss
ReplyDeletehaaa udang masak lemak nenas menarik tu.
kalau i buat tak complicated mcm mek ni buat, i taruk cili api, bawang besar, kunyit, nanas, santan sekali harung.... buah2 keras confirm tak taruk...
kebetulan tadi pegi pasir penambang kat kuala selangor beli udang...udang besar2 tapak tangan mcm farah beli hari tu, RM50 sekilo tapi akak beli yang Rm22 sekilo jer, tu pun besar gak laaa... dapat byk gak...boleh lah 2 kali makan...tu pun kalau makan sorang laaaa....
farah ni masak gulai kunyit kuas ni.... sedap gak tu...
net: try la nanti..maryam tdo awal. suka ummi die. haha
ReplyDeletealya: try la..best!
net: a ah..ni mcm resepi gulai kuas la..tapi ade capo2 masak lemok cili padi jugok..heheh
Net..untung la u dok dekat pasir penambang, boleh dapat brg fresh..hw I wish...
ReplyDelete