rentetan kisah semalam , husband yang sekarang kerja tengah bertimbun-timbun kerja kat ofis pergi balik kat kedai tu nak jumpa itu budak muka baik hati busuk sebab geram. bila pergi tanya budak tu tak mengaku and bila kecoh-kecoh sikit keadaan nya ramai pekerja datang kerumun so husband macam malas nak kecoh. lagipon nampak sangat mereka sudah berpakat karang tak pasal-pasal jadi apa-apa semata-mata RM 100. very tak berbaloi.
so i tanya,
"u ade pergi report polis tak?"
"hurm..tengoklah. buzy lah i sekarang ni banyak kerja kat ofis. tadi pon dah buang masa banyak. kalau polis nak layan ok jugak. setakat kene tipu RM 100. banyak lagi kes rogol and bunuh tak setel"
tersenyap saya di situ. betul jugak.
pernah i kene tipu tapi i dapat balik duit tu dengan cara bodoh bila ingat rasa nak ketuk kepala sendiri. i dapat balik duit tu, tapi i pergi buat polis report sebab tak nak orang lain kene macam i kene. i dapat no plat kereta si penjahat dan no phone kereta si penjahat.
kalaulah katakan no plat kereta dia boleh palsukan, no phone kan ade, polis still boleh tahu sapa pemilik no telefon tu. tu lah tujuan kita register no phone kan?
bila i tanya polis ape tindakan selanjutnya lepas i buat report ni, polis tu jawab camane entah dah lupa tapi maksud nya berbunyi,
"takde ape yang kita boleh buat. hanya boleh simpan buat rujukan lepas ni"
dan i dapat jugak leteran free dua tiga das daripada pakcik polis yang mana sebelum ke balai polis tu telinga i dah bernanah dengar leteran husband. so bila ke balai polis nanah berdarah. dia memang nak ingatkan kita supaya next time lebih berhati-hati. tapi bukan tu i nak dengar bila i penat-penat habiskan masa buat report. i nak tahu ape tindakan. so jawapannya. takde tindakan.
sama jugak kalau kita report ade penipuan kat internet. kita ade no phone dan siap ade no akaun si penipu yang mana kita tahu lagi nama penuh. pihak bank mestilah boleh tahukan segala alamat bagai. kalau dia nak tangkap boleh sangat. tapi kalau nak tangkap pon buat ape? bayar denda. dia untung berganda-ganda, setakat bayar denda seribu dua ape ade hal!
tu pon kalau ade tindakan and dia kene denda, kalau menipu dan terus menipu tapi tak kena tangkap? si mangsa ugut nak report polis pon dia buat muka toya. sebab tahu, reportlah polis, kalau setakat kene tipu seratus banyak lagi kes-kes jenayah berat yang polis nak handle. kene kes 100 juta baru nak dilayan gamaknye.
tapi kalau i jadi penjahat curi seratus dua semata-mata nak cari duit makan baik i pergi serah diri kat balai polis jer. masuk lokap. makan berak ditanggung. baju free. tak payah susah-susah mencuri. silap-silap mencuri kene belasah free. hurmmphh!
i kalau barang i hilang or kene curi mesti i pikir ni adelah ni i buat salah ape-ape. allah tarik balik rezeki yang dia bagi. saja-saja lewatkan sembahyang ke, bersubuh gajah walaupon dah bagun kul 630 tapi malas nak bangun ke, dosa-dosa zaman muda ke, mengumpat orang ke. takpelah. allah bagi belepek atas dunia. kalau fikir macam tu tak lah rasa ralat sangat. hati pon cepat sikit tenang.
ingat 2-3 bulan lepas camera pembelian husband hadiah bersalinkan maryam kene cilok sekali ngan purse. purse tu ade berapa jer duitnye. biasalah, i kan ade banker bergerak. lagipon selepas kes i kene tipu dulu, husband dah tak bagi i pegang cash banyak kat tangan. duit die bank in jer (senang nak shopping online. eh) . ade hikmah jugak i kene tipu dulu. atleast beringat. kan? tapi bila ic hilang, kad bank hilang, semua-semua lah hilang tersangat lah lecehnya nak pergi buat balik. tu yang buat geram. bukan duit. lesen kereta pon sampai sekarang tak buat-buat. mintak-mintak bila kene dugaan macam ni gugurlah banyak sikit dosa. tapi kalau masa kene duga macam ni tak henti-henti mencarut macammana? hilang ke dosa? ke makin bertambah sebab mencarut?-___-"
bila kene musibah macam ni kita akan beringat-ingatlah sikit lepas ni. kiteorang pon semenjak dua menjak ni selalu gak cuai. i memang sifat azali begitu. orang german cakap 'tebolas'. husband pulak tak tahulah semenjak dua menjak ni ape yang dia dok fikir sangat. u pikir ape bie? u fikir kalau ade duit lebih nak cari bini baru or nak beli superbike ke? hahaha. keji tau semalam die tanya i soalan macam tu. sunnat sekali lagi baru tau!
semalam jiran ade cerita die pon pernah kene. tapi rm 800 kau! berbaloi gak nak berusaha lebih sikit.
kiteorang bersyukurlah budak tu bodoh sikit. alang-alang nak huat dosa curi la banyak sikit weh. baru berbaloi.
so redha je lah. tapi tak halalkan satu sen pon budak muka asyraf sinclair and the gang. mudah-mudahan allah balas korang setepek atas dunia jugak. accident sebab guna minyak haram ke, enjin rosak sebab guna minyak haram ke sampai kene baiki beribu-ribu semata-mata guna minyak curi seratus. kalau tak kene setepek atas dunia bagus jugak. menjawab lah dengan Allah kelak!
5 comments
farah...angap saja RM100 itu bukan rezeki u all...dan satu lagi...hari ni hilang 100, esok lusa 1000 Allah gandakan rezeki..cuma kita kadang kala x nampak dalam bentuk apa Allah nak bagi rezeki itu...akak guna kaedah ini untuk menyejukkan hati..err cer tengok muka maryam awak tu...mesti sejuk kan..hihi!
ReplyDeletehuhhhh..kena extra carefull la lepas ni...tak leh main bantai je....
ReplyDeletealamak ketinggalan citer farah smlm, kena baca balik ni..
ReplyDeleteapapun itulah stp kejadian yg berlaku nak suruh kita berhati2 dikemudian hari..hu~
apapun sabar ye bulan2 posa ni..hu~
u hilang RM100.00 tapi budak tu lagi hilang beratus2..who mite knows kan...
ReplyDeletetapi pengajrannya, kita jangan leka dan cuai... same goes to me also
kawan2 yang pakat2 dgn budak tu, free jer dapat dosa subahat... tak per...
allah bagi kita rezeki atau musibah dlam berbagai cara...
same goes to me also...
gambar maryam pleaseee...rindu...
ReplyDelete