ummi cakap, maryam dah big girl

maryam bangun awal harini. maryam bangun nak susu sebenarnya, tapi sebab maryam tengok ummi ngan walid dua-dua dah bangun, jadi maryam nak bangun jugaklah. boleh main-main ngan walid sebelum walid pergi kerja.

maryam sekarang dah big girl tau. ummi yang cakap. big girl tu ape eh? maryam pon tak faham. tapi yang pasti bila dah big girl ni, maryam dah tak boleh sleep atas sekali ngan walid and ummi. maryam kene tido kat bawah. ummi kata nanti bila maryam lagi big, maryam ade bilik and katil sendiri. sekarang sebab malam-malam maryam cari ummi nak susu, so maryam sleep dalam bilik ummi lagi, tapi tilam lain-lain. rugilah jadi big girl ni. tak boleh sleep atas tilam best ummi.

malam first maryam tido sorang-sorang mula-mula maryam ok jer. yelah, masa nak tido ummi ade ngan maryam kat atas tilam ni. so maryam rasa selamat dan tak takut lah. lepas tu, bila maryam sedar tengah malam, maryam tengok sekeliling gelap sangat. lepas tu ummi ngan walid pon takde sebelah maryam. maryam ingat maryam kene tinggal sorang-sorang. so maryam menjerit lah.

bila maryam menjerit, ummi pon datang kat maryam bagi susu. maryam minum kejap sebab dahaga la jugak menjerit ni. tapi kejap jer maryam minum sebab maryam merajuk ngan ummi. sampai hati tinggal maryam tido sorang-sorang. mentang-mentang walid ade. ummi pujuk-pujuk maryam suruh berhenti menangis sebab dah malam orang semua sleep. tapi maryam sedih sangat tak boleh nak stop menangis. so maryam menangis lah sampai ummi tak tahu nak buat ape. ummi ingatkan maryam kembung perut, so ummi letak ubat kat perut maryam. bukan kembung perut la ummi, maryam sedih kene tido sorang-sorang.

bila ummi dah tak reti nak pujuk maryam, ummi pon dukung maryam then letak atas katil sebelah walid. 'wahhh..tilam empuk. ni yang maryam suka'. walid pulak pujuk maryam. ummi pergi bukak lampu bilik. walid pujuk maryam terus senyap. lagipon dah boleh tido atas tilam empuk, dah boleh tido tengah-tengah antara ummi ngan walid buat ape nak menangis lagi. besttt. jadi sambung tidolah. ape lagi. eh. dan sambung isap susu jugak.

semalam, maryam ingatkan bila menangis macam tu boleh lah maryam tido ngan ummi ngan walid balik, sekali kene tido sorang lagi. tapi semalam maryam dah berani sikit. maryam nangis kejap jer, ummi terus angkat maryam letak atas katil ummi bagi minum susu. lepas minum susu maryam golek-golek pergi kat walid, walid hug maryam pastu maryam pon tido. bila bangun pagi tengok-tengok maryam kat bawah pulak. atas tilam maryam. pelik lah. bila masa maryam turun. (garu-garu kepala)

aunty semua tahu tak macammana nak turun dari tilam?


mula-mula turun kaki ngan bontot dulu tau.


lepas tu duduk lah macam biasa.

terer kan maryam. kalau tilam ni boleh la maryam turun sendiri. tak tinggi sangat. kalau katil ummi, maryam pon tak tahu nak turun macammana. nak turun kaki tak sampai, sebab katil tu lagi tinggi dari maryam. nak terjun tiruk kan sakit. maryam pernah try sekali. sakit tauuu.



ni maryam tengah..heehee..tengah..ala malu la nak cakap. ni maryam tengah poopoo. muka memang kerut habis. macam lah poopoo keras sangat.

ni pon same. menumpukan sepenuh perhatian. biasalah maryam, perut macam walid. semua yang masuk perut pasti cepat keluar.


ni dah kepenatan, habis energy dah. ummi cakap muka penat kalah orang bersalin.

oklah. maryam nak tidolah. mengan tuk lah bangun awal ni. poopoo maryam pon ummi dah basuh. maryam pon dah kenyang, dah isap susu dah. sekarang masa untuk tido.

bye. kerja rjin-rajin tau. yang tak kerja kemas rumah rajin-rajin. eh. ade orang terasa ke?

You Might Also Like

7 comments

  1. hikhikhik..suka monolog maryam...hikhik..cian kena tido sowang dah..^_^

    ReplyDelete
  2. alahai siannya maryam kena tdo bawah...ye lah kan maryam dah big gal..buatnya kalu maryam jatuh, sakit ya baby! so tu pasai ummi maryam letak maryam kat bawah...

    ReplyDelete
  3. jumaat nih pk nak blik cepat jer.;)

    maryam such adorable gal!.

    ReplyDelete
  4. maryam, auntie rasa memang ummi & walid saje je tau bagi maryam tidur bawah...maryam tau la ummi tu, bila walid ada, mula la gatal die heheheh ;p

    ReplyDelete
  5. aunty eina, nak buat macamane. dah big girl.=)

    aunty lady, a ah..ummi maryam pon cakap macam tu jugak.

    aunty elin, thanks. ummi saya pon adorable jugak. eh

    aunty zaa; hikhik..tau-tau jer aunty zaa ni..mesti aunty mcm tu jgk kan. heee=p

    ReplyDelete
  6. cuteness! bila la i dpt jumpa si maryam ni :D

    ReplyDelete
  7. geram betul la ngan kerut2 maryam ni. hehehe.

    ReplyDelete