CERITA SAMA LAGI!

assalamualikum...

macam bosan je nak cerita aktiviti hari-hari. haahaha tapi mak tak bosan (lagi) masih menikmati percutian dari kerja rumah ni. baru 4 hari je pon kan. kita tengok minggu depan camane. hehe

 
fateemah dan maryam kat belakang tu tengah main pasir (lagi)

setiap pagi kene dok gazebo ni sebab nak pantau maryam dari jauh. sini takde kipas dan angin pantai takde pon pagi-pagi. panas jugak lah sebenarnya. kesian fateemah berpeluh-peluh. tu yang pagi-pagi dia cranky je. lagi satu dia jenis bangun awal, berak, mandi, makan menyusu tido balik. menyusu pulak kene baring baru tido. kat cafe ni mana lah boleh nak baring.  kalau menyusu sambil duduk dia macam tak puas sangat.  dan tak tido pon. kakak pulak susah nak ajak balik. huhu. tapi naseb baek la fateemah ni jenis cranky pon tak macam cranky. hehe. peluk-peluk riba-riba ok la. tepuk-tepuk sikit kalau bernaseb baek tido. bila dah berjaya pujuk kakak balik, balik bilik tu biasanya dia dah tido dalam carrier dengan muka sangat penat, letak atas katil pon tak sedar. biasa dia cepat sedar. huhu. kesian adik.

maryam buat ummi kagum semenjak dua menjak ni. kebanyakan nya pasal bahasa la. tiba-tiba pandai buat ayat english yang lengkap. tepat pulak tu penggunaan nya. kalau mood blebe dia datang, " ya allah " tu mesti ade. i rase sedikit cute disitu.

lagi satu, pasal dia yang suka berkawan. memang dah lama dia suka berkawan. tapi sekarang selalu sangat tengok dia pergi approach orang ajak berkawan. ummi dia kalau sapa kenal kat luar memang tahu lah. ummi dia pemalu. (kah kah kah) bukan anti sosial suka jer berkawan, tapi biasanya bukan i la yang start tegur orang. pastu kalau baru-baru kenal pon mesti tak cakap banyak sangat sebab tak tahu pon nak cakap ape. kalau dah lama kenal pon, i lagi suka dengar orang bercakap dari bercakap. huhu. kalau keluar ngan orang banyak cakap memang bagus sangat lah. tak payah mak bercakap kan. kadang pikir, bestnya kalau jumpa orang kene type je nak berkomunikasi. tak yah guna mulut. sebab kadang mulut ni macam berattt sangat nak bersuara. nak menaip laju jehh hihi

tapi mak tak sombong yeh. cuma memang jenis tak reti nak bercakap. i memang kagum la tengok orang yang pandai bawak diri bergaul ni. nak jugak jadi macam tu tapi macam bukan ditakdirkan jadi macam tu kut. kalau semua orang nak bercakap sape nak mendengar kan? (ceyyy alasang mung)

anak-anak i nak dieorang jadi macam walid la. mesra dengan orang, pandai bawak diri, mane-mane pon ade kawan dia. baru kenal pon berbual macam dah 10 tahun kenal. pandai bercakap ngan orang tua. mesra la orang kata kan. 

alhamdulillah lah. maryam setakat ni pandai lah bawak diri. takde lah bila dikhalayak ramai nak tersipu sorang-sorang. bila ade kawan terus dia tegur. " hai friend" pastu dia akan join orang tu main. pernah jugak lah di reject. haha. pastu dia datang mengadu. " friend tak nak friend kakak" huhuhu. kesiaaaannn diaa.


 dia suka ajak mana-mana budak je kat cafe tu main pasir ngan dia. huhu

tapi ade mood jugak lah. kalau mood nak berkawan boleh share ape saja. bila tak nak berkawan memang kedekut barang dia. lagi satu dia sedikit bossy. kalau orang ikut kata dia insyaallah persahabatan mereka kekal lama. haha

 food yang berjaya dimasak hari ni.

telur kicap, sayur air labu dengan atas sekali tu tapau so takyah sebut lah. heee

sayur air labu

masak tanpa garam gula jadi semua boelh makan. telur kicap dah cukup rasa dah. hehe. kadang kalau masak kan maryam je, kalau rasa dah cukup rase memang i tak letak garam gula dah. ni sayur air versi senang lenang la. 

labu hiris
serbuk ikan bilis sangai
bawang hiris.

semua dicampak dalam periuk dengan sedikit air. masak sampai lembut. senang dok? biasa i letak lada hitam jugak kalau sayur air macam ni. untuk versi serba kekurangan dihotel ni, macam ni pon dah sedap.

adik makan syur air labu dengan ikan bilis ni je dengan nasi lembik.

You Might Also Like

0 comments