ummi deserves a tefal actifry

 bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum

 
ni fateemah maisarah semalam masa breakfast

i selalu rasa fateemah ni baby-baby lagi. eh memang baby lagi pon. selalu rasa dia kecik lagi. padahal dia dah nak dekat setahun. dia dah pandai macam-macam dah sekarang.

paling obvious sekarang dia dah punya hati dan perasaan. hehe. dah pandai protes sekarang. kalau tak puas mandi tu, nangis kalau orang angkat dia dari bathtub. kalau kakak datang duduk atas ummi, dia pon datang jugak nak bertempek. pernah dia kacau maryam tido, i cakap " baby, kakak nak sleep tu" dengan nada tegas. dia nangis. hehe ingat orang marah. sejak tu i suka kacau dia cakap nada tegas sikit mesti dia jebek-jebek. kekeke. sori dik

dah pandai mengikut arahan. kalau cakap. adik, kiss ummi. dia dekatkan muka dia kat muka kita. adik ummi nak. dia bagi barang kat tangan dia kat kita. kalau dia tak nak bagi, dia letak je kat tangan pastu dia ambik balik. dah pandai kalau orang suruh stang up dia bangun, suruh sit down dia duduk.

dah pandai hi five. kalau dengar lagi hive five joget-joget angkat tangan sebelah macam hi 5. pengaruh kakak la ni

suka vid alif ba ta dalam youtube, doa harian, zikir-zikir. tapi semua joget. huhu kalau alif ba ta tu dia macam nak ikut. tapi bunyi "aa a aa je"

dulu i ingat dia banyak cakap. sebab masa kecik macam banyak bunyi, bila besar macam kurang plak. adakah sama pesen dengan kakak. dengan dia i try bercakap dengan lebih banyak. selalu main flash kad ngan dia sambil main ngan kakak, dengan harapan cepat la sikit bercakap. lagipon ade anak besar maryam automatik cakap jadi banyak sikit sebab asyik kene beleter je ke maryam. harapnya adik cepat la sikit cakap. tapi sekarang hanya "aaa aa aa " sahaja. hihihi

suka main ciku cak aaa. suka lawan kalau rasa mengantuk. sentiasa nak makan. tapi kuantiti sikit je.

focus dia lebih sikit kut dari maryam. kalau bagi mainan tu, dia belek lama. kakak jenis cepat bosan.

umur ni semua depan mata tu mainan. huhu

ni maryam faleesya masa balik breakfasy semalam lepas jalan-jalan dan main buai

i mengadu sakit belakang kat walid dia. sebab dukung fateemah kut. ataupon nak period. sebab susu merudum. tapi tu 2-3 hari lepas la. semalam rasa macam dah ok. tak jadi period ke ape. huhu. jadi hsband soh guna stroller la bawak fateemah pergi jalan-jalan ngan breakfast. bila i pasang stroller sekali maryam yang nak duduk. dia cakap baby ummi dukung. dah satu kerjaam nak kene dukung dan tolak stroller pulok. baru nak bersenang lenang. (nampak tak hint maknenya nak kene ade tandem stroller. nampak tak? nampak tak?)

hihi


 snek petang. kismis
 kene letak sikit. kalau tak dia kutip semua selagi tak penuh mulut dia sumbat.

tengok guna dua-dua tangan ade 2 bijik pon, dalam mulut ade lagi

macam maryam jugok, skill mengutip masuk mulut memang cepat. jadi kene berhati-hati lah dengan lantai. maryam plak dah la suka sepah kalau amkan. berterabur. adik tukang kutip.

maryam yang susah nak mandi. kalau i bagi can sampai tengahari pon takpe tak mandi.



bangun tido petang. adik memang sentiasa ceria

nampak gigi 3 setengah batang dia.

naik gigi 4 hampir serentak. satu lagi yang tak keluar betul-betul.

semalam ramai meremang dengan cerita monster maryam. ummi dia jangan cerita lah. 3 hari mengarang baru siap. bila nak mengarang je rasa meremang. tapi kat luar tak rasa takut sangat pon sebab tak pikir. dah biasa dah dengan imaginasi terlebih maryam. masa dia baru nak bercakap dulu lagi menegerikan. dia kan kenal warna awal. colours tu antara perkataan awal dia la. i ajar dia basuh tangan kalau nak makan dan selepas makan kat sink kat bilik sebab sink dapo susah nak bukak paip dia. lapi stool ikea yang macam tangga tu. dia pergi sendiri je sorang-sorang tak kira la malam ke siang. sampai la suatu hari tu, lepas balik dari kampung, lepas raya puasa, dia ajak teman. tak nak pergi sorang. dia cakap ade kakak white pink face flying. -___-"

tapi sebab lepas raya i pikir dia tertengok iklan kat kampung la kut. raya kan suka siar cerita merapu.

dan semalam jugak la nak blackout. husband dah balik kerja semalam. balik dah lambat, main ngan anak kejap. cakap-cakap ngan maryam, fateemah dah tido. mandi, sembahyang, tiba-tiba orang panggil dia pergi site lagi sebab semalam dia stand by. bila dia keluar, i tido kan maryam. bila dieorang dah tido baru la ade peluang nak mengadap latop.

sedang enak menaip. tiba-tiba blackout gulap gelita. cahaya yang ade phone je. pikir macam-macam masa tu, sampai rasa tak boleh bernafas. pergi baring tengah-tengah anak. takut sangat nak brgerak. terpikir nak call husband ke, nak call hotel. tapi takut nak bergerak ke phone. tapi call husband pon tiada gunanya. masuk site tak bawak phone i whatsapp sebelum blackout pon dia tak reply. duduk senyap memandang kipas yang dah berhenti berpusing. tapi bilik sejuk lagi. jangan la sampai bilik panas, budak-budak ni bangun naya. dah la jenis tak boleh panas dua-dua. i rasa satu hotel black out sebab gelap gelita. pastu bilik atas dok bunyi berjalan ke sana kemari. bunyi pintu tutup bukak. dalam gelap semua bunyi. tiba-tiba cerah balik.

alhamdulillah. dalam gelap tu rasa nak nangis je marah jugak dekat husband. sebab dia tinggal malam-malam. malam blackout la dia nak pergi kerja. kalau dia ade tak la pulak nak blackout. dah la datang sini macam dekat tetapi jauh je. sehari spend masa sejam dua je kut malam-malam. tu pon banyak ngan anak-anak. pastu tido sini mengantuk awal. sekarang buzy, wa pon memang tak la sehari. kalau bertanya khabar dah makan ke belom pon sekali je bila dinner. dah nak balik kerja tanya nak tapau ke tak. banyak tak mak pikir masa dalam kegelapan. kenapa entah bila blackout nak marah tok laki. hahahaha

yer. tok laki bekerja keras mencari sesuap nasi untuk anak bini jugak, baiklah. alang alang mencari sesuap nasi, cari lah tefal actifry sekali. boleh masak lauk dengan sesuap nasi dengan cara sihat. eceh. (nampak tak permainannya disini?)

suami, saya serius pasal tefal tu. pasal marah-marah dalam gelap tu tak serius. tu bisikan syaitonirrajim dalam kegelapan.

astaghfirullahalazim

You Might Also Like

4 comments

  1. si Faris pun...skang baru dapat cakap nampak...by tengah drive waktu malam, dia akan cakap nampak nampak nampak? hahahaha

    ReplyDelete
  2. salam kenal,

    banyak resipi bayi.. hu.. anak belum start makan..lepas ni bolehlah wat rujukan untuk makanan anak..

    ReplyDelete
  3. Motif?
    astaghfirullahalazim
    hahaha

    ReplyDelete