main kira-kira

 bismillahirrahmanirrahim..assalamualaikum

dok kat sini sementara ni, satu benda yang i rasa rugi sangat kalau dibiarkan adalah masa. kat sinialhamdulillah, boleh la menyusun balik jadual maryam. kat kl i tahu ape dia boleh buat, tapi tak sempat nak mengasah bakat sampai dia betul2 pandai, nak susun aktiviti dia.  pengurusan masa yang sangat teruk.

pastu kat kl, ade kartun, dia tak berapa nak bagi kerjasama. kat sini alhamdulillah, dia suka semua. ke memang kebetulan memang dia dah ready untuk menerima arahan ke, tak tahulah. tapi kat kl i dah cuba banyak kali. dia bo layan.

kat kl, selalu jugak i suruh dia follow zikir mengajaji sama-sama. ya allah. dia nangis tu macam kene dera. sedih mak. sampai rasa nak hantar dia sekolah awal. sebab memang tak berjaya ajar dia kat rumah.

pastu kat sini tiba-tiba zikir pon dah boleh, alif ba ta nak baca. alfatihah dia dah boleh ikut belakang-belakang tu boleh sambung. alhamdulillah.

tapi i rasa memang betul sampai masa nak belajar mengikut kut. sebab tiba-tiba dia tahu semua lagu hi 5, siap hafal dialog boleh cakap balik. sebelum ni banyak melopong tak pon joget je, mane ade dia nak ikut menyanyi atau bercakap balik dialog tu.

selain tu boleh la mengasah skill mengira. dia suka alau ajak main games. dia macam tertunggu-tunggu hari ni nak main game ape. suka belajar. alahamdulillah. tapi belajar ngan ummi jelah dulu =P

dah la belajar dengan kelengkapan terhad. kita buat jelah dengan ape yang ade ye kakak . hehe

mari mengira bersama maryam,







kos rendah je aktiviti ni. guna bahan terbuang, dan sekeping kertas je. pastu suruh dia kira berapa penutup botol ikut susnan, dan susun atas kertas tu. mula-mula dia tak faham konsep. dia ingat permainan menyusun penutup botol diatas kertas sampai penuh. penuh dia susun penutup botol dalam kotak. terangkan banyak kali, tunjuk banyak kali kene susun ikut bilangan. banyak-banyak kali buat baru la dia faham konsep.

tupon, bila ummi dah kene pergi layan adik, ummi bagi je dia main kertas tu, dengan penutup botol tu, dia masih nak menyusun penutup botol sampai memenuhi ruang. hehe. ape ape je lah  maryam. =)

astaghfirullahalazim

You Might Also Like

2 comments

  1. bertuah dapat ajar anak sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tq sgt2 for the ideas untk toddler activity ni. sy memang tgh cari activity utk my 2 year old kid. dia cepat bosan skrg

    ReplyDelete