hampir dua purnama blog ini tidak terusik..tuan empunya blog sangat busy sehingga tiada mood mahu merapu-rapu...mulai hari ini, tuan blog ini akan kembali merapu.
kita mulakan hari kita dengan cerita susu.bonda saya sangat mementingkan kesihatan. minum susu 2 gelas sehari adalah wajib ketika zaman kecik-kecik. susu rasmi kami adik beradik adalah EVERYDAY (nestle masih belum di ban suatu ketika dahulu). bila meningkat dewasa, ANLENE menjadi pilihan saya. anlene coklat adalah faveret. rasa khayal bila minum susu ini. nikmat tidak terhingga. sekarang saya perlukan susu untuk saya dan baby saya. ANMUM pilihan saya =)
ANMUM, dibeli dipasaraya UO dengan harga RM22.90
seterusnya cerita seorang isteri yang terlebih emosinya. period sudah lambat seminggu pada ketika itu. sangat takut untuk test.kerana sangat takut kecewa. tapi emosi sangat lah tidak stabil. encik suami lah menjadi mangsa. mungkin encik suami faham. encik suami banyak mengalah. kerana terlalu banyak tanda-tanda positif(dan juga tidak tahan saya selalu merungut), encik suami membelikan saya pregnancy test. alhamdulillah...
ini lah result nya
cerita terakhir adalah kisah suami yang nampak macho dan tiada perasaan, tapi rupa-rupanya sungguh sweet walaupon rancangan asal nya tidak menjadi. setelah disahkan pregnant oleh pregnancy test(mase tu belom jumpa doc lagi) saya tidak dibenarkan memakai kasut-kasut yang tinggi. jadi kasut rasmi saya adalah croc pink yang buruk dan kotor dan selipar BATA hitam yang licin tapak nya. en. suami cuba bertindak sweet, konon-konon nya ingin membuat surprise membeli kasut idaman. walaupon rancangan kurang berjaya sedidikt.tapi usaha kamu membuatkan saya terharu.terima kasih~
0 comments