baby's nasi lemak

 badan i sangat lah penat sekarang ni. lenguh dari pinggang ke bawah rasa macam lemah sangat...(tiba-tiba teringat pasal cerita kak farah yang ade benda menumpang tu) tapi tak, sebab lepas husband urut kaki rasa macam ringan sikit. ni bahana turun naik bukit and tangga kat cameron cari hotel sambil dukung maryam la ni...badan sendiri pon kaki dah tak mampu nak tanggung, tambah lagi 9 kilo maryam. dah macam pregnant dah berat.

husband cakap tadi nak cari balik contact tempat i mengurut masa lepas gugur dulu kat bangi. kat situ ade spa jugak. dia cakap nak belanja mengurut dan rawatan spa.dia jaga maryam sementara tu. sebab dia nampak i macam penat sangat dua tiga hari nI.memang pon bie..plis plis plis cari balik contact. sedap giler akak tu urut. (bukan janji manis mu ni kan? ni for real kan?)

 breakfast: roti bakar telur pisang

hehe..celup roti dalam telur dipukul..susun pisang..nak susun pisang pastu curah telur pon moleh..macam french toast jer cuma tambah pisang. breakfast i pon macam i jugak. setap =)

 breakfast maryam ngan walid. terserlah kemalasan bini. haha

bangun tido muka moody semacam. tapi bagi pear habis jer makan.=)

untuk tengahari ummi try masak something special for maryam. hari tu cik hani kata nak bawak maryam makan nasi lemak bila besar kan..tayah tunggu besar, ummi dah bagi maryam makan pon.=P
 baby's nasi lemak


bahan-bahan untuk 2 kali makan (untuk nasi)
3 sudu besar beras (beras wangi dan peras perang)
sedikit hirisan bawang merah, bawang putih, halia
2 biji halba
daun pandan
1 sudu besar santan
2 cawan air (bergantung kepada texture nasi baby makan. kalau nak lagi lembik tambah air)


cara: campak semua bahan dalam periuk, masak sehingga masak.=) very simple.

 bahan untuk sambal (hehe..sebenarnya guna resepi kalau i masakkan maryam sweet sour. cuma tambah ikan bilis sangai jer, pastu makan ngan ikan kod kukus)

sepotong ikan kod (kukus) 
seulas bawang merah, seulas bawang putih, sehiris halia cincang halus. (blend pon bleh)
3-4 sudu tomato puree( rebus pastu blend)
1 oz jagung (boleh ganti dengan apa-apa sayur manis)
1 sudu teh ikan bilis sangai diblend halus

tumis bawang dan halia dengan canola oil. i guna canola oil sebab nak masak bawang lama sikit, maskkan puree dan ikan bilis sangai. masak sehingga menggelegak. hidang dengan ikan kod kukus dicarik-carik


hidang dengan: 
hirisan timun
telur dadar (letak floret brokoli)
carrot steam

 baby's nasi lemak is ready to ngap!

bau adalah sama macam nasi lemak. thanks aunty gee bagi daun pandan. hehe. ikan bilis sangai tu buat kan sambal tu rasa macam sambal nasi lemak versi tak pedas. walid yang suap maryam pon siap request nak nasi lemak sebab terliur nasi lemak maryam. hehe. next time la walid. ummi malas. gagaga

santan kalau dulu mesti i rasa macam ngeri jer nak bagi baby makan. yelahh..yang glamer nak bagi rasa lemak dalam food baby kan unsalted butter. veri oram puteh. padehal orang puteh berebut-rebut nak guna santan la, virgin cocnut oil. kita ade depan mata buat sombong kan. hehe
coconut oil atau pon santan ni boleh start bagi kat baby since 7-8 bulan. tapi kene buat 4 days wait rule jugak. banyak kelebihan kelapa ni kan. minyak dia, isi dia, santan dia, ar dia pon! (coconut shake setap ni!)


dalam santan ni ada sejenis acid iaitu lauric acid, sejenis acid yang juga boleh didapati dalam breast milk. dipercayai lauric acid ni lah yang buat breast milk senang nak dihadam dan melindungi badan dari infection dan boost imune system. hebak dok santan?=)

extra virgin cocnut oil dikira dietary minyak yang paling sihat. didapati dalam bentuk solid kalau room temperature. boleh guna buat ganti margarine or butter. untuk keterangan lanjut boleh click di SINI

kekenyangan makan santan lalu ngantuk

dia tengah main sebenarnya, tapi pergi tido sebelah walid. ummi tengah masakkan walid lunch

 huhu..suka tengok

 ikan steam simple dan sayur goreng for kami-kami

You Might Also Like

6 comments

  1. Magh, makcik urut lepas aku bersalin tu pon best gila. Tp dia dtg rumah laa takde spa spa ;p Let me know kalau kau interested :D

    ReplyDelete
  2. salam kenal.

    maryam so cute tido macam tu..

    ReplyDelete
  3. gitu jer maryam tido?? senangnye! hehe...
    aunty pun nak tiru sambal nasi lemak maryam lah untuk afeef! ;)

    ReplyDelete
  4. nasi lemak ni 10mnth dh blh mkn ke?de 2 btg gigi?menarik nye..

    ReplyDelete
  5. Santan mcmne yg blh ye? Kotak je blh atau better yg fresh... ?

    ReplyDelete