nasi jagung

 beli jagung kat cameron semalam manisss giler..terasa nak buatkan maryam bubur tapi takde santan fresh. so tunda esok lah. hari ni masakkan maryam nasi jagung.

nasi jagung dengan sup ayam simple


bahan-bahan untuk nasi jagung

satu sudu teh unsalted butter
serba sedikit rempah 4 beradik 
seulas bawang merah
seulas bawang putih
sehiris halis
3 sudu besar beras (beras wangi + beras perang)
2 oz homemade chicken stock
1.5 cawan air (kalau dah 1 tahun nak campur susu sikit pon boleh. tapi tak letak pon)
2 sudu besar puree jagung (jagng, steam, hiris, lepas tu blend halus)

cara:
tumis rempah 4 beradik, bawang dan halia dengan unsalted butter sehingga naik bau. masukkan beras, stock ayam, dan air, masak sehingga masak.
bila nasi dah hampir masak, masukkan puree jagung. kacau sehingga pekat.

bahan-bahan sup ayam simple
2 oz homemade chicken stock
sedikit dada ayam
bawang putih
bawang holland
sayur-sayuran ( carrot, tomato, brokoli)

cara:

dalam periuk, masukkan stock ayam, isi ayam, bawang dan air sekali, masak sehingga menggelegak.
bila dah gelegak maskkan sayur ikut turutan paling keras. (carrot, tomato,berokoli)

nasi jagung dengan simple sup ayam is ready to ngap!

 lama dia tak makan sampai licin begini u ollss

berbaloi ummi ngan walid pergi cameron balik hari tau=P

kalau ikut dia nak lagi sebenarnya. tapi sebab banyak sangat dah dia makan i bagi susu jer. pastu dia tertido kekenyangan.

petang pon banyak giler makan. hehe. i rasa dia berselera sebab selepas 2 hari baru lah jumpa food sebenar. haha. kesian travel makan food macam baby jer.


 burp alhamdulilla

comot sangat makan steamed pitted prune.

i nak buat puree, tapi dia pergi ambik makan. dia dah sampai capai benda atas meja sekarang, tak boleh nak letak sipi-sipi dah

kalau ikutkan  SINI jagung 8-10 bulan baby dah boleh makan jagung. kalau baby takde masalah allergic. tapi sebab jagung ni risiko allergic tinggi, choking hazard, ramai paed suggest 12 bulan keatas. lagipon nutrisi dalam jagung sikit sangat.masa setahun terawal ni baik bagi food yang tinggi nutrient value. tapi jagung setap! hehe..i dah bagi maryam makan jagung since dia 10 mo, blend halus sebab kalau kasar dia luah balik, dan tambah2 sayur lain untuk tambah nutrisi.=)

jagung juga boleh ganti dengan ape-ape sayur. carrot ka, tomato ka. selamat mencuba.

You Might Also Like

4 comments

  1. geram tgk jari2 maryam yang bulat...meh aunty cubit ckit

    ReplyDelete
  2. comelnya potong carrot bentuk bunga..rajin sungguh :)

    ReplyDelete
  3. tak sempat nak buat nasi jagung utk afeef, kitorang belasah dulu semua hehehe...

    tepung atta dah beli leh buat mac n cheese dululah :p

    ReplyDelete
  4. camne nak potong carrot jadi bunga like that?

    ReplyDelete