ni dia main 'ciku cak' pelik benau gayanya
fish pie
sebiji keledek
sebiji kentang
1 sudu teh unsalted butter
sepotong ikan salmon
sepotong kan kod
*ikan dibasuh dengan hirisan lemon pastu bilas
stock ikan
seulas bawang putih (cincang)
1/4 bawang besar (cincang)
leek (hiris)
celery stick (hiris)
cendawan tiram (cincang halus lagi senang baby nak makan)
tomato (dadu)
kacang peas
daun sup
sedikit cheese
black pepper (kalau baby dah makan)
parutan kulit lemon
panaskan oven pada suhu 180 degree C
lenyek lentang dan keledek besama unsalted butter. saya lenyek kasar2 jer sebab maryam xsuka kalau mashed sampai hancur
tumis bawang, leak dengan olive oil, masukkan cendawan, dan ikan (kalau ikan dah siap steam masuk ikan akhir sekali). bila cendawan dah masak, masukkan stock ikan dan sayur-sayuran lain. masukkan cheese, daun sup, black pepper dan sedikit parutan lemon. kecau sehingga pekat dan semua sayur sudah masak.
isikan kedalam ramekin
atas, letakkan potato and sweet potato yang dilenyekkan tadi
bakar dalam 20-30 minit pada suhu 180 degree C.
siap~
kalau nak lagi perang atas dia tu, bakar lama lagi. saya bakar tak lama sangat sebab tuan kecik dah merengek-rengek lapar. hehe
saya buat 2 bekas. lagi satu bekas saya frozenkan, makan untuk breakfast esoknya pulak. hehe
beli ikan kod ni kat mydin. rm 80 sekilo.sekali sekala boleh la yer makan maryam. hehe
setakat ni maryam pernah makan ikan salmon, ikan tenggiri dan ikan merah. ikan merah masa kat rumah i balik kampung haritu, ikan tenggiri beli 2 kali baru kut kasi maryam makan. tapi ikan tenggiri hanyir lebih. so kebanyakan masa maryam makan salmon jer. ikan kod ni boleh la makan awal2 bulan yer sayang. haha
4 comments
hellemekk ngerinya auntie tengok ikan kod maryam tu...ampun lah auntie x beli...sebab mahal...hihi. ok make sure maryam makan betul2 ya..bon apetite bebeh!
ReplyDeleteikan kod ni sedap eh? yg dlm scotts emulsion tu kan? dgn fish oil tu kan? patutla supplement fish oil mahal. ikan nye pun mahal
ReplyDeleteikan kod n salmon mmg bagus!
ReplyDeletemommy yg super great!..
menu mahal nih..hahhhaa..ok tq ya dear 4 sharing.
meheynye ikan..siyes rm80?maryam mkn menu standed hotel ni..haha
ReplyDelete