kalau saya marah, tak puas hati, bengang dan sebagainya kat en.suami saya senyap je. dan buat muka. hehe.en.suami cakap buat muka bakat semula jadi saya. sungguh annoying katanya.
kalau rasa tak tahan dan kene hemburkan jugak, saya tak kan cakap face to face. walaupon die tanya berpuluh juta kali. saya lebih rela purak-purak tidur.
saya akan tulis surat cinta dengan tulisan buruk giler (sebab menulis masa tengah geram kan, nak cepat) dan letak dalam beg kerja die kat dalam lap top. so, bila die g kerja, bila bukak je lap top akan baca la surat cinta saya.
tak pon saya sms panjang-panjang giler.
nak meluahkan depan-depan tapi mulut ni tak nak bercakap. takut cair pon ye jugak. nanti tengok muka die terus tak jadi marah.
tapi nak cakap i love you sangat senang la pulak. bukan ke perkataan i love you tu orang cakap susah nak di luahkan.
kalau mintak maaf pon ok jer berdepan. moga-moga dengan melihat muka i yang cantik manis ni hati die cair.
tapi kalau bab-bab melepaskan marah i ni product gagal.
6 comments
hehe..lebih kurang jelah kita ni, bab nk protes tak puas hati, tak reti nak berdepan..tp takde la sampai tulis SURAT CINTA.. ^_^.. cuma selalu men SMS jer..hikhik..pastu en suami mesti call..mintak penjelasan..hehe..
ReplyDeletesaya susah nak minta maaf *sigh*
ReplyDeletekite same la magh..huhu...:)
ReplyDeletepn.farah,saya pon mcm nih gak.hehe
ReplyDeletesuami kata saya ni pelik.sian kat dia kalo saya marah.umah jd sunyi sepi.hehe
mamaliena: tu cara kelasik kalau marah yang sangat marah. kalau sms nati terhad nak luahkan. kalau tulis surat panjang~
ReplyDeletefarah: mintak maaf takde hal kalau saya tahu saya salah. if saya rasa tak salah saya susah la.huhu
ira: huhu..kite memang banyak sama. haha
dik, samerlah ngan akak..kalu nak maroh ko che abe akak, akak tak reti nak marah depan2 (takut kn tulah & selalunya jawapan yg dia bg mesti betul) so akak suka pendam, paling xtahan pun nanti hantar sms panjang2 membebel & then laki akak balas tak sampai suku pun dr msg tu (atau hanya 2 perkataan shj iaitu OK) tapi skrg ni akak malas nak kata apa2 dah kalo xpuas hati ngan dia sebab selalunya amarah kita ni kadang2 xberasas, more into emosional feeling yg orang pompuan slalu ada..lagipun malas nak merajuk lama2 pasal last2 kita juga yg rugi..hahahahaha^__^
ReplyDelete