hari sabtu

rasa macam tak de mood nak ud date blog hari ni. terpaksa jer rasa. ceh berblog pon terpaksa. nanti korang masuk blog ni tak de update korang kecewa. gahaha. so i memaksa diri update blog dengan cerita basi.

sabtu lepas birthday azhani, tapi kiteorang pergi amik aisha rohaya bawak dia g makan konon-konon saya nak belanja dia makan sempena birthday dia yang dah lepas. tapi mesti lah suami saya yang bayar. tapi yang frust nya..yang frustnya..lupa nak amik gambar. ah jarang berlaku kepada seorang blogger yang tegar! grrrr..marah diri sendiri.

tak best tau bercerita tanpa gambar. kami pergi makan kat anis putri lagi. sebab tengok tempoyak dan ikan patin (bukan ikan patin masak tempoyak yer) kami amik amik asing-asing. sebab salah pilih lauk. ah. yang penting ade tempoyak. amik gambar pon lupa sebab rasa tak sabar nak terkam tempoyak. isk.

pastu bila sampai rumah. on latop.

"oh! penat i bawak camera. lupa nak amik gambar"

"i ingat u malu ngan aisha. tak amik gambar. i ingat jer"


MALU NGAN AISHA? NGAN AISHA? *pengsan*

tak pelah. gambar kami makan pon semeh sebab semua dah kelaparan. (ok. mungkin aku jer yang sememeh)

lepas tu kitaorang pergi tengok anak gadafi. juga tiada gambar. tapi i curi kat fb. hehe. biasalah.


gad, mintak kebenaran yer. asyik promote anak-anak ko jer.anak ko comel. mane tahu kut2 ade agensi model kanak-kanak baca blog aku. nanti anak ko juga yang glamer macam mia@ amani nanti. hahaha

baby mohammad *rasa nak nangis tengok baby fresh dr oven macam ni*

" aizat, baby nama ape?"

" baby nama mohd dah tu jer"

"panjang nya nama baby, MOhd dah tu jer bin *nama bapak die*"

sengal kan uncle peja ni aizat.


malam nya kami ke alamanda beli groceries. beli jer penting. masak ke tak tu lain cerita ok~ hahaha

dia tak suka sangat ayam. ni kemahuan bini.tapi nampak macam suka jer kfc black paper ni.

bini dia macam biasa. makan kfc kena dengan soso tomato. baru feel lebih.

ok lah rasa kfc baru ni. tapi seketul boleh la kut. ketul yang kedua mak dah kemuakan. kene makan dengan banyak-banyak sos tomato supaya hilang rasa muak. tapi sekarang macam terasa nak makan lagi.

itu sajor aktiviti hari sabtu kami. hehe

You Might Also Like

10 comments

  1. yeah dah makan KFC!!! dengan sos tomato??? pelik je..hehehe

    ReplyDelete
  2. kami sekeluarga tak kenan sangat kfc black pepper ni. pelik2 je. huhuhu~

    ReplyDelete
  3. beh nye tgk baby fresh! suka2x..^_^

    ReplyDelete
  4. behnye..kfc blekpepe..belom toraiii.

    ReplyDelete
  5. sdp ke kfc blackpepper tu?
    sejak pregnant ni xmkn lg..asal pregnant je xlalu nk mkn..skg perut dh bsr ok sketla, bole gak telan

    ReplyDelete
  6. hari tu buka pose make KFC..muok muok..tapi anak jate kak ila sukeee..tiap kali nampak ngepeng KFC, ajak g make KFC..tokei balok buleh lingkup lagu ni gak..heheheh

    ReplyDelete
  7. baru ni ada try kfc black pepper huhuh suka yg hot n spicy lagi rasanya

    ReplyDelete
  8. time pregnant kalau bini nak makan apa jer suami mesti turutkan wpun dia tak suka makan hahhahah. Time nie lah nak minta aper jer...(minta Farah..minta hahhahhahaha)

    ReplyDelete
  9. hehe,..dalam malas2 nak update blog tu, entry tetap mantap.

    KFC black pepper tu sedap woo.

    ReplyDelete