ape yang besar?
perut i! -_____-"
mase balik kampung hari tu ramai terkejut perut macam tengah tunggu hari. huhuh. pastu tegang (orang kampung saya cakap 'terik'). macam bai cakap rasa nak cucuk ngan jarum jer.
due nye lambat lagi. wiken ni baru masuk 33. due date 1.1.11. tapi perut membulat. orang cakap kalo perut bentuk bulat baby girl kan. bulat tu tak ape. tapi ni bulat besar punyeeee!
pastu ade dengar jugak mak cik-mak cik cakap 1.8 kg tuh baby besar. tapi doctor cakap hari tu memang dah betul lah dengan 32 minggu. nak percaya doctor ke nak percaya mak cik-mak cik? hehe
dieorang cakap i kuat minum ais ke?
*ehem* ais saya kurang. tapi sejak dari 7 bulan air masak yang i minum adalah air peti. hehe. panas! minum air peti adalah sangat menyamankan. pastu ice cream adalah sangat nikmat buat masa ni. akhir-akhir ni lah. biasa kalau beli ice-cream, husband jer yang makan. i tak layan ice-cream. i hantu coklat. kalau die beli sampai membeku keras kejung ice-cream tu sebab die sorang jer makan. sekarang dah pandai korek-korek ice-cream keras kejung tu dah. kalau keluar asyik nak makan ice-cream jer.
sebab tu ke perut membesar dengan jayanya? boleh percaya ke makan ais baby jadi besar?
i rasa baby i kalau lah di category kan sebagai besar bukan sebab ais kut. sebab makan banyak. haha. sebab dari awal-awal pon perut dah besar. cuma sekarang makin membesar lah. takkan dia nak mengecik kan. pastu masa awal-awal air pon minum air suam. ice-cream langsung tak sentuh. seminggu dua ni jer rasa melampau-lampau ketagihan ice-cream and air sejuk.
masalah bila perut besar ni adalah cepat penat. tu perkara biasa lah kan. dan juga stretch mark. bab stretch mark ni sebanarnya i sedikit sedih bila tengok perut sendiri. kalau i tak jaga dia, tak belai, tak bagi kasih sayang, tak letak losyen and minyak mahal-mahal i redha jer dia nak nak pecah-pecah kaler oren hijau kuning biru pon. tapi masalahnya dah jaga, dah belai, dah bagi kasih sayang tapi still jugak nak pecah-pecah dengan banyak!
nak tak de stretch mark langsung tayah pregnant lah kan. dah perut ko membesar berkali ganda, takkan lah nak sama ngan perut dulu kan. mesti lah ade jugak stretch mark. tapi nye, banyak sangattttttttttttttttttttttttttttttt!!
naseb baek tak nampak dari pandangan atas. sbb dia kat bahagian bawah perut. tapi kalau tengok cermin memang nampak lah. i pulak suka tengok cermin. jadi malanglah untuk diri sendiri. sedih lah sorang-sorang tengok perut sendiri.
yang kelakarnya, rasa macam dah hilang keupayaan diri pulak. disebabkan pandangan mata terbatas nampak sampai perut jer, jadinya banyak lah aktiviti menjaga kebersihan diri terpaksa ade assistant. kalau tak mengada-ngada boleh buat sendiri. tapi bersusah payah. i malas nak bersusah payah di tambah pulak memang mengada-ngada. dah. tak perlu elaborate panjang-panjang. yang dah pregnant mesti dah tahu. yang tak pregnant lagi tunggu lah sampai masa.
6 comments
uiks besau!! aku puas cari dimana letaknya perut ko.. ingat tu bantal! =D.. semoga ko n baby sihat..
ReplyDeletei dah tanya 2 gynae. adakah ais or menda sejuk akan sebabkan baby besar. jawapannya tidak ya. baby besar kalau carbs n gula lebih. hehe. so enjoy la mnm ais n mkn eskrim. hehehe.
ReplyDeletebaby i pun sukaaaa ais n aiskrim sejak dari mula2 preggy lagi. hihiihihihi.
hahahaha phase yang last sekali tu i sukeee!!!! hahahahah :p
ReplyDeletebile shoot dari jarak dekat, nampak la besar dear, tapi mmg beso le syg...bile due ni? mcm dah dekat je.
ReplyDeletecomell je perut
ReplyDeletetp nmpk mmg beso msti penat kn bawok perut tu
memang besar. takpe. asalkan ibu dan anak sehat2.
ReplyDeleteyup. kebersihan diri masa2 ni amatlah crucial. kena ada assistant. dan assistant tu kenalah banyak2 bersabar dgn kerenah mak2 buyung ni haa...hehe.