bubur sup daging

my husband balik kerja awal hari ni. peristiwa yang jarang berlaku. kalau balik awal, boleh lah dia suapkan maryam makan. harini i masakkan maryam oat porridge, husband cakap maryam macam lama jer tak makan nasi. mana ada~ i gilir-gilir la. (tapi seronok masak oat sebab dia makan banyak kalau oat) bukan semua menu masuk blog. huhu. ni menu hari isnin kut. dah upload gambar, tapi peram jer kat draft.

bubur sup daging

bahan-bahan:

serba sikit rempah tumis 4 beradik (ni i google nama dia ni. haha..orang kelantan panggil "kakah nnumih")
sehilis halia (mayang)
seulas bawang putih
seulas bawang merah
1/2 sudu rempah serbuk adabi
3-4 sudu beras (saya buat half beras wangi, half beras perang)
2.5  mug air (kalau pekat tambah lagi air lagi)
1/2 cawan stock daging (rebus daging simpan air)
daging (direbus, cincang halus/blend kalau baby kecik lagi)
celery
sayur mayur (saya letak brokoli, tomato, carrot)

ni rempah paling penting. rempah serbuk sup adabi.

daging rebus dicincang

1. tumis bawang, halia, dan rempah sup serbuk adabi, rempah tumis adik beradik dengan pure olive oil sehingga naik bau.
2. masukkan air, stok daging, daging, dan beras. kacau hingga hampir masak, masukkan celery dan carrot.masukkan sedikit lagi air jika perlu.
3. bila dah masak masukkan tomato. kacau, sebelum tutup api, masukkan brokoli.

siap bubur sup daging. makan dengan hirisan daun sup

masak masa dia tengah tido.

bangun tido, lapar-lapar ummi suapkan bubur sup daging yang yummy. dah lah selera makan dia tengah mencanak-canak naik sekarang. nak masak pon happy jer=)

dinner pon menu sama. hehe. masa selera tengah naik ni. mengulang menu pon tak pe=)

bila saya kenyang, sayalah orang paling happy~

You Might Also Like

2 comments

  1. aritu masak utk afeef tak rebus dulu daging..padanla dia tak suka. keras! kekeke.

    ReplyDelete
  2. bestnya ummi maryam masak sedap2 n berkhasiat..;)

    ReplyDelete