2 tahun maryam


Esok maryam cukup 2 tahun. Mak mengarang awal-awal sementara ade mood ni. Akhirnya. Adik dia ni, tak menunjukkan ciri-ciri nak keluar pon lagi. Memang mengikut kata ummi dari dalam perut. Tunggu kak maryam 2 tahun baru keluar. Hahaa. Esok check up 39 minggu adik maryam. Doakan xde pape semua ok. Pastu doakan cepat la sikit baby keluar. Mak dah tak larat. Heheheh.

Alhamdulillah, rezeki maryam berjaya menyelesaikan misi penyusuan 2 tahun. Tak banyak sangat pon cabaran nak menyusukan dia. Yelah, sebab surirumah, i boleh direct feeding dia. Cabarannya hanyalah bila i pregnant, milk production merudum, kene menahan sakit sebab kesensitive-an yang melampau masa pregnant ni. Tapi still bearable. Cuma kadang-kadang mak cranky bila dia nak mengempeng dengan super lama. Heeeee....

Teringat masa first time susukan dia dalam LR, keluar je dia memang budak yang bijak. Terus pandai menyusu. So walaupon first time menyusu kan dia, i tak berdepan dengan masalah sangat. 2 jam dia menyusu masa dalam LR. Nurse banyak kali jenguk. Tak siap-siap. Hehehe. Ciri-ciri mengempeng memang dah ade disitu.

Sebab susu tak keluar banyak lagi, malam tu pon dia asyik menyusu. Sebagai ibu baru, i tak kisah langsung dia nak menyusu and asyik menangis nak beriba jer. Sebab excited kut. Sepanjang malam rasanya tak tido pon. lagipon masa tu nurse cakap, dia asyik menangis sebab terkejut, smlm dia selesa dok dalam perut ummi lagi, warm dan sempit jer. tiba-tiba keluar, jadi luar siap ber-ekon lagi. olololo. sian anak ummi. meh ummi amik peluk.

Esoknya baru lah rasa penat, bahu, lengan lenguh sebab cara pegang baby salah menyusu. rasa sakit perut maryam menyusu sebab rahim mengecut. masa ni along yang bagi semangat and banyak menolong. thanks along! masa ni nurse jugak yang banyak mengajar. tukar position menyusu. ajar cara yang betul menyusu pelbagai position. terangkan mengapa maryam tak nak dok bawah, nak beriba jer. nak menyusu jer. sebab tu lah kut memilih hospital yang menyokong penyusuan ibu penting. walaupon dah belajar kat antenatal class, dan kononnya dah membaca pasal penyusuan ni, bila berdepan dengan real situation kita jadi hopeless. penting nya orang yang berpengalaman ade disisi kita masa ni. alhamdulillah. disebabkan saya adalah orang yang cengeng, menangis itu biasa. hahaha. lagipon rindu laki kut masa ni. =P

ni cerita masa maryam lahir 2 tahun lepas.

part 1
part 2
part 3

lepas-lepas tu alhamdulillah bila susu keluar, rezeki maryam melimpah ruah. sampaikan bila dah 6 bulan, dia dah ready nak diberi solid food dia still nak menyusu. tak nak makan sampai umur 8 bulan. 8 bulan makan la sesuap dua. pastu 9 bulan tak nak balik. begitu lah selera makan dia. memang manjang tak nak makan. ramai cakap i untung sebab maryam suka makan. takkkk. sebab maryam tak nak makan la i berusaha masak macam-macam. tapi resultnya sama saja. dia still nak susu jer. makan adalah sikit sangat. biasanya, i masak, i makan. tak pelah, dia dapat jugak ikut susu kan. sampai lah umur dia 1 tahun 5 bulan, i disahkan pregnant 2 bulan, tiba-tiba selera dia naik mendadak. makan berganda-ganda. syukur alhamdulillah.

perkembangan terbaru dia sekarang dia sangat suka melukis. ayoyoyo. asyik ajak melukis jer. dah la bila dia melukis kita kene melukis sekali. kene paksa. tak buat kerja lain la mok mung.



kalau kita ajar 1,2,3 ataupon a,b,c masih lagi ikut mood dia. kadang-kadang dia nak ikut. kadang-kadang dia tak nak. joget-joget jer nak. alif ba ta jagan cerita lah. marah terus kalau orang bukak. yappada maryammmmm...dulukan awak suka.

tapi perkembangan yang tak disangka-sangka, dia dah kenal kaler-kaler. oren, pink, hijau, biru, kuning, merah. biras i yang perasan dulu bila dia mintakblock ikut kaler semua maryam bagi dengan betul. i dengan excited cerita kat walid dia, walid dia cakap,

"laaa. u tak tahu lagi ke, dio sokmo main bola-bola tu ngan i. kalau i mintak ikut kaler dia bagi la"

hurmphhh..yelahhh. i sokmo excited bercerita kat dia hari-hari pasal perkembangan terbaru maryam. tapi bila dia yang discover dulu, tak cakap pong.. T___T

kalau i ajar and tanya guna buku dia buat tak tahu jer. sampai hati maryam. T_T buku boring kut. mak kene creative la ni. 

shape dah kenal circle, star, rectangle, square, triangle. ni hasil melukis hari-hari la ni. dia soh lukis, mane la mak pandai nak lukis benda hebat-hebat. balik-balik shape. balik-balik shape. sekarang tengah berusaha ajar a,b,c sambil menulis plak. nampak macam cara ni jer berkesan. huhuhu

seorang budak yang happy, manja, pandai memujuk, cepat faham arahan, suka ajak main, budak yang sangat aktif. kene selalu peratikan dia. if terleka ade jer benda yang dia buat yang boleh buatkan ummi. 'gembira'. tapi still berat mulut bebenor nak cakap. hehehe. kalau datang mood cakap dia cakap jer. kalau tak dia ngguk-angguk jer. menjerit rajin pulak. huhuhu. ape-ape jelah maryam. asalkan awak happy, ummi ngan walid happy. =)


kak maryam semalam, di playground giant kinrara

suka bersosial, tapi malu-malu. tapi tak suka budak yang suka sentuh-sentuh, tarik-tarik tangan ke, rimas agaknya. main sama-sama je boleh. pegang-pegang tak boleh.

 naik benda ni free kat giant. tapi dia naik kejap-kejap jer. lagi suka lari-lari sambil jerit, naik slide, memanjat.


bila nak balik. selalu macam ni. tak pernah rela hati nak balik. hahaha

melayan gambar my baby 2 tahun lepas. cepat sangat masa berlalu. =)

masih dalam LR. baru lepas menyusu

sehari

 
juga sehari. keci sangat rasa masa ni. hehehe

hari ke 3. berjuang menyusu direct dan pump sebab nak soh dia menyusu banyak cepat sikit turun. rasa macam kilang susu masa ni, sebab lepas pump, kene df, pastu pump. dah susu xbanyak sangat masa tu. demi mu maryam~

kecik-kecik dah membuas. =)

i suka tengok gambar ni. hehehe

semoga maryam membesar menjadi anak yang solehah sayang. jadi anak yang berguna dunia akhirat. ummi ngan walid love u so much. 

You Might Also Like

10 comments

  1. kalau baca je cerita tentang new born mesti rindu saat2 newborn pastu rase nak nangis... perasaan jd mak2 mmg dh lain.. mryam xnk mkn sbb dia nk mkn yg mak dia mkn lg besh2 kot...sbb tu xkuat mkn kot.. salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. sekejap rasa anak sulong nih membesarkan. blog nih penuh dgn story maryam :) dr lahir sehinggalah sekarang.

    umi sgt tabah membesarkan puterinya ni. seronok ikuti perkembangan maryam.

    semoga kamu sihat sehingga adik maryam keluar nanti. sikit jer lagi tuh. lagi berapa jam jer dia keluar lah hhiiih...

    ReplyDelete
  3. cepat btul anak kita membesar kan. anak sy muda sehari je dgn maryam ;)

    ReplyDelete
  4. x sabar plak saya nak peknen no 2 wendu saat2 mengandung~

    ReplyDelete
  5. mayammmm! happy second birthday my love. sonok tgk gmbr dia masa newborn berisi sangat2! clever girlnya maryam dah terer banyak menda!
    congrats babe 2 yrs fully bf! well done!

    ReplyDelete
  6. memang teringat detik-detik bersalin tue...huhuuhu...
    tetibe rindu lak nak preggy balik...harap jasmin pon dapat PHD in BF....ameen

    ReplyDelete
  7. besa dah maryam! baru rasa cubit dia ritu..huhuhu

    ReplyDelete
  8. asl..selamat menyambut permata hati yang kedua....happy fer u too..when i read all this things..jus make me wanna b a preg mom for a second time...miss preg time...labour time....wish u luck !

    ReplyDelete
  9. Syoknye nak dapat baby baru.... tiba-tiba rasa macam teringin jugak...hehhehhe... Bila tanya My baby..nak bay/adik tak? cepat-cepat dia kata taknak... dia tau ke adik tu apa?..hahaha..suh ciom baby.pandai pegi perut ummi ciom baby... tapi cakap nak adik atau baby tak?..tak mo pulak....hihihih

    ReplyDelete