i rasa macam nak buang jer maggi dalam kabinet tu. i dah cakap, jangan beli stock makanan tak sihat walaupon tu stock untuk emergency case. tapi waktu-waktu lapar begini makanan cepat dan tak sihat itu sungguh lah kelihatan tempting sekali.
dua kali i pegang plastik maggi tuh. aish..tapi bila pikir i makan untuk dua orang i cari lah alternative lain yang sama tarafnya ngan maggi dari segi kepantasan penyediaan walaupon remeh sedikit lah dari maggi.
sangat malas nak defrost lauk-lauk dalam freezer tuh. jadi i terpaksa pikir menu ape yang lengkap berlauk dan sayur tapi tak perlu defrost lauk dalam peti.
jadi ini hasil kekreatifan i kat dapur. memang ni je lah menu paling kreatif i boleh fikir untuk yang cepat dan tak perlu defrost lauk pauk. kreatif tak i?
pucuk paku goreng ikan bilis. telur mata
mesti u nak cakap sia-sia jer u bawak i pergi beli kat pasar borong kalau nak makan telur kan? aish..mane ade sia-sia. pucuk paku tuh beli kat pasar borong. so idok lah sia-sia. pucuk paku tuh i goreng pedas-pedas. memang heaven lah lunch macam ni. jangan risau pasal heartburn. gaviscon kan ade. hahaha
semalam u tanya kenapa i malas. i bukan malas. (eh. tak nak mengaku) cuma macam hilang semangat. rasa nak duduk 'jelepek' jer atas sofa. bosan giler jer rasa macam hidup. i tipu jer bila cakap tak kisah kalau u setakat pergi 2 malam. i kisah. mesti lah kisah!
semalam awal-awal malam memang lah rase normal. tapi bila dah lewat dari masa u balik dari office sangat lah terasa bosan nya. i bukak sliding door dengan harapan budak-budak rumah atas tolong lah bising sikit. nyanyi-nyanyi ke, skipping di tengah-tengah malam ke, berbual kat beranda kuat-kuat macam biasa-biasa dieorang buat. tapi senyap pulak semalam. bunyi anjing-anjing sahaja yang menyalak. sedikit menakutkan. so i tutup sliding door. ambik selimut ngan bantal baring atas sofa sambil tunggu u call bila dah habis u buat kerja.
i tunggu u sampai tertido. tersedar pukul bila phone bunyi dan di screen tu keluar nama u. tengok jam pukul 1.30 pagi. ngantuk nya! dalam hati ' isk. baik tak payah call kalau nak call pukul 1.30'. eh. sebenarnya i lupa tu dalam hati je ke memang i cakap macam tu kat u. haha. serius lupa. sebab macam mamai. kalau i cakap macam tu masa cakap ngan u sorry lah. sebab memang tu pon yang terbuku di hati *mode merajuk on*. hehe. tapi i tahu, u call jugak i biar pon lambat sebab kalau u tak call langsung pon memang i akan marah jugak. nak buat macam mane bie. perempuan memang complicated. bab-bab hati dan perasaan ni u kene redha jer lah.
tapi i merajuk pon masa tu jer. pagi tadi masa i kejut u dah tak marah dah. tapi malam ni kalau u tak call i awal-awal siap lah! *insert muka garang i sambil angkat kening kat sini* tiada upacara malam jumaat! eh. tu menghukum diri sendiri namanya. okeh. nanti i pikir hukuman lain. yang penting sekarang cepat balik~
we miss u.
4 comments
takpe farah, tak lame lagi baby F ada..tak la sunyi bile ur bie kuar outstation,kan..kan....
ReplyDeletememang kreatif nih! nampk best je tu! ^_^
ReplyDeletefarah mmg pandai msk kan akak linaku..eee
ReplyDeletefarah, beli safegg selamat utk peknen moms...I beli yang DHA untuk buat telor scramble buat azra...
ReplyDelete