dah masuk tahun baru!
umur tak berubah lagi yer selagi belum birthday.=p kalau ikut tahun maknanye maryam dah setahun hari ni. jadi tak boleh ikut tahun.
sori diatas kesenyapan yang melampau. tak boleh gunakan maryam sebagai alasan sebab maryam sangat lah baik 'berjurus' budak nye. jadi kalau nak ikut mummy dia ade masa yang cukup nak update blog. tapi malangnya masa dok rumah MIL internet connection hampes sikit. buang masa jer mengadap lappy asyik kene refresh.
sekarang dah dok di tanah merah tanah airku. boleh lah kembali beraksi. kalau tak terupdate jugak blog ni maknanya saja lah tuan blog ni pemalas. dah jadi mummy dah tak boleh nak mengadap lappy beria sangat. heheh
ape yer azam tahun ni. sebab dah dah dapat benda paling besar and paling nak 20 haibulan baru ni macam dah tak de permintaan lain dah. tapi jom tengok balik azam tahun lepas yang diambil dari blog lama.
1.kerja
sori kerja. saya tak dapat nak mengomen pasal kamu.=p
2.turun berat ke 56 kg
dah turun. (kire dah tercapai lah sebenarnya kan?=p) tapi dan naik berganda-ganda-ganda-ganda-ganda. berat badan semasa lepas bersalin adalah 74. cepat kira berapa kilo nak kene turunkan ni! so azam ini akan diteruskan untuk tahun ini =)
3.latop kecik
aka netbook. tq hubby~
4.anak sebelum 2010 berakhir
alhamdulillah. hajat paling besar tercapai jugak.=)
5.buat bisnes
agak tergendala. insyaAllah akan start balik ikut permintaan.
6.membalas jasa ibubapa
masih tak tercapai =(
7.nak jadi isteri terbaek
ni kene lah tanya husband. tapi dia cakap sambal bilis saya terbaik di korea. gahaha. balik malaysia dah tak laku lah sebab sambal bilis senang nak dapat kat malaysia.=p
banyak lagi benda tak achieve dalam hidup ni. so i akan sambung ini tahun lepas punya cita-cita. kecuali yang no 4 itu. takkan lah nak letak 'anak sebelum 2011 berakhir' pulak kan. itu namanya melampau. tapi kalau rezeki i terima. ngehehe
tapi untuk azam tahun ni nak tambah lagi satu. selain jadi isteri terbaek, nak jadi mommy terbaik untuk maryam.
2 comments
oowww good luck dgn azam2 yg direfresh tu...
ReplyDeletealossss, rendu tanah merah tanah airku jugop :(
bab dapat anak tu la plg best kannnnnnn...anugerah Allah tu..tak ternilai
ReplyDelete