perjalanan maryam part 2

episode: rahsia kejayaan.

first night kene tahan i tak tido pon. tutup lappy pukul 4. berusaha nak tido. tapi tak boleh tido. asyik fikir ape jadi esok? sakit tak nak beranak ni? and i rase potensi untuk diinduce or c-zer adalah tinggi sebab water bag dah pecah dulu. and setahu i, bila air dah pecah macammana pon dia keluarkan jugak baby within 24 hours. dan malam tu i seram sejuk.

tengok-tengok dah pukul 6. nurse masuk tanya dah ade contraction ke blom. mesin yang dia pasang tu tunjuk i tak de contraction langsung. semalam dieorang dah buat vagina test main seluk-seluk, bukaan sangat sikit jer lagi. nurse cakap doc seri call suruh induce jer sebab tak sakit.

'hoh. induce jugak?'

nurse sontot i ngan ubat berak, pukul 630 nurse yang sama dengan buat test semalam masuk.

"boleh saya masuk ubat sekarang?"

aku bajet induce ni die cucuk ubat. bab cucuk-cucuk ni mak terer. memang tak de hal. sekali kene seluk jugak masuk ubat tu dalam vagina. dem! tak suka la aktiviti ni time gersang ni. lepas masuk ubat dia suruh berehat, jangan bangun sejam.

sejam lepas tu contraction dah rasa sikit-sikit. bila dah cukup sejam i bangun ambik enset call husband. 4-5 kali jugak lah call baru dia angkat.

"yang, i bangun dah ni. i tengah siap-siap dah lambat"

i macam senyap kejap. ya allah laki aku. boleh tak i dah nak beranak dah ni. dah tahu bini sarat kalau bangun tido tengok ade 100 miscall mesti lah ade emergency. tak de maknenye i nak call u 100 kali sebab i nak kejut u bangun pagi. lagi pon sejak u pergi korea bila masa pulak i kejut u pagi-pagi? plus i dah antar msg semalam cakap dah kat hospital.

time-time tu jugak i nangis cakap dah kat hospital. nak bersalin.

lepas tu baru dengar suara dia cuak. hah. tau pon cuak. i cuak dari semalam lagi tau.=p

lepas husband tahu baru lah hati i senang. baru boleh breakfast dengan hati riang. mane aci cuak sorang-sorang kan? kene lah sama-sama cuak.

Photobucket
breakfast pagi tuh

pukul 830 dr. seri datang cek. seluk lagi. tapi kali ni dah tak sakit sangat. doc cakap dah 2 cm. dah boleh masuk labor room. mase ni i dah rase contraction. nk bergerak pon tak selesa. doc suruh siap-siap nk masu labor room i masuk toilet dulu nak kencing. masa kat toilet rasa contraction makin kuat rase susah nak berdiri. rase memulas perut nk berak yang amat sangat. masa ni i pikir betul ke i nak hadapi sakit induce ni. dah la sorang-sorang. so bila i keluar toilet i cakap kat doc.

"doc saya nak epidural"

ngehehehe.itulah rahsia kejayaan! =p

You Might Also Like

3 comments

  1. terkepit2 montot i baca entry u nih..heheh..zaman 5 tahun sudah..masih rase takut..and serious tak suke kene seluk..huhu..ok cepat sambung part 3:)

    ReplyDelete
  2. wah,..dah berapa lama sudah! congrats ya dear!!

    pakai epidural better rasanya, kalau tak..huhu..3 tahun berlau, sakit induce masih terasa nih.

    Baby & Me Shopping Style Contest

    ReplyDelete
  3. Kelakar la cara Farah cerita...hehehe...seronok je baca sampai tersenyum sorang2. Cepat karang part 3 plak.

    Epidural memang banyak membantu. Tapi bukan lah tak sakit langsung. Masih panik hokay esp. bila baby dah mula turun ke birth canal. Masa tu habis satu Quran dibaca masih tak hilang panik. Tu yang fobia sampai sekarang nih. Hihihi.

    ReplyDelete