rasa macam semalam baru saya bergumbira dengan rakan-rakan semasa majlis akad nikah dijalankan. dah setengah tahun masa berlalu.
kami merancang keluar berdeting sambil-sambil pergi beli baju raya en.suami (kali ni memang tak beli baju i). en suami merancang mahu berbuka di restoran kegemaran saya. tapi buffet. saya tak mahu. belajar dari pengalaman lepas, bila buffet kita akan makan melebihi jumlah makanan yang badan kita perlukan. kerana tak nak rugi bayar mahal-mahal. akibatnya, lepas makan bila perut dah kembung, menyesal!
akhirnya, tempat makan dipilih oleh en. suami.
hasil setiap hari pada pukul satu mengadap oprah yang mantop, dan kalau ada ulangan pon siap tengok jugak, saya dapat tips dari rancangan talk show kegemaran saya. (owh..jangan dilupakan, saya juga suka jozan)
tips nya, kalau kita diet, dan kita nak melakukan dosa terhadap diri sendiri. (makan makanan menggemukkan) kita fikir je makanan tu tak menggemukkan. dan happy ketika makan. dengan itu, kita dapat menipu badan sendiri. berjaya ke i lakukan?
huhuhu..itu sahaja aktiviti kami pada hari ahad, di hari ulangtahun perkahwinan yang ke 6 bulan. tak sangka dah 6 bulan. saya rasa masih belum kenal en. suami sepenuhnya. dan masih berharap dapat berkepit 24 jam ngan dia macam pengantin baru tengah honeymoon walaupon dah pengantin buruk.
saya suka bila dia ada di rumah,sebab bila dia ada dirumah saya boleh online sebab saya akan dihiburkan dengan lawak jozan nya. sila jangan tertipu dengan muka nya yang nampak nerd, dia mampu buat pelbagai aksi tak senonoh.
terima kasih kerana bimbing i selama 6 bulan ni.
saya suka bila dia ada di rumah,
terima kasih kerana bimbing i selama 6 bulan ni.
1 comments
heee..selamat ulangtahun kee 6 bulan...semoga bahagia selalu..:)
ReplyDelete