masa balik rumah mertua hari tu mengemas sakan. sebab nak kosongkan bilik nak bawak balik tok dari terengganu yang lumpuh sudah hampir 6 tahun sebab stroke.
bila dah mengemas jumpalah harta karun en. suami di zaman-zaman belajar sekolah, utp, dan sebelum kerja. terbongkar lah segala rahsia bersama kekasih lama. hoho
dalam kotak tu hanya ada satu je barang dari i. kad raya yang ditulis zaman kanak-kanak. sungguh kanak-kanak sampai malu nak baca balik. awal-awal dah amik simpan tak nak bagi en.suami baca balik. nanti jadi modal dia nak gelakkan saya.
yang laen-laen semua kenangan dengan skendel-skendel. ade lilin berwarna warni, keychain love, bubble, notepad dan pelbagai barang wtf lain.
kerja saya hanya gelakkan dia sebab tak sangka en.suami juga terjebak dengan benda jiwang-jiwang ini macam. semua dia buang kecuali satu notebook yang depan tertulis 'note dari faizal'. dia cakap ni barang rare. susah nak jumpa.
en. suami dah la suka buat note seperti di atas. (sila maafkan tulisan buruk itu. tetap santek dimata i) dimana saya rasa ianya benda paling sweet yang dia buat. bangun tengahari pagi tengok-tengok ade note itu membuatkan saya senyum sepanjang hari sambil buat keje rumah. senangkan nak bahagiakan i??
tapi kalau en. suami guna kertas dari note book skendel dia bagi ilanglah satu-satunya sweetan yang dia rajen nak buat!
oleh itu i sengaja tinggal note book tu bawah katil dalam bilik kat kampung. puas hati!muaahahahahahahahaah
bukan saya jeles. saya tahu skendel dah tak ade ape-ape makna. saya dah isteri dia kut. tapi masih ade rasa pedih sikit-sikit.hehe
bila jumpa mengemas barang nostalgia pon keluar lah kan. kadang-kadang bila nak simpan barang terpikir, mula-mula simpan, lama-lama buang jugak. naseb baek masa saya dan en. suami bercinta dulu en. suami kurang kesweetan. takde maknanya dia nak bagi kad-kad comel kecik dengan kata-kata sweet. kad raya je setiap tahun sampai. tu pon free cop company. heh!
bunga baru dapat dua kali. yang paling baru mase konvo hari tu. warna pink.
first bunga dapat dari en. suami yang masa dulu masih bercintancintun masa dia datang ke utp sebab dia konvo. dia dari kelantan datang perak lalu ikut cameron highland. so dia singgah beli bunga kat makcik tepi jalan. fresh dari ladang siap balut ngan paper lagi. bunga warna pepel. orang lelaki ni mesti tak amik tahu sangat maksud kaler-kale bunga ni.hahaha
bila naek bilik, saya singgah bilik twin kalau tak silap. hazirah orang pertama gelakkan saya dapat bunga balut ngan paper.
haha!
hei..itu dah cukup sweet okei. dah sangat bersyukur dia ingat nak belikan bunga masa jumpa i. balut ngan paper pon kire ok la~
sebenarnya hari itu dia surprise kan saya. dia cakap tak datang konvo sebab tak dapat cuti. tapi kirim kan saya barang melalui kawan dia. dia suruh turun amik barang, sangat terkejut tengok dia ade. dapat bunga, strawberi, coklat. suke!
en. suami ni unpredictable orangnya. apa yang i harap dia buat dia tak buat biasanya. tapi dia buat benda yang buat i lagi cair meleleh-leleh mengalir masuk longkang!
huhu..kenangan~~ mahu kembali ke zaman muda mudi bercanda ria~
5 comments
memang seronok....
ReplyDeletei pon baru sekali dpt munge..
itu pon tak bersyukur lg..
siap mengamok sakan tak tegur dia smpai 2 minggu..
sbb i tak suke munge..
i bajet dpt la adih besday yang bleh disimpan..
tp...akhirnya dpt bunge..huuu...
tapi skrg i dah mcm gile munge..
asek tnya die..bile u nk blikan i bunge lagi...
HAHAHAHA...
aik.magh aku gelak kat ko ek?
ReplyDeletehurm yg die tunggu kat parking lot tuh ke
biar btol aku yang gelak
aku yang kiut+ayu nih xkan buat mcm tuh.
hahaha
(sorry, nk promote diri. xlarat la jadi single lame2.)
romantiknye en suami.boipren sy lmbt lg nak bersurat2 nota2 bagai hehe
ReplyDeleteira: haha.. baek hargai sementara ada masa.die nak ulang balik bukan senang
ReplyDeletehazi: owh..u tak ingat eh?
tanya twin.haha
damiqula: tu je la pon sweet nye
huhu
seronok nye bc kisah u ni coach...
ReplyDeleteerm ok la tuh...
i nih xblh tgk cite ke bace ke pasal sweet2 nih mulelah nk blushing2..ngeh3...