dah lama tak pergi outstation(ceh..macam aku je yang keje).kalau dok kat umah lame-lame rase teratur jer hidup. sehat jer perut. huhu. sebab kita tahu ape yang kita makan. misi saya sekarang mengajar en. suami makan pelbagai jenis lauk. dulu kalau g pasar udang, sotong,udang, sotong,udang,sotong, lala, daging, udang , sotong balik. makanan yang tinggi kolestrol nya. dah la kalau outstation kedai seafood yang dicari. dan saya pulak ada keturunan penyakit gaot. makanan yang tinggi iodin ni haruslah dikurangkan.
en.suami pulak jenis yang tak makan ayam. ayam kampung jer dia makan. kat pasar ade je jual ayam kampung, tapi kami berdua tak pandai pilih. hari tu kami terbeli ayam pencen, kalau nak masak kene rebus berejam baru lembut. lepas tu dah tak beli dah.
cara masak juga i nak ajar dia makan pelbagai jenis cara masak. sebelum ni lepas goreng, tumis pedas, masak kicap, celup tepung, masak lemak. itulah makanan yang dia suka. suami i ni simple jer kalau bab-bab makan ni. sampai i tensyen! simple sangat tak mencabar kewanitaan langsung. sampai hari tu kami gaduh kat pasar malam sebab dia tak setuju dengan menu yang i suggestkan. dia nak kekalkan dengan menu biasa(goreng-goreng lah!).
dan sebagai penyelesaian kami makan menu baru selit-selit dengan menu lama. betul jugak. perubahan tak boleh nak drastik kan. slow-slow orang kata.
ayam masak kicap
nasi lemak ngan rendang tok? -_-"
laksa i pon apa kurang nya. minyak yang buat dia best tuh. haha!
3/11/2009: main masak-masak lagi. hari ni masak ikan kukus campak-campak ngan sayur campur.
ikan sedang di kukus
ikan kukussayur goreng campur ke, sayur campur goreng? =P
5/11/2009: menu yang paling simple dan paling puas hati. makan nasi sampai bertambah ! dan budu yang dibeli berbulan-bulan sudah akhirnya di buka. ikan bakar tawar, sayur bayam, ngan budu.
nikmat giler kamu tahu makan macam ni!
ok. kembali kepada cerita, sekali bila en.suami sudah sampai airport dia tanya,
'ayamak! i tak masak. ingat u dah makan'
'takpelah nanti i tapau jer'
' ala, jangan la..i masak la simple-simple' <<
'ok, u masak spaghetti dah la'
7/11/2009: kami berdua tak keluar. berendek-rendek di rumah sahaja. hari ni kelantan lawan n9. kami meramalkan jem teruk. malas kami nak keluar.
menu tengahari : tom yam sotong ( tak guna perencah u ol~) , sotong goreng tepung (tepung bancuh sendiri guna resepi bibik u ol~) ok. sudah-sudah la belagak .telur dadar, ngan sayur sawi goreng ikan masin. ikan guna ikan kurau. sedap guna ikan ni. dulu-dulu guna terbuk masin. tapi guna ikan kurau lagi sedap.
13/11/2009 singgam daging dengan kailan ikan masin.
3 comments
Mak aih, panjangnya entri masakan ini..Best kan kalo tak bekerja!! Akak dulu masa mula2 kahwin pun macam tu juga, hari2 masak untuk sang suami..tapi masa tu tak pandai masak sangat..seb baik si dia boleh telan aje;P
ReplyDeleteok what suami simple2.
ReplyDeletesenang tak yah masak susah2..
nak senang bakar je ikan pastu buat air asam.perghhhh bertambah2 nasi!
kenapa saya tgk ayam masak kicap tu ikan masak kicap ye?saya rabun atau awak silap?hehe..
kak zaila: haha..saya masak pon bukan sedap sangat mcm kedai pon..tapi saya paksa die telan
ReplyDelete=p
farah..keh keh..kalau menulis malam-malam ini macam la
=p