buat ape bila husband tak de?

dah berape hari yer kene tinggal? baru 9 hari..lama lagi nak menghintung hari. ingatkan bila husband takde boleh la update blog 10 kali sehari kan. ngehehehe. tapi bila dia takde takde idea pulak nak merapu.

dulu ramai tanya, takde anak buat ape je kat rumah kan?

kalau ade husband ade jugak lah aktiviti berfaedah yang boleh dibuat. layan husband. masak. blablabla.. (kerja bosan seorang suri rumah)

dah takde husband ni semua benda malas. kemas rumah? malassss. tak de orang nak merungut rumah bersepah. basuh baju? rajinnnn. sebab masuk mesin jer. lipat kain. errr...dah takde bakul dah nak letak baju yang dah dibasuh. gahaha. 9 hari tak lipat kain. basuhnya hampir tiap-tiap hari. malam ni i lipat kain. (kalau rajin). masak? masak la jugak. tapi sangat lah simple. tak tahu consider masak ke tak.

nak bejalan-jalan. bosan. tapi nak pergi mane? shopping? banyak duit kauuu~~

akibat tak buat ape-ape nak update blog pon tak de idea. huhu. tapi percaya lah saya habiskan banyak masa sedar saya depan lappy tapi nak buat satu entry pon susah. bace blog orang je lah. tu pon macam malas giler nak mengomen. duhh! rajin giler perempuan ni.

boleh jer nak update blog dengan letak makanan yang ditapau kan..tapi kesian pulak kat husband. kat sana dah la dia mengalami kesukaran mencari makanan yang halal dan enak tanpa perlu masak sendiri. i cakap makan tomyam (walaupon masak guna paste) pon dia dah meroyan sampai dinner dia masak megi tomyam (cair!hahaha. fail~).

untuk dinner dia masih lagi makan sambal bilis penuh kasih sayang i ngan sambal daging yang mil bekalkan. sebab dia malas nak bukak paste-paste bekalan sebab jumaat ni nak pindah masuk apartment lain. kesian giler dinner hari-hari makan nasik ngan sambal ikan bilis. isk. dah la lunch makan ape yang ade jugak.

masalah betul bila ade penyakit ragu yang tinggi ni. kat malaysia pon dia memilih tempat makan and tak pergi kedai yang dia rasa status nya 'ragu' ape lagi kat tempat orang. tapi bagus jugak ragu dari dok menelan makanan yang entah pape kan. lagi pon stock makanan dari malaysia ade lagi. kalau dah darurat tu tawakal je lah.

hopefully bila masuk apartment baru u boleh masak lah bie. makan lah banyak-banyak sikit. jangan kurus sangat nanti penat i nak kene diet kuruskan badan bila lepas bersalin. mestilah i nak kene lagi kurus dari u. haish..dah la sekarang i lagi berat dari u. dengdeng!

sekarang dia dah ade internet connection kat office so senang lah hati i. walaupon bukan chatting sangat pon tapi bila tengok die online dah rasa senang hati. pastu kalau nak cakap pape senang dapat jawapan tak payah lah i nak kumpul semua pertanyaan dan aduan cakap bila malam jer.

malam pulak semestinyalah kembali ke zaman bercinta. bagus jugak berjauhan kadang-kadang ni. gihihi. dan bila tengah malam sayang nak shutdown lappy. kadang-kadang saja tunggu dia tido supaya boleh tengok dia tido. aish. i memang betul-betul angau kat husband sendiri. i really miss him.=(

wifey-wifey kat luar sana macam mana korang boleh hidup berbulan-bulan tak jumpa husband eh? masa bercinta paling lama tak jumpa pon sebulan je kut. isk. ade tips? nak distract perasaan ni pon tak boleh sebab i tak de buat pape pon.

ni tak masuk lagi cara-cara nak mengatasi masalah gersang lagi. haruslah pergi menuntut cara nak self service. =p



i dah cakap kan yang i rindu dia?

saya betulbetulbetulbetul rindu suami saya.

You Might Also Like

13 comments

  1. kalau i..meraung...serious..sbb i sgtlaa hati tisu..die balik kg psl hal tanah pun i dah mcm siput, lembik sume hal.. hahah..tak tahan tang gersang..hehe..sempat tuh tulis situ..keke..hang on there k dear..my prayers will always be wif u:)

    ReplyDelete
  2. tatau. sebab belum kawin. skang tak jumpa pun, buat tak heran. tp kalo dah seminggu berheran la jugakkk. hahaha

    ReplyDelete
  3. berjauhan seminggu pun dah buat I sob..sob..nangis senyap2..huhuhu...

    ReplyDelete
  4. ok. lupa lak nk share, apa I buat bila berjauhan dgn mr.hubby: membaca novel [make sure bc happy ending story], sibukkan diri dgn hobi, cth nye bermain dgn iClay n layan TV..tabahkan hati ye ;)

    ReplyDelete
  5. ooooh kalau akak pun rindu yg amat! tmbh2 time peknen..hehe..

    ReplyDelete
  6. takpe, sekali2 berjauhan, nanti bila dia balik, nikmat bersatu kembali tu mmg semacam la..(ayat tak tahan!)

    ReplyDelete
  7. mestila rinduuu...ni alang nak ke miri 2 minggu pon rasa nak meroyan ni kutahankan jugak. haha.

    ReplyDelete
  8. alala,..cian kat dia. kalau rindu, call la dia ya. sms ke? dulu kalau saya rindu,..tengok gmbar..hehe,..mcm angau pun ade.

    ReplyDelete
  9. susah kalau dah hidup bersama pastu kena berjauhan..secara autokmatik duit byk habis, sama ada bil melambung atau ulang alik melawat dia. mcm i pas kawin still duk ipoh,konon syg pada kerjaya. Last2 x tahan resign juga cari kerja kt Kl. hehe..

    ReplyDelete
  10. farah, kalo dah darurat sgt takpe kot...makan jer..hehe

    kwn faizal dulu masa kt oz dia selamba mkn nasi lauk ayam tak sembelih dpn² kitorg...faizal kata dah darurat takpe..tp kitorang tak berani..mkn jela sandwich tuna subway

    ReplyDelete
  11. farah, jom join contest. Saya tag Farah kat blog saya =)

    ReplyDelete
  12. paling lama akak berjauhan dengan husband pon masa dia g Turkmen 2 minggu, tapi masa tu tengah busy pindah rumah so xterasa sangat (walaupon terasa tapi cuba buat-buat tak terasa)

    Right now, kalau husband outstation rasa macam dah biasa sket sebab mungkin akak busy dengan anak-anak cuma tak suka bila kena drive sendirik p keje, pastu bila tghr kuar makan tumpang member & bila malam terus tido tanpa sembang-sembang atas katil..huhuhuhu

    ReplyDelete