rejeki itu datang dalam pelbagai bentuk

bukan rezeki aku nak bekerja dalam bidang yang dipelajari setelah berhempas pulas belajar 5 tahun di tanah gersang yang banyak tasik. tak tahulah memang sudah ditakdirkan ataupon sebab aku tak berusaha ke arah itu.

melihat kejayaan rakan-rakan yang semakin hari semakin hebat. melihat mereka berusaha menambah asset. melihat mereka yang semakin hari semakin bergaya dengan duit hasil titik peluh. melihat mereka bergembira melakukan aktiviti dengan duit hasil titik peluh.

sepatutnya semua tu membakar semangat aku la kan? tapi malang nya tak.

semakin mereka berjaya, semakin mereka kaya, semakin mereka gembira, semakin aku aku tenggelam dalam comfort zone aku. mane entah hilang semangat ingin bersaing. mana entah hilang rasa hasad dengki yang boleh menaikkan semangat sendiri. semua perasaan negative yang dulu pernah wujud dah tak ade. bangga bila melihat kejayaan kawan-kawan ade. gembira bila melihat mereka gembira juga ade.

sebab perasaan negative tu tak ada. hidup jadi semakin tenang. bila tenang semakin sukar lah nak keluar dari comfort zone aku.

punyai suami yang memahami dan menyayangi
punyai keluarga yang sentiasa ade menyokong
punyai rakan yang tak pernah gagal membawa kegembiraan
hidup hari-hari goyang bontot jer (bak kata kawan aku) tunggu kelahiran baby

menjadi hamba yang tak reti bersyukur lah kalau aku cakap aku tak suka dengan hidup aku sekarang.

keinginan terhadap benda-benda keduniaan?

saya tak tahu. mungkin sebab tak dididik dengan barangan berjenama sejak kecik, benda-benda mahal bukan buruan (setakat ni)

masih berpuas hati dengan handbag dari sogo
masih boleh memakai tudung dari pasar malam
suka tengok designer bag. tapi keinginan untuk memiliki masih tiada.
suka tengok baju cantik-cantik, tapi tak mengejar jenama. jenama dalam jj dah terlalu memadai. dari pasar-pasar malam pon rembat asalkan menarik dihati.

kalaupon kadang-kadang datang nafsu keduniaan, insyaAllah akan dapat. cuma cepat atau lambat. (dan semestinya husband yang belikan)

dan benda-benda begitu tak menggugat ketenangan yang aku miliki.

walaupon tak hidup mewah, makan pakai tak pernah menjadi masalah dalam hidup aku. so ape lagi yang aku nak kejar dalam hidup?

kalau kesetiaan dan kasih sayang suami berkekalan sampai ke akhir hayat
kalau sokongan keluarga kekal sampai bila-bila
kalaulah rakan-rakan kekal ade di saat memerlukan

tak pernah kisah kalau sampai bila-bila pon hidup begini. malahan sangat bersyukur kalau sampai bila-bila pon i ditakdirkan hidup begini. aku mendapat ketenangan yang tak pernah aku dapat selama ini.

mungkin itu rezeki aku buat masa ni. ketenangan.

bila ditanyakan soalan tentang kerja dan masa depan.

secara jujurnya, sangat ingin mengekalkan status sekarang. suri rumah sepenuh masa.

tapi tak boleh pentingkan diri sendiri. banyak lagi tanggungjawab lain yang harus aku tunaikan.

biarlah DIA yang tentukan. ape yang terbaik untuk aku.

berbalik kepada REJEKI

alhamdulillah, semalam aku dapat berita yang sangat menggembirakan!

suami: yang
suami: kalu u rajin
suami: and cekak la
suami: blh wak sambal bilis pulok ko i?
suami: kalu xcekak takpo la
isteri: meme i nak wak pon
isteri: wiken ni kut
isteri: tp i asingkan kut sambal ngan bilis
isteri: ok?
suami: ikut la
suami: u cekak dop yang?
suami: kalu susoh2 xpo las
isteri: cekak la bie
isteri: demi u
suami: :D
isteri: ;)
suami: ni saye ko bini i neh
suami: hehehe
isteri: hahaha

faham ke? faham ke?

hahaha..itu perbualan seorang suami yang meminta isterinya buat sambal bilis lagi untuk dia makan kat korea.

nak suruh post kan ke?

TAKKKKK

SUAMI KESAYANGAN BUAH HATI PENGARANG JANTUNG I AKAN BALIK TEMAN I BERSALIN.

*smile*smile*semile*sengeh*

kalau ade rejeki lah. kalau tak de rezeki baby nak di qamatkan oleh daddy die maka i akan bersalin awal dari tarikh induce.

kalau dulu sangat nak bersalin awal sebab tak nak kene induce, tapi sekarang sangat nak induce sebab nak suruh husband ade disisi. boleh?

walaubagaimanapon. semua telah tertulis. tunggu dan lihat jelah.

(sambil tekan-tekan kaki. haih kaki, bila nak bengkak ni?)

You Might Also Like

8 comments

  1. betul tu farah...setuju dgn ayat2 best u ni..eee

    ReplyDelete
  2. wah bagusla peja bole balik teman farah bersalin :)

    jadi isteri yg bekerja pun tak semuanya best. ada part² yg jadi surirumah jugak best cthnye leh jaga anak sendiri dgn sempurna sekali ikut kemahuan kita. kan best tu. xpyh susah ati ingat anak kat taska.

    ReplyDelete
  3. alololo..suke laa tuh kan :p
    hehe..doa byk2 babe..insyaAllah baby akan diiqamatkan oleh daddy :))

    Pasal rejeki tuh, Allah tuh Maha Adil..kalu dikurangkan bahagian ini, Dia akan lebihkan bahagian itu..jadi, selagi u tenang dan gembira dengan kehidupan u..bersyukurlah :))

    ReplyDelete
  4. yeayyy i tumpang happy your hsbnd dpt balik mase u nak deliver nanti:)

    ReplyDelete