asal wiken jer bosan! macam la ade beze wiken ngan weekdays kan. hari-hari pon tak buat pape. tapi kalau weekend jer mesti rasa bosan amat.
last week timbang berat turun 2 kg. sungguh wow. sejak pregnant tak pernah berat turun. maybe sebab husband tak ade, malas nak masak, makan ala kadar jer, mood nak makan pon kelaut. tapi risau jugak berat turun. so last week dah start masak-masak kat rumah walaupon simple-simple. baru ade mood balik makan. makanan beli mematikan selera. dan sekarang berat dah naik balik 3kg. ciss.
berbalik kepada title, weekend terakhir lain benor bunyi nye kan. weekend terakhir perut boyot maryam dok dalam perut. next week dia dah keluar dah. insyaAllah. huhu. doa-doakan lah kami selamat. perasaan nerves tu tak ade lagi, sebab sekarang ade perasaan tak sabar-sabar. tak sabar nak bersalin, tak sabar nak tengok maryam, tak sabar nak jumpa husband. bila dah dekat-dekat sangat baru nerves kut. tak pun bila masuk hospital karang baru nerves.
banyak sangat cerita-cerita induce yang tak sedap didengari sampai kat telinga. tapi tak mematahkan semangat. mak dah mood redha dah. lautan api kuredahi. eceh.
terutamanya my mom. dia agak risau ngan keputusan i nak induce. sebabnya dia tak yakin i yang cengeng ni boleh tahan ngan sakit induce. dia cakap induce sangat sakit. mak pernah induce ke? tak delah, kawan mak cakap. gihihi. boleh lagi poyo-poyo ngan mak sendiri. padahal mak risau aku tak mampu jer. don't worry mom. walaupon saya cengeng tapi saya rasa saya mampu. walaupon hati saya lembik tapi saya kuat. heheh. bukan berlagak tapi mahu membina semangat.
dah banyak kali dia call tanya betul ke nak induce last-last bila aku cakap
'orang takut gak nak induce. orang tahu sakit. tapi orang kesian abe ja. dia mesti nak qomatkan anak die. mesti nak tengok anak dia sebelum dia pergi korea dah alang-alang dia balik. so orang tak kisah pon kene induce'
barulah dia berhenti pujuk tak payah induce. huhuhu. saya tahu dia risau. tapi dia kene berhenti risau. kalau tak i yang akan berganda-ganda risau jadi tak tetap pendirian nak induce ke tak.
lagipon husband ade. ingat lagi masa buat D&C dulu. lepas kesan bius dah hilang rasa sakit sampai menangis. bila husband kiss and gosok kepala terus rasa kurang sakit and boleh sambung tido. haha
tapi bila ingat balik D&C takdelah sakit sangat. malam tu rasa sangat lemah doctor cakap sebab kesan ubat bius jer. sebab bius satu badan. doktor cakap sebenarnya masa tu sakit emosi yang lagi kuat dari sakit fizikal. huhuh. betul jugak kut. sebab esoknya bila bangun dah boleh berjalan mandi and bergelak ketawa dah.
tapi masa tuh emosi memang sakit. sedih pulak bila ingat balik. harap-harap kali ni semuanya selamat. biarlah sakit pon. i nak dengar husband i qomatkan anak dia. nak pegang maryam. nak breast feed maryam. mesti masa tu sakit induce dah tak ingat langsung dah.
esok MIL operate. semoga selamat semuanya.
4 comments
tak sakit pon induce...lalalala...same je cam sakit bersalin....tapi memang betol you...tengok je muka maryam kang, hilang semua kesakitan tu....i wish you the very best of luck okay....memang mencabar nak bersalin tapi motherhood life memang best gilak...tak terasa kang semua sakit tu nanti...
ReplyDeleteon the other note, i minta maaf kalau secara tak sengaja ada membuat apa2 entry atau komen yang menyakitkan hati you....nanti dah keluar maryam, jangan lupa tempek gambar dia kat sini banyak2 kay...I'll be waiting for that...
farah. saya doakan semoga semuanya selamat. can't wait to see baby maryam too.
ReplyDeletefarah,
ReplyDeletesemoga semuanya selamat.. saya tahu awak kuat :)
eeh tak lama dah, jgn lupa kasitau eh, kalau dah selamat...akak doakan yg baik2 aja..take care!
ReplyDeletemoga MILnye operation pun berjln lancar!