tunggu dulu lah cerita genting. banyak sangat gambar tak tahu nak pilih. jom bercerita pasal semalam. semalam mood maryam tak ok sangat. nak melekat jer ngan i. dah la tak nak i duduk. nak berdukung jer. hamboih.hamboih. pastu tido pon kejap sangat. tak habis pon lagi i jemur baju sekali basuh dia dah sedar. pastu sedar nangis-nangis kalau tak de depan mata dia. nak orang mengadap die jer. ape awak ingat awak maharaja? ngehehe..tapi mommy mengadap la jugak awak. tapi nyer kerja-kerja rumah kirim salam lah.
dah la semalam cubaan nak buat kuih ketayap. nak try buat 6 biji, 2 biji tercantik jer tergamak bagi husband makan petang tu. tu pon tak amik gambar sebab huduh giler. haih. lepas ni buat kuih kacau-kacau jer sudah. pagi kacau petang makan. jangan berangan nak buat kuih yang ade banyak step.
bila petang i mandikan nak pakaikan baju pon dia taknak.sebab taknak duduk bawah. pakaikan nappy jer tu pon dah meronta-ronta nangis-nangis sampai keluar air mata. aiyayaya...
dengan pakai nappy jer dukung dia sambil dodoi-dodoi nak soh dia tido. dia ngantuk sebenarnya. tapi tak nak tido bawah, bouncer pon tak nak. nak orang dukung. aish. daddy la ni yang ajar. ngam-ngam dia tido ang i dah letak die kat bawak bunyi daddy dia balik. arghhhhh..tensyen!
so daddy die boleh tengok perangai maryam yang molek-molek jer lah. daddy balik baru mommy boleh masak campak-campak. daddy nak makan cepat sebab malam nak main badminton. malam tu tengok daddy main badminton dia tido jer. bila balik baru mood ok main-main senyum-senyum gelak gelak. maryam nak keluar rumah rupenye. bosan eh terperuk kat umah jer?
baby besar saya and baby michelin saya. =p
daddy balik maryam pakai nappy jer. sape suruh awak nangis bila mommy nak pakaikan baju
spaghetti marinara for daddy
juga lauk simple untuk daddy kelmarin punya dinner
dulu-dulu ade wife kenalan husband dia surirumah jugak. and ade anak 2 orang gap tak banyak. sorang baby, sorang dalam 2 tahun. dia cakap kat rumah dia jarang masak. banyak beli jer food. masa tu i terpikir,
'suri rumah tak masak?'
masa tu macam pelik lah kan. ape lah pemalas sangat dia ni. surirumah tapi nak masak pon tak boleh. sekarang sila lah hambek belepek atas dahi sendiri. anak sorang pon dah capek!
3 comments
hahaha bulat molek maryam tak pakai baju...
ReplyDeletenantila senang² afeef dtg main ngan maryam yer.
mama afeef ni pun lagiiii tak cukup tangan nak buat itu ini hikhik
mmg bila jadi mak-mak..rs mcm x cukup 2 tgn ;)
ReplyDeleteHahaha..macam kenal jer kenalan hubby yang 'pemalas' tu...hehhehe.
ReplyDeleteni maryam baru kecik, tak pandai merengek lagi. nnt besar sket, dia asyik nak dukung, melekat kat kaki, lagi haru. pastu bila dia dah mula 'membuas'kan diri, mata takleh terlepas langsung, kadang sekelip mata jer bleh terjatuh. usahkan nak masak, nak masuk toilet pun payah. tak pelik tau sambil dukung anak, sambil 'membuang'...hahahah.
cabaran lagi besar bila dapat adik. bayangkan dua orang sama2 buat peel. masa baby dia masih amik masa yg banyak utk tido, minum susu jer, nnt tiba time dia tak nak tido n asyik nak main, susah nak makan, asyik merengek. pastu, tiba time dia tumbuh gigi, breast luka berdarah, lagi la haruuuuuu......masa tu akan terpikir, cukuplah sorang anak..waaaaaa.
apa2 pun,selamat menempuh 'pahit manis' jadi ibu farah...teruskan usaha. ni kerja murni. akak doakan farah akan kekal tabah, kuat n profesional..hehhehehe.