hai rambut gugur~

selamat kembali sahabat lama. huh!

nikmat dunia dah hilang. rambut dah tak cantik. gugur pulak tuh. kene pregnant balik lah macam ni. eh

masa pregnant senang hati jer tengok lantai bilik. susah sekali mau melihat rambut gugur. sekarang susah sekali mau maintain lantai suci tanpa rambut gugur. deng deng deng!

so, mari kita kembali memburu shampoo-shampoo yang boleh mengurangkan rambut gugur. walaupon kebanyakannya hanyalah janji-janji palsu. sesiapa yang tahu shampoo yang tak menjanjikan janji-janji palsu cakap yer. dan shampoo itu haruslah wangi dan juga anti kelumumur. ngehe

hurrmm..semalam husband nak makan bihun goreng. mengidam dari minggu lepas. sebab nak makan bihun goreng jer tak de lah nak prepare bahan masak awal-awal. bila petang dia nak balik baru start masak. kopek bawang, hiris-hiris masuk dalam blender, tumis, siang sotong and udang, potong-potong sayur mayur and fishball tiba-tiba bila masak tak jadi bihun goreng. jadi bihun bandung. hehehe, biasalah kan. mood masak memang bila-bila boleh berubah.


Photobucket
mee
bihun bandung

resepi mee bandung ni ambik kat my resepi pastu ubah-ubah sikit tambah sos sesuka hati. haha. senang bangat nak buatnye. kalau dah takde idea sangat nak masak memang buat ni jer.

resepi mee bandung simple

4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/4 labu bawang besar
segenggam udang kering
2 sudu cili kering kisar
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
4 ekor udang
1 ekor sotong
fishball
sayur mayur (i guna sawi, carrot n cicli merah besau)
hiasan: bawang goreng, limau nipis, daun sup and daun bawang, telur goyang yummy yummy

cara buatnya, blend bawang-bawangan dan udang kering, tumis sampai naik bau, masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak, masukkan udang kacau sanpai separuh masak, masukkan air dalam 2 mangkuk setengah, masukkan sos, sayur mayur, fishball dan juga sotong. pastu rasa lah, tambah sos kalau tak cukup rasa, tambah garam gula. begitu saja.

Photobucket
ni husband punya. haruslah ade telur goyang yummy yummy

You Might Also Like

5 comments

  1. Yg Fara punya nampak lagi sedap. Nanti nak cubalah! Lama tak buat bihun.

    ReplyDelete
  2. farah, sila trim rambut. blh kurangkan hair fall ;)

    ReplyDelete
  3. hehe..mmg janji pelesu semuanya syampu di pasaran tu kan..hu~ tak dapek nk elak, lepas bersalin je mesti rmbt gugur gile2..hu!

    ooh dapnye..ada resepi la..lalala..

    ReplyDelete
  4. sedapnyer....

    semua syampu janji palsu, end up nieda potong rambut pendek utk kurangkan gugur

    ReplyDelete
  5. pas bersalin memang rambut akan berguguran dengan girangnyer... sy dulu pon sampai bulu roma pon bersih... ahaks... tapi nanti dia normal balik la tu...

    ReplyDelete