maryam jatuh sofa. bila tengok dia jatuh hati macam retak. terbelah. hancur lebur. tak tahu nak cakap ape. frust sedih menyesal semua bersatu. T_____T
rase macam seorang ibu yang teruk T______T
kiteorang tengah dinner. kalau dinner maryam tak tido and mood dia baik i riba jer dia sambil makan. and i pegang jer sampai lah husband sudah makan, basuh tangan baru ambik dia. lepas tu baru i basuh tangan kemas meja segala.
semalam i lupa nak ambilkan husband air. so i dukung dia letak atas sofa.
sofa tuh i dah kepit bantal kat antara sofa and meja so kalau dia bergolek kiri kanan memang tak jatuh. and kaki and kepala pulak i letak pantal panjang. tapi i lupa nak letak bantal kat kaki konon sebab nak ambik air kat husband jer, nak tinggal kejap jer. tapi cepat pulak dia berpusing sampai kaki.
tengah hari semalam
bantal oren tu i kepit ngan coffe table. so bila dia golek kiri kanan tersekat la kat sofa tuh. bila dah sampai hujung dan dah tak boleh bergolek dah dia akan nangis sebab tak boleh gerak. bila kita datang dia senyum suruh angkat.
i jarang pon letak dia atas sofa tuh kalau dia tak tido sebab dia memang nangis bila badan dia tersekat dah tak boleh bergolek. i biasanya hampar tikar dia lepas tu letak toto dia kat bawah. begolek-golek lah sampai dia nangis.
haih. kalau benda dah nak jadi tercuai sikit terus jadi. toto dia ade je kat bawah. kenapa entah i pergi letak kat atas.
kalau dia ngan i jer, i letak jer dia ats toto dia tuh. and i heret jer dia pergi mane-mane. kalau i mandi, i letak dia depan toilet, kalau i masak, i letak dia dekat meja makan. mentang-mentang husband ade, pergi tinggal macam tu jer. padahal husband i dok makan lagi mase tuh.
naseb baek dia nanges kejap jer. and takde benjol-benjol or merah-merah kat kepala or badan.
tapi still lagi pantau 24 jam. taknak ade tanda-tanda ni kalau baby or budak-budak kecil jatuh katil
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
dia nampak ok jer. lepas jatuh i pujuk-pujuk main macam biasa. daddy ambik dukung pon main macam biasa jer.
lepas jatuh bersiap nak pergi pasal malam
sedihnye mommy tengok muka maryam
bila kita bejaga-jaga then jadi jugak sebab kita lupa rasa hopeless helpless tak guna sedih frust benci kat diri sendiri sangat. maryam merah-merah kat liapt tengkuk, naik milk rashes penuh muka i nangis sebab sedih. tadi tak keluar air mata pon. tapi tangan i ketar-ketar. sedih nye ya Allah.
hope maryam tak ape-ape.maafkan mommy.
and nak tambah sedih lepas tu ade jadi something yang i tak suka. malas nak cerita. tap benci hari ni.
5 comments
Kesian Maryam.
ReplyDeleteTeringat Azra masa baya2 ni sampai 3 kali jatuh katil. Selalunya tragedi berlaku kat katil masa dia tengah tidur tapi golek tak henti2 ataupun dah jaga tak reti nak panggil mak bapak. Dah ler katil kitorang agak tinggi. Memang rasa cukup bersalah sampaikan lepas kejadian ketiga tu, kitorang bukak terus katil letak tilam atas lantai. Lama gaklah trauma everytime terdengar bunyi benda jatuh, ingatkan Azra walaupun tengah dukung dia.
mmg kita pranoid bila anak dah jatuh kan. mula la google mcm2 sama la kita. huhu.. rasa bersalah yg amat. nia belum ada rekod jatuh dr tempat tinggi terhentak gitu. adel 2 kali. jatuh katil :(
ReplyDeleteanak sedara i dulu lagi best, jatuh dari katil..we all ingat dia tidor tak sedar bila masa dia sedar, sedar2 je dia melalak..sib baik tak jadi apa2 kat otak dia.. kenapa i tau tak jadi apa2 kat otak dia sebab dia dah besar sekarang dan dah kerja pun jadi engineer...
ReplyDeletemaryam will be fine..
nak kongsi pengalaman..my mum
masa dia jaga cucu dulu kan..dia buat mcm yang u buat, kalau dia mandi, dia letakkan cucu dia depan pintu toilet atas toto... kalau dia solat, dia letakkan budak tu sebelah dia solat...dan budak tu tak nangis pun...
tak ada dia nak dukung atau menjadikan cucu dia tu penyebab dia tak boleh buat itu ini...
nasib sempat cium maryam aritu.. tp gambar takde :(. farah ade gambar tak? kalo ade leh send kat by? @ qasehkuarjuna@gmail.com
ReplyDeletetakpela farah. maryam pon ok je tu. benda nak jadi kan. camtu la...
ReplyDeletebila benda2 macam ni jadik terus buatkan kita lebih hati2 lain kali. dah2 takmo salahkan diri ok? maryam pon paham...