kembali beraksi~

holla~

saya baru bangun tido. chatting kejap, panas kan lauk, makan dan terus update blog. hehe. kurang productive hari ni. eh. macam lah hari-hari biasa productive. sebelum saya pening kembali. baik cepat-cepat update blog.

jadual pening dah berubah sekarang ni. petang dah 2 hari tak pening. so boleh la i main masak-masak. tapi pening lepas maghrib jadi tak boleh lah saya nak mengaji (kalo zaman kanak-kanak suka bebeno lah ni kalau tak payah mengaji. kalau time mak period dan abah buzy kene pergi khusus pon suka jugak. tak payah mengaji) hak hak.

tapi husband tolong mengajikan untuk saya. so cuba korang bayangkan, saya tengah baring, dan suami bacakan yaasin. bukan kah sangat sesuatu? hehe

semenjak dua menjak ni suami selalu merungut dia makan kat kedai macam tak puas (kecuali kalau makan beriani kambing katanya). tasteless. dia training pon dia tak makan nasi lunch semalam. tak lalu kata nya. dia nak makan yang saya masak. dah puas makan luar. saya cakap die poyo. baru setahun kahwin dah tak boleh makan luar. masa bujang elok jer hari-hari makan luar. dalam hati tayah cerita la nokssss. kembang berbunga-bunga. sape tak kembang bila suami rindu masakan sendiri kan? ha ha ha..

walaupon begitu, mood memasak saya lain macam. saya suka goreng-goreng jer sekarang. dan sungguh lah malas nak masak sayur. tapi semalam terasa rajin nak masak kari terung. suami tak makan terung. jadi saya masak untuk saya sorang saja. dia makan kuah jer.

makanan suami, semua lauk~

masakkan dia ikan masak kicap. (dia tak bagi saya makan kicap), telur mata hiris bawang, letak sos dan kicap, dan ikan goreng. haha. tak de sayur pon. tapi dah letak sikit sayur-sayur dalam ikan kicap tuh. kira ok lah tu~

sangat puas hati sebab dia makan bertambah-tambah sampai tak cukup nasi kena panaskan nasi dalam peti yang simpan untuk nasi goreng. hehe. baru berbaloi pening-pening pon masak. bagus. kalau nak i masak sila lah bodek macam semalam lagi.

ai punya. puas hati makan.

kari terung tanpa santan, telur mata hiris bawang ngan sos jer (kicap takde T_T) dan ikan goreng bodo. haha

kali kedua buat kari lepas kahwin. masa 1st time buat kari hari tu kari sotong rasa lain macam aka tak jadi. kali ni jadi. hehe. yeay. boleh masak kari ikan pulak lepas ni.

ni food malam kelmarin

lagi sempoi. daging goreng, ikan rebus goreng, sayur sawi goreng berkuah. semua goreng-goreng. mak malas noks.

hari ni kering idea nak masak ape.hurmmm....

You Might Also Like

13 comments

  1. tak bagi makan kicap tu mesti ada makna hehehe...

    simplepun sedap farah asal tgn isteri yg masak..hehe

    free2 nnt dtglah umah akak ye

    ReplyDelete
  2. best sungguh perasaan bila kita masak suami makan bertambah tambah. Hehe

    ReplyDelete
  3. daging ngan ikan rebus goreng itu menyelerakan!

    ReplyDelete
  4. Hari tu kan masa balik Kuantan, our sepupu bagitau masa peknen dia kuat makan kicap, skali anak lahir kulit mamak...hahaha!!! kebetulan je kot...saya masa peknen elak makan kicap bukan sebab takut anak gelap tapi sebab pembuatan kicap tu kan macam horror sikit kan...hihi...bila dah selamat, belasah je.....hehehe...farah rajinlah masak-masak...bagus....teruskan usaha anda...kalau nak anak ikut perangai yang baik2, orang kata start didik dia masa dari kandungan lagi la...esok anak lahir, terus suka masuk dapur...

    ReplyDelete
  5. ala...yg simple2 la sedap kann.. :)

    izah plak time ngandungkan dania, langsung x leh tgk nasi berlauk. kalo nk p lunch kat cafe pun akan pergi dlm pkul 3 sbb time tuh lauk2 semua dh abis. jd mkn yg goreng2 je.

    tgk lauk2 rasa mual je. ehehehe.. :)

    ReplyDelete
  6. adeh la sedapnya nasib baik lady baru sudah lunch tau hehehe

    ReplyDelete
  7. wah...gile kentang la farah ni. leh masak2. respek aaa!

    ReplyDelete
  8. has belum lunch ni... mls nk kuar ;)

    ReplyDelete
  9. huhu..akak pun selalu sgt kering idea, mlm td..masak sardin + sayur jer..seb baik diterima dek perut en suami..huhu..

    ReplyDelete
  10. sabar2 dulu ye Farah, awal2 mcm tu la, pening tu sukati dia je bila nak pening..hehe..

    tapi dlm pening2, masakan tetap hebat!

    ReplyDelete
  11. farah masaklah apa jer..akan buat akak terliur. nyum..nyum..sedapnya sib baik tak pegnent kalau tak dah oder kat Farah ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. dalam pening2 pun bole masak macam2 walaupun ringkas tp menarik. kalau i dah pening, bubye la dapo. heheh..

    nape tak bagi makan kicap tu?

    ReplyDelete
  13. akak tak lalu makan..
    tapi masuk blog farah terus mengidam nak makan itu nak makan ini.. haha

    ReplyDelete