milo pon jadi lah



bile ek last husband aku masakkan something or buatkan air untuk aku? masa pantang hari tu kut. masakkan bubur nasi dengan ikan. lepas tu dah tak de dah. nak buat air untuk diri sendiri pon malas ape lagi nak buat untuk bini kan. haha.

semalam sambil tengok desperate house wife aku iron baju. aku suka iron baju banyak-banyak lebih dari seminggu punya baju, sebab biasanya weekend banyak keluar. jadi malam penat. baek gosok masa weekdays. weekdays saya banyak berehat.hehe

tapi semalam gosok 3 helai dah lenguh pinggang. jadi 3 helai je lah mampu gosok. duduk berehat sambil mengadu. dia cakap,

"lain kali tayah lah iron baju. i iron sendiri jer baju"

wahhh..laki ku..melampau ok! setakat ni kerja rumah yang aku buat adalah masak, basuh baju, lipat baju. vacuum pon dia tak kasi. tapi aku buat jugak sebab kalau nak tunggu weekend baru vacuum maknenye rumah gue banjir lah. banjir dengan rerambut gue.

ni iron baju pon die tak kasi? melampau okeh.melampau. kang datang penyakit terlebih rehat pulak. sape susah??

lepas tu dia bangun dapor. aku ingat nak minum air masak. sekali die panaskan air.

"bie, u nak buat air sendiri ke? tayah lah.i buat la.."

"tak pe lah, bukan susah pon buat air milo.sian u sakit pinggang"

ermm...tak sakit sebenarnya. lenguh

"owh..buat kan i air milo satu. milo kosong panas ek. tak nak suam. nak kaw-kaw punya"


yeah. heaveng. heaveng.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

You Might Also Like

7 comments

  1. memang heaven kalau suami buatkan air :D

    ReplyDelete
  2. liza, hehe..memang heaven~~~

    ReplyDelete
  3. farah, masa ni la dapat rasa manja puas2. nanti dah ada baby, tak daoat dah ye. hehehe~

    ReplyDelete
  4. time nih la pun nk buat2 malas skittt.. :D

    ReplyDelete
  5. wahh waahhhhh

    ewaahhhhhhh kamu...... hihihi

    ReplyDelete
  6. haha..masa ni lah nak manja2

    ReplyDelete
  7. ye..suka iron bj weekday gak... sbb wiken adalah hr mengukur jln sedunia ;)

    ReplyDelete