ikan singgang tempoyak

berblog hopping semasa lapar adalah tidak bagus. tadi terbaca satu blog bercerita pasal ikan singgang tempoyak terus tangan ketar air liur meleleh nak makan (tak senonoh -__-")

ikan singgang memang kegemaran turun temurun, tempoyak juga kegemaran. ikan singgang tempoyak? tak pernah makan. tapi kalau dua benda yang sedap bersatu mesti extra sedap kan?

presenting ikan kerisi singgang tempoyak fresh dari dapor farah tengahari ini~

ikan kerisi singgang tempoyak

sama jer ngan singgang biasa buat, tapi tambah kunyit, serai dan mestilah tempoyak. sedap sangat~

err..bie, nasi lebih makan semalam yang i nak simpan untuk nasi goreng tu dah habis i makan sorang. sekarang perut terasa sangat penuh akibat tadi makan tak ingat dunia.

sila buat perangai macam ni lagi maghfarah kalau nak tengok berat naik lagi 3 kilo bulan depan.

akhir sekali jamu mata dengan hidangan semalam.

lauk semalam: ikan jekek besi cencaru sumbat oversized

ikan ni memang oversized. ikan cencaru paling besar yang pernah di beli dan mungkin tak akan beli lagi ikan cencaru saiz ni. kenapa entah husband beli ikan besar sangat. nak goreng pon susah. lama bebeno baru masak.

makan dengan sup sayur

sup sayur ni, sup daging yang lebih makan malam sebelum ni, simpan dalam peti. pastu semalam tinggal nak panaskan pastu tambah sayur mayur jer. wahaha. senang kerja mak kan?=p

You Might Also Like

11 comments

  1. extra sedap???? harus cuba niihhhh. tempoyak dlm peti bnyk lagi. :)

    ReplyDelete
  2. iza; try la. senang dan sedap. buat pedas2 makan ngan nasi panas sure terangkat~

    ReplyDelete
  3. cam menarik la itu singgang..pesal tak singgah sini? haha!!! tetiba.

    ReplyDelete
  4. terasa nk makan ikan singgang ikan aye..sedappp ehh..cicah budu..perhhh..

    ReplyDelete
  5. farah ada resipe singgang tak? (tanya ngan muka malu2) laki aku org pantai timur tapi aku dok panda nak masak senggang sana, nak resipe leh? ehehehhe! tq :)

    ReplyDelete
  6. ooo senang je. tambah serai n tempoyak eah? lengkuas tak pakai la?

    ReplyDelete
  7. tempoyak byk kt umah, tp akak tak pernh masak tempoyak..huhu..tempoyak wat sambal belacan je..kureeeng sket bab tempoyak ni..^_^

    *waah kerajinan dh dtg ye..bagus3x..

    ReplyDelete
  8. kecur air liur ni singgang tempoyak tu. ikan kerisi. favorite!

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday farah, moga berbahagia selalu..

    sedapnya ike singge campur tempoyak, kak ila xpernah rasa lg, nati bila buat housewarming tulung masok ko kak ila deh..nak raso;D

    ReplyDelete
  10. i love cencaru sumbat soooo much.. dapat tu makan ngan nasi putih je dah puas hati hehe

    ReplyDelete